Jumaat, Disember 31, 2010

Penutup 2010


Tahun 1431 hijrah, telah pun berlalu... kini 2010 pula tiba di penghujungnya...


Terima kasih Allah... memberi ruang kepada diri untuk mengembara di bumiMu hingga ke saat ini... memberikan hadiah... hikmah di sebalik segala musibah yang diberi... Terima kasih Allah... nikmatMu tidak dapat ku hitung, terlalu banyaknya... tinggal diri sahaja yang ada kalanya lupa diri... lupa bahawa diri adalah hambaMu... hambaMu yang lemah dan hina... 

Terima kasih ummi abah mak che mamatok, terima kasih ma abah mak, dan ahli keluarga yang lain yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat diri ini...
Terima kasih buat adik-beradikku... kak ah, dila, abe, tihah dan adik yang sentiasa bersama di saat susah dan senang... sentiasa membuatku tertawa... menghiburkan...

Tak lupa... Terima kasih kepada En. Baik... yang sayang pada keluarga saya... dan bagi baaanyak 'hadiah' dan selalu ingatkan...
“bercakap benar walaupun pahit”

En. Baik juga cakap,

 "Kesusahan hidup membuatkan hati kita akan bertambah hidup"


Terima kasih kepada semua... yang sudi bersama dan membimbing diri di saat diri memerlukan bimbingan dan sokongan... Terima Kasih kepada yang sudi menangis dan ketawa bersama...
Terima kasih kepada yang sudi baca, komen dan ikut BUZ... Alhamdulillah... ada 81 sahabat berdaftar di BUZ sebagai follower...

Terima kasih... terima kasih dan terima kasih...
Saya sayang pada anda semua...

Juga saya memohon maaf seandainya telah membuat kesalahan, menyakitkan atau apa-apa yang membuatkan anda tidak selesa sama ada sengaja ataupun tidak... minta maaf...
nanti kita kawan lagi ye...



Nasihatilah daku... Sampaikanlah teguran buatku...


 Akhir kalam...

Terimalah...sebuah kisah ringkas sebagai entry penutup BUZ  bagi tahun 2010... 

 *****
Suatu hari,
Tamat sahaja kelas qira’ati, Akmal, Syahmi, Syikin, dan sahabat-sahabat mereka yang lain bergegas keluar daripada kelas untuk pulang. Tiba-tiba kecoh kat luar kelas. Saya keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.

Akmal   :Busuk punya olang…#$%&^*!@^%&(merah muka… marah-marah…membebel dalam bahasa yang saya tak faham sambil melihat basikalnya terbaring, rantai basikal terkeluar daripada tempat asalnya)
Saya       :Akmal…apa yang kamu merepek ni? Kenapa?

Akmal muncungkan mulut, jari telunjuknya menghala ke arah basikalnya.

Syikin    :Ustazah, budak Thailand tu yang buat. Depa main tadi.


Akmal masih membebel dalam bahasa yang saya tak fahami. Apa yang berlaku adalah, dua pelajar lelaki Thailand yang dibawah jagaan saya masa tu main basikal Akmal semasa saya tengah mengajar dalam kelas Qira’ati. Bila rantai basikal tercabut, mereka sama cabut lari…sembunyi dalam bilik.

Saya       :Oh begitu…Akmal jangan cakap kasar, tak baik…ini senang je…

Saya terus duduk, cuba untuk masukkan semula rantai basikal yang tercabut tadi. Jari saya menjadi hitam, terkena minyak pelincir rantai basikal Akmal. Pusing-pusing pengayuh basikal menggunakan tangan…siap. Rantai basikal sudah berada di posisi asalnya. Akmal dan anak murid saya yang lain ternganga melihat saya.

Akmal   :Macam-mana ustazah tau? Habis kotor tangan ustazah.
Saya       :Ustazah ada basikal juga masa ustazah kecik-kecik dulu. Akmal, tangan kotor boleh dibersihkan semula guna air dan sabun. Dosa tu ibarat kotoran ni, kotoran mesti dihapuskan…kalau kotor ditangan, boleh bersihkan gunakan sabun pada tangan…kalau dosa(kotoran di hati), boleh dibersihkan dengan istighfar. Kamu tahu kan cakap kasar tu berdosa. Ha…tadi kamu cakap kasar kan? Istighfar cepat…Astaghfirullahal ‘Azim(Akmal dan beberapa sahabatnya ikut beristighfar bersama saya)…


Akmal tersengih…sambil mengangkat basikalnya. Sementara dua budak nakal tadi(Haris dan Alfan) menunggu nasib mereka di tempat persembunyian mereka, dalam bilik.
 *****


“Katakanlah~Wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.”
Surah al-Kahfi, ayat 103-104


Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak di angkat(tidak diterima) dan daripada doa yang tidak di dengar(tidak dimakbulkan).

Wallahua'lam






Khamis, Disember 30, 2010

Ku Berlari



Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu

Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti

Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali

Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali


Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu

Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu

Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

 
Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa


Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti

Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti


Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi

Berlari.. 



Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus feat Akbar & Cat Farish




p/s: 

selama jantung berdetak...
berlarilah mengejar mimpi...
jangan berhenti...
teruskan berlari...bersamaku...
biar kita raih mimpi itu bersama...

Isnin, Disember 27, 2010

Sesekali Di Uji


Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa




Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

Rabu, Disember 22, 2010

Ambillah waktu


 

Ambillah waktu untuk berfikir,

Itu adalah sumber kekuatan.



Ambillah waktu untuk berdoa,

Itu adalah sumber ketenangan.



Ambillah waktu untuk belajar,

Itu adalah sumber kebijaksanaan.



Ambillah waktu untuk bersahabat,

Itu adalah jalan menuju kebahagiaan.



Ambillah waktu untuk tertawa,

Itu adalah muzik yang menggetarkan hati.



Ambillah waktu untuk bekerja,

Itu adalah nilai keberhasilan.



Ambillah waktu untuk beramal,

Itu adalah kunci kejayaan.

Khamis, November 25, 2010

Sanggul dalam tudung...bonggol unta?

Assalamu'alaikum...


Kali ini saya ingin berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat mengenai perbahasan isu meninggikan sanggul di dalam tudung, sebagaimana mengikut fesyen kegilaan wanita Malaysia hari ini. Saya bukanlah seorang yang layak untuk meletakkan hukum, tetapi ini adalah berdasarkan pemahaman saya. Sesiapa yang mahu menyumbangkan pendapat, di alu-alukan. InsyaAllah sama-sama kita berkongsi...


Bismillah,


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:
Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212  
 (Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)



Daripada hadith di atas...3 golongan wanita penghuni neraka yang digambarkan iaitu;
 1.perpakaian tapi mcm bertelanjang 
 2.berjalan melenggang lenggok
 3.dan di atas kepala mereka ada bonggol seperti bonggol unta


Dan kali ini, saya mahu memetik golongan yang ketiga iaitu di atas kepala mereka ada bonggol seperti unta.




Unta


Siapa yang tidak kenal unta? Ya...unta adalah haiwan padang pasir...dan bukanlah haiwan yang sesuai untuk tinggal di Malaysia. Tapi, sekarang senang nak tengok unta, kat Zoo pun ada insyaAllah... ok, apa kata kita layan gambar unta dulu.


ini adalah unta ye kawan-kawan...tu, nampak bonggol dia?


Sanggul

Ok...habis tentang unta, kita cakap tentang sanggul pula. Siapa tak tahu sanggul tu apa? Ok..sanggul tu menurut kamus dewan adalah, gelung rambut perempuan yg bermacam-macam bentuknya: ~ bulat; ~ lintang. bersanggul 1 berhias dgn sanggul; memakai sanggul. 2 sedang berhias membuat sanggul. me­nyanggulkan menggelungkan (ram­but) menjadi sanggul.

Di sini mungkin ada sedikit fakta mengenai sanggul yang mungkin tidak difahami oleh lelaki yang tidak berpeluang menyimpan rambut panjang dan juga tidak perlu fikir tentang tudung untuk melindungi rambut mereka.

Sanggul tu haram ke? Salah?

