Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan

Isnin, Mei 16, 2011

Ucapkanlah empat kalimah itu...




Dari Juwairiyah Radhiyallahu ‘anha, Ummul Mukminin.

أَنَّ النَّبِيَّ خَرَجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا ثُمَّ رَجَعَ بَعْدَ أَنْ أَضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ فَقَالَ مَا زِلْتِ عَلَى الْحَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا قَالَتْ نَعَمْ قَالَ النَّبِيُّ a لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.
"Bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dari sisinya di waktu pagi ketika shalat Shubuh, sementara Juwairiyah duduk di tempat shalatnya. Di waktu Dhuha Nabi pulang sementara Juwairiyah masih duduk di tempat yang semula. 

Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya, 'Kamu masih dalam keadaan di mana aku meninggalkanmu sejak tadi.' 

Juwairiyah menjawab, 'Benar.' 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Sungguh aku telah mengucapkan sesudahmu empat kalimat sebanyak tiga kali. Seandainya ia ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan sejak pagi tadi niscaya ia menandinginya, (سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ): Mahasuci Allah dan dengan memujiNya, sebanyak jumlah makhlukNya, sejauh kerelaan diriNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimatNya'."



Shahih Muslim [Kitab adz-Dzikr, Bab at-Tasbih Awwalu an-Nahar, 4/2090, no. 2726, pent.]

Jumaat, April 01, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 4

http://img.wallpaperstock.net:81/path-to-ocean-wallpapers_12103_1280x1024.jpg

Allah SWT berfirman:


"Wahai sekalian manusia, sesiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita, maka Allah tidak akan menambah baginya selain kejauhan, di dunia memperoleh kesusahan dan akhirat juga memperolah kesusahan dan Allah menetapkan di dalam hatinya kedukacitaan yang tidak tanggal selama-lamanya, dan kebingungan yang tidak pernah habis selama-lamanya, kefakiran dan tidak memperoleh kekayaan selama-lamanya dan angan-angan yang panjang yang menyibukkan dirinya selama-lamanya."


"Wahai manusia, setiap hari umurmu semakin berkurang, dan engkau tidak menyedarinya. Aku berikan rezeki-mu setiap hari, tapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang."


"Wahai manusia, setiap hari yang bakal engkau lalui, rezekimu akan datang daripada-Ku; sementara saban malam malaikat mendatangi-Ku dengan laporan keburukan amalanmu. Engkau makan rezeki yang Ku berikan, tapi engkau menderhakai Aku; engkau menyeru Aku; lalu Aku memperkenankan engkau; Aku turunkan kebaikan kepada-mu dan engkau persembahkan keburukan kepadaku."


"Akulah pemimpin yang paling baik bagimu, dan sejahat-jahat hamba kepada-Ku ialah engkau; engkau menanggalkan daripada-Ku apa yang Ku-berikan kepadamu; Aku tutupi keburukan demi keburukanmu; Aku malu kepadamu tapi engkau tidak malu terhadap-Ku, engkau melupakan Aku dan mengingat yang selain-Ku engkau takut kepada manusia dan merasa aman terhadap-Ku, engkau takut seksaan mereka tapi engkau tidak takut akan kemarahan-Ku."


Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Isnin, Mac 21, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 3

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya;
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs611.snc4/59110_148074841892362_100000695423725_291141_6009628_n.jpg



“Wahai sekalian manusia, bersifat qanaah lah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih. Dan sesiapa meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayangKu; sesiapa yang menjauhkan (mengasingkan) diri daripada manusia, maka ia akan selamat daripada mereka. Dan sesiapa yang sedikit percakapannya, bererti sempurna akalnya. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayai Allah Taala.”


“Wahai manusia, kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui, maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui. Wahai manusia, kamu beramal di dunia seolah-olah kamu hidup esok, dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu hidup kekal. Wahai dunia halanglah ketamakan atasmu, dan carilah kezuhudan padamu, dan jadilah engkau sedap dipandang orang-orang yang memandang.”




Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Sabtu, Mac 19, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 2




"Diri-Ku menyaksikan diri-Ku sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku; Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku. Sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku, tidak bersyukur atas nikmat-Ku dan tidak merasa cukup terhadap pemberian-Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan selain-Ku."






"Oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-Ku, sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti Aku; sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya; dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang mati, maka seolah-olah ia telah mengambil tombak dan menghunjamkannya kepada-Ku; dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tangannya."






"Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak paduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam; dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman), maka sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya,"




Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Isnin, Mac 14, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 1


 

“Wahai sekalian manusia, Aku hairan malihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.”

“Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih.”

“Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia; tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku.”


Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Sabtu, Mac 05, 2011

Hadith: Taqwa



Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal ra. menerangkan, Rasulullah saw. bersabda,

"Bertaqwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergauilah manusia dengan akhlak terpuji."

(h.r. Tirmidzi dan ia berkata, "Ini adalah hadith hasan" dan di sebahagian kitab disebutkan sebagai hadith hasan shahih)

Sabtu, Februari 26, 2011

Hadith: Kendalikan Lidahmu...

Mu'az bin Jabal ra. berkata,


"Aku pernah berkata, 'Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku amal yang dapat memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka'."


Beliau menjawab, "Engkau menanyakan sesuatu yang besar, namun hal itu menjadi ringan bagi siapa saja yang diringankan oleh Allah swt. Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah."



Kemudian Beliau bersabda, "Inginkah engkau kuberitahukan mengenai pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air dapat menghapuskan api, dan solatnya seseorang di tengah malam." Kemudian beliau membaca Surah As-Sajdah ayat 16, 'Tatajaafaa junuubuhum 'anil madhaaji'i....hingga...ya'maluun (Lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan harap-harap cemas).'


Kemudian Beliau bersabda, "Inginkah kalian kuberitahukan pokok dari segala urusan dan puncak mahkotanya?" Aku menjawab, "Ingin, wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Pokok dari segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad."


Lalu Beliau bersabda, "Maukah kalian kuberi tahu kunci dari semua itu?" Aku menjawab, "Mau, wahai Rasulullah." Maka Beliau menunjuk lidahnya seraya bersabda, "Kendalikan ini!" Aku bertanya, "Wahai Nabiyullah, apakah kami akan dimintai pertanggungjawaban dengan apa yang kami katakan?" Beliau bersabda,"Celaka engkau hai Mu'az! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat lidah mereka?"


(h.r. Tirmidzi dan dia mengatakan ini adalah hadith hassan shahih)

Selasa, Februari 22, 2011

Antara Kebajikan dan Dosa



Nawwas bin Sam'an ra. berkata, Nabi saw. bersabda,


"Kebajikan adalah akhlak terpuji,sedangkan dosa adalah apa yang meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain."

(h.r. Muslim)




Dalam hadith yang diterangkan oleh Wabishah bin Ma'bad ra., ia berkata, Aku mendatangi Rasulullah saw., beliau bertanya,"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya benar."

Beliau bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri!.Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari dua imam, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan).

Sabtu, Februari 19, 2011

Renungan hadith...


Abu Tsa’labah al-Khusyaniy Jurtsum bin Nasyir ra. Berkata, Rasulullah bersabda,


“Sesungguhnya Allah telah menetapkan sejumlah kewajiban,
maka janganlah meremehkannya. 
Dia telah meletakkan batasan-batasan (hukum),
maka janganlah kalian melanggarnya; 
Dia telah mengharamkan sejumlah perkara, 
maka janganlah kalian jatuh ke dalamnya; 
Dia juga telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kalian dan bukan kerana lupa, maka janganlah mempersoalkan(apa yang telah didiamkan oleh Allah ini).”


(Hadith hasan diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni dan lain-lain)




.