Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Isnin, Julai 11, 2011

Resepi: Koleksi Resepi Demonstrasi Memasak

Assalamu'alaikum...

hari ini saya nak berkongsi beberapa resepi yang saya salin sewaktu demonstrasi memasak di Kediaman Ketua Jajahan Pejabat tanah dan Jajahan Bachok....minta maaf ya gambar tak ada memandangkan saya takbawa kamera pada hari kejadian...semoga bermanfaat...

1)    Ayam Masam Manis

Bahan-bahan:
1.      Ayam dipotong dadu
2.     Garam
3.     Telur
4.     Tepung naik sendiri
5.     Tepung beras
6.     Lada sulah
7.     Bijan 

Bahan-bahan sos:
1.      Sos cili thai Kimball 1 sudu besar
2.     Sos HP 1 sudu besar
3.     Air masak

Kaedah:
1.      Ayam digaul bersama telur dan sedikit garam
2.     Masukkan tepung naik sendiri dan tepung beras dengan amaun yang sama dan lada sulah, gaulkan, perap, asingkan.
3.     Panaskan kuali, goreng ayam tadi, asingkan
4.     Campurkan bahan untuk sos dalam kuali, masak dan masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul hingga rata.
5.     Hidangkan dalam pinggan, taburkan bijan untuk hiasan.


2)    Ayam KFC

Bahan:
1.      Ayam
2.     Telur
3.     Garam
4.     Lada sulah
5.     Tepung kentuky

Kaedah:
1.      Gaulkan ayam dengan telur , garam dan lada sulah, hingga rata.
2.     Golekkan ayam didalam tepung kentuky, bakar dengan suhu 180°c.
3.     Hidangkan



3)    Pop Corn

Bahan-bahan:
1.      Minyak masak
2.     Bertih jagung
3.     Planta
4.     Gula

Kaedah:
1.      Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bertih jagung, kacau hingga jagung mula pecah(bunyi pop), tutup periuk.
2.     Angkat bila masak, asingkan.
3.     Cairkan gula, tambah planta, kacau dan masukkan pop corn, gaulkan rata.


4)     Bihun Tomyam

Bahan-bahan:
1.      Bawang putih
2.     Bawang besar
3.     Cili hijau
4.     Serai(potong kecil-kecil)
5.     Udang kering
6.     Minyak
7.     Kubis dan carrot(parut halus)
8.     Bihun(direndam)
9.     Perencah tomyam Adabi
10.   Rempah A1
11.    Santan kotak ayam Brand
12.   Garam
13.   Air masak

Kaedah:
1.      Tumis bawang putih dan bawang besar, tambah serai dan udang kering.
2.     Masukkan kubis dan carrot yang diparut halus, tambahkan bihun, perencah tomyam, air dan garam.



5)    Ais Krim

Bahan-bahan:
1.      Biskut oreo 1 paket
2.     Gula 3 sudu besar
3.     Susu tepung 3 sudu besar
4.     Coffee mate 3 sudu besar
5.     ais

Kaedah:
1.      Kisar biskut, gula, susu tepung dan coffee mate hingga hancur.
2.     Masukkan ais dan kisar hingga menjadi ais krim.


Selamat Mencuba...Sekian..


P/s: Segala catatan di atas adalah untuk rujukan diri sendiri dahulu... (^^,)

Khamis, November 18, 2010

Resepi: Nasi Berlauk Kelate

Assalamu'alaikum,

Ini adalah menu sambutan Hari Raya Aidil Adha kami(saya dan beberapa sahabat) yang beraya di perantauan...

Oleh kerana tukang masaknya didatangkan khas dari Pantai Timur, maka terimalah...


Resepi Nasi Berlauk dari chef Fariza(tak mengapa kan saya perasan...sebab ini blog saya)

Amaran: Resepi ini untuk orang yang tak pandai masak tapi suka main masak-masak macam saya...sape yang dah pandai jangan baca, ok...hehe..


layan gambar dulu ya kawan-kawan...maaf, gambar kurang jelas sebab guna telefon...

Gulai Ikan...gambar tak sempat di snap...nasib baik tinggal seketul lagi...

sambal limau kasturi...

makan ngan nasi putih je...


ok,

begini ye...


ini adalah masakan untuk 10 orang, tapi tadi kami hanya 7 orang tapi licin juga...


Bahan-bahan(untuk gulai ikan):

  1. 1 kg ikan tongkol(orang kampung saya panggil ikan aya) yang telah direbus dengan asam dan garam(bagi masin lebih sikit)
  2. 4 ulas bawang merah(saiz sederhana)
  3. 5 biji cili kering(belah, buang biji, rendam ngan air suam)
  4. 1 inci lengkuas
  5. 1 inci kunyit
  6. 3/4 biji lada besar 
  7. kacang panjang dan mentimun (bilangan terpulang ikut selera anda)- di celur 2/3 masak
  8. 1/2 kiub bilis
  9. 2 keping asam gelugor
  10. 1 kotak kecil santan(guna santan ori lagi best)
  11. air masak 
  12. garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus ikan dahulu separuh masak, simpan air rebusan ikan. Ketepikan.
  2. Celur kacang panjang dan mentimun. Ketepikan.
  3. Bawang, cili kering, lengkuas dan kunyit di kisar bersama santan dan sedikit air.
  4. Masak bahan kisar tadi dengan api sederhana...masukkan sekali lada besar yang tidak dipotong...kalau guna periuk nasi elektrik biasa macam saya, lagi senang sebab tak perlu kawal api...(^_^)...terus kacau hingga kuah menggelegak...
  5. Masukkan ikan rebus bersama air rebusannya, garam, asam dan kiub bilis, kacau dengan perlahan supaya struktur ikan tidak rosak/hancur hingga kuah menggelegak,
  6. Masukkan kacang panjang dan mentimun yang dicelur tadi dan kacau sekali sekala hingga masak, tutup api.

Cara masak nasi dah tau kan?...Cara buat sambal pun dah tau kan?...semua tu basic je..jadi, .tak payah ditaip di sini ye...(^^,)

Bila dah siap semua, hidangkan.... tambah eksesori ulam-ulaman pun best juga...
jadilah ia Nasi Berlauk orang bujang...


Selamat Mencuba...



p/s: doakan semoga saya sedar diri nak exam... 1 lagi kertas peperiksaan...Sumber dan Prinsip Perundangan Islam...yang jatuh pada tanggal 19 November...



ok...sekian...cukup cik fariza, cukup...udah ye...udah le tu...(peringatan untuk diri)





Jumaat, November 05, 2010

Resepi: Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


Belek-belek resepi kat internet, terjumpa resepi kek coklat tanpa telur... sedikit rasa keanehan...  lalu tangan menggatal tak boleh duduk diam... selepas 3 hari, berasaplah juga akhirnya periuk ku dengan kek coklat kukus  tanpa telur... tapi resepi diubahsuai mengikut bahan yang ada dan mengikut selera saya... lalu terimalah... kek coklat kukus tanpa telur...(resepi asal memerlukan kek untuk di bakar di dalam ketuhar)



ini versi yang saya punya...



Bahan-bahan:
  1. 1 cawan gandum
  2. 1/3 cawan gula
  3. 2/3 cawan milo campur serbuk koko(memandangkan serbuk koko saya dah nak habis)
  4. 1 kotak kecil susu perisa coklat(nak guna susu segar pun boleh)
  5. 1/3 cawan minyak masak
  6. 1 cmt soda bicarbonate
  7. 1 cmt baking powder


Kaedah:
  1. Mulakan dengan bismillah
  2. Gandum + serbuk koko & milo + soda bicarbonate + baking powder diayak. Pastu + gula dan gaulkan sekata.
  3. Tambahkan susu dan gaulkan rata. Akhir sekali tambah minyak... gaul hingga minyak larut bersama adunan.
  4. Panaskan dapur... masukkan adunan didalam acuan yang telah di alaskan dengan aluminium foil... kukus dalam 20 minit, cucuk dengan cake tester atau lidi... apabila tiada adunan yang melekat, angkat kek... sejukkan... potong... dan hidangkan...
  5. Kalau rajin untuk buat topping, lagi bagus... tapi saya tak de bahan... tak de masa nak keluar(perasan sibuk study nak exam)...





Rasanya boleh tahan... sangat lembap... sangat sesuai kepada penggemar kek coklat yang kena berpantang makan telur...


Perhatian kepada sesiapa yang ingin menyalin resepi di atas, diharapkan agar meninggalkan jejak atau komentar di ruangan komentar blog ini... sekian... selamat mencuba...

Klik sini kalau nak buat kek coklat lembap kukus biasa...


p/s: nak exam pun sempat lagi buat kerja macam ni... hu... fariza2(mengeluh pada diri)... apapun... I love Allah...






Selingan... ini gambar kucing ummi... Taj...




 Taj baru selesai masukkan virus baru dalam laptop abe...

sesi soal jawab ngan abe... Taj mengaku tak bersalah... huhu...



p/s: dear Taj... nantikan kepulanganku untuk mengenyek mu... hehe... jange marah Ja ya ummi....

Jumaat, Oktober 15, 2010

Resepi: Laksa Kelantan

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak kongsikan resepi Laksa Kelantan versi ummi saya...mudah je...sebenarnya nak post resepi ni masa bulan ramadhan lagi(iaitu selepas iftar makan laksa bersama adik2 KPRS), tetapi, atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditangguhkan...

ini gambar hiasan, di ambil dari blog orang lain...masakan sendiri tak sempat ambil gambar...sudah abis dimakan oleh mereka..hehe...


Bismillahirrahmanirrahim....terimalah, resepi Laksa Klate...

*Masakan untuk 10 orang

Resepi Kuah

Bahan-bahan:
  1. 10 ekor ikan kembung/selayang/lolong(korang panggil apa aku tak tau)
  2. 6 biji bawang merah
  3. 1 biji bawang putih(kecil sahaