"ana rasa anta patut tulis satu artikel berkenaan etika berblog, khususnya blogger wanita muslimah" kata seorang ustaz popular kepada saya semasa menziarahi rumahnya.
Elok juga sebenarnya jika beliau sendiri yang menulis topik itu berbanding meminta saya untuk menulisnya.
Namun memang benar, ada diantara pemilik blog yang tiada menjaga auratnya, dipaparkan gambarnya di rumah yang adakalanya tidak sempurna tutupan auratnya, jika sempurna pun terlalu banyak gambar dirinya sehingga boleh membuat pembaca yang kurang beriman ditarik Syaitan untuk melihat dengan ‘pandangan tembus baju' di setiap gambar-gambarnya di blog, selain itu, banyak juga gambarnya yang sedang duduk dengan pelbagai gaya, malah berbaring.
Selain blog, ruangan facebook dan friendster juga menjadi tempat sumbatan ribuan gambar dengan pelbagai gaya.Padahal berita rasmi sudah memaklumkan bahawa setiap info dan gambar di facebook, adalah hak milik facebook dan tidak boleh dipadam buat selamanya oleh tuan punya gambar.
Justeru itu, berpadalah dan fahamilah, diri ini bukan milik kita, ia milik Allah swt dan tertakluk dengan batas-batasan yang ditentukan Allah swt. Bukan tidak boleh meletak gambar tetapi wajiblah menutup aurat penuh, dalam kedudukan yang sopan dan seterusnya tidaklah pula terlalu banyak sehingga boleh membuka ruang fitnah. Khususnya seorang wanita yang boleh saja seorang lelaki jahat memetik gambarnya lalu dibomohkan.
Sumber, petikan daripada artikel Ustaz Zaharuddin... baca artikel penuh di sini.
Demi Allah s.w.t yang mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian... berhati-hatilah... jaga dirimu!
p/s: duhai muslimah...kita dicipta indah...tapi...indah itu bukan untuk tontonan... bukan untuk memuaskan nafsu syahwat mereka yang kufur pada Allah...! Hormatilah dirimu...
p/s: duhai muslimah...kita dicipta indah...tapi...indah itu bukan untuk tontonan... bukan untuk memuaskan nafsu syahwat mereka yang kufur pada Allah...! Hormatilah dirimu...
kecantikan itu milik Illahi, nikmat tak terperi, dan tidak mustahil kerana kejahilan diri, nikmat itu ditarik kembali... Subhanallah...
BalasPadam