Bagi muslimah yang berambut panjang, cara yang selamat untuk menutupi aurat(rambut) mereka tidak lain adalah dengan cara menyanggulnya, dan menyimpannya kemas di dalam anak tudung. Jadi, di sini jelas, sanggul adalah tidak haram dan tidak salah, malah boleh jatuh wajib sebab itu adalah cara menyimpan rambut daripada terkeluar daripada tudung. Kita tengok hadith yang berkaitan dengan sanggul;



 “Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merungkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci” 
(Riwayat Muslim).

Daripada hadith di atas, jelas bahawa sanggul adalah tidak haram dan tidak salah.

Jadi, apa yang salah? Mana yang dikatakan macam bonggol unta tu?

Begini,


Akhir-akhirni kita dapat lihat munculnya pelbagai fesyen tudung. Bagi memenuhi tuntutan fesyen yang sentiasa berubah dan sentiasa bermusim tanpa henti ini, lalu... terciptalah sejenis eksesori tudung iaitu sanggul palsu...


haa...begini lah rupanya sanggul palsu tu...
menakutkan juga ye...heee...

Sanggul palsu ini direka khas buat wanita yang berambut pendek tapi nak juga bagi nampak ada macam sanggul dalam tudung. Macam-mana nak gunakan sanggul palsu ni...begini, 

mula-mula, sepitkan sanggul palsu di atas kepala...

kemudian,
pakai anak tudung, dan sarungkan tudung...

hasilnya...
cantik tak?

hmmm...(0 o)
maaf...jujurnya saya tak berkenan...nampak pelik macam kepala allien


Urm...inikan fesyen terbaru..? Mana yang macam bonggol unta tu? Ok...Kita belajar melalui gambar ye...tengok balik gambar unta dulu...tengok betul-betul bonggol tu ye...





So, amacam..? Ada gaya macam bonggol unta tak? Ada persamaan?


Fikir dan fikir ye...


Saya ingin memetik jawapan Ustaz Hasrizal Jamil di page facebooknya:

"Masya Allah... ramainya bertanya kepada saya soalan yang sama, benarkah wanita bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung itu termasuk dalam maksud hadith yang Allah SWT melaknat wanita yang rambutnya berbonggol seperti bonggol unta, bergoyang-goyang untuk menambahkan kecantikan dan menarik perhatian.
Jawapannya ialah YA!"

Apa kata Unta,



Ooooh...Jadi...macam mana dengan kami yang berambut panjang ni? Adakah sanggul kami menyamai bonggol unta juga? Pastu...nak buat macam mana?


Jawapan saya, tidak saudariku...tidak...tidak sama...

Begini, 

Sanggul ada banyak caranya. Salah satu cara yang disarankan oleh muslimah yang berambut panjang adalah, buat sanggul rendah@sanggul biasa. Sanggul rambut dibahagian paling bawah kepala yakni bahagian yang hampir dengan leher. Cuba tengok gambar contoh sanggul rendah,




Bila pakai tudung, akan jadi macam ini,




Ada gaya macam bonggol unta tak? Tak de kan? (^^)

Jadi, sanggul tu tak salah, tapi cara menyanggul tu boleh jadi salah....



Pendapat anda?




Allahua'lam...




p/s: unta tidak bersalah dalam hal ini ye...
p/s/s: maaf, saya terpaksa meletakkan gambar untuk memperjelaskan apa yang cuba saya sampaikan.







Selasa, November 23, 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamu'alaikum...



Ucapan khas buat kedua-dua mantan saya(mantan pimpinan KPRSUSM) dan juga pasangan/bakal...


2. Kak Maz(Mazlindawati Md Ali Hanapiah) dan bakal pasangan Mohd Mustazarin bin Abdul Majid




"Selamat Pengantin Baru"

Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian...



“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.” 

(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


Tahniah dan tahniah!


Minta maaf sangat-sangat sebab tidak dapat memenuhi undangan kalian...terima kasih kerana sudi menjemput...




Sedikit selingan...

Kak Maz adalah orang yang mengajar saya belajar naik motor...pada tahun 2008... Sabar sungguh Kak Maz mengajar saya...dulu, saya ni suka menangis pada kak Maz bila saya ada masalah...kak Maz pendengar yang baik...dan banyak menasihati saya...masa Kak maz balik Melaka dulu, saya tak sempat jumpa akak, saya terasa sangat macam kehilangan akak...but, there I learn how to be strong and not depend on others...bertuah bakal pasangan akak tu...saya sayang akak...terima kasih akak...nanti jangan lupakan saya...

Kak Zira juga senior saya...tak silap..sekali baru jumpa...tapi rasa macam dah lama kenal...kak Zira seorang yang sangat bersemangat...dan banyak juga bagi moral support kepada junior-juniornya untuk meneruskan perjuangan melalui kisah-kisah beliau semasa di alam kampus dulu...

InsyaAllah...

Sabtu, November 20, 2010

Di sebalik I'tiraaf itu...tahukah kamu?


Dalam satu riwayat, diceritakan mengenai kisah seorang lelaki separuh umur yang bernama Abu Nawas sedang duduk bersendirian. Dia sedang memerhatikan suasana matahari yang sedang tenggelam di ufuk barat. Indah... suasana itu sungguh indah, tidak terlafaz dengan kata-kata betapa indahnya suasana itu. Di saat langit dihiasi biasan warna kuning jingga keemasan, dia terus dan terus memerhati dengan penuh saksama hinggalah akhirnya suasana itu hilang seiring tenggelamnya mentari di ufuk barat.

Di saat tenggelamnya mentari dan pudarnya keindahan suasana tadi, dia yang tidak dapat menahan sebak yang bergelora dalam diri, akhirnya tidak dapat membendung air matanya...dia menangis. Entah mengapa, sebak meruntun jiwanya. Isakannya semakin kencang, dia tersedu-sedu lalu menadah kedua tangannya;

Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu 
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu  
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Terimalah taubatku Wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurang setiap hari,
Dan dosaku pula bertambah setiap masa

Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan maksiat telah datang kepada-Mu
Senantiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada-Mu
Jika Kau ampunikan, maka itu hak-Mu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan seperti-Mu 




I'tiraf adalah sebuah pengakuan. Pengakuan lelaki ini di saat dia menyedari bahawa usianya kian senja, sudah pasti panggilan Allah untuk menghadapNya itu boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Di saat Allah memanggil, di saat itu juga Izra'il akan menjemput. Duhai, alangkah dekatnya kematian itu...


Di saat mentari kian tenggelam, dia sedar bahawa hidupnya di dunia adalah seperti itu juga. Namun kita, jarang sekali terdetik untuk renungkan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t, apatah lagi mengambil ibrah daripada setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Alangkah malangnya diri...


Lihatlah, di saat hampir tanggelamnya matahari...suasana yang begitu indah dan memukau, begitu juga dunia...pesonanya begitu menguji hingga menjadikan kita begitu asyik, terlalai dan tertipu sehingga sampai kepada detik terakhir hidup. Dunia ini terlalu indah, sehingga ramai manusia yang terlena kerana keindahannya. Di saat terlalu asyik menikmati keindahan itu, kita terlupa bahawa sebentar lagi mentari yang membawa biasan cahaya indah itu akan tenggelam dan kegelapan malam akan segera menyelubunginya. Kecuali mereka yang sedar dan gigih mempersiapkan diri membina pelita yang akan meneranginya di saat malam tiba.




"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(al-imran 3:190-191)




Sahabatku, diberitakan ketika surah Ali ‘Imran 191 itu diturunkan, Rasulullah saw telah menangis. Ketika Sayidina Bilal bertanya, “mengapa kau menangis ya Rasulullah?”Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya. “celakalah wahai Bilal mereka yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan makna dan tuntutannya.”




Duhai diri...belumkah engkau mengerti? Mengertilah...mengertilah...mengertilah...







Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar



Ilahi lastu lil firdausi ahlaa

Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi



Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku



Wahai Tuhan selamatkan kami ini

Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu



Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


Munsyid: Raihan dan Yasin



Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."

Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri.

Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.

Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan-nya bagi mereka surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.

Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan-nya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

(al-imran 2:192-200)



Di sebalik I'tiraaf itu...tahukah kamu?


Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...ampunkan daku Ya Allah...selamatkan daku Ya Allah...





Wallahu 'Alam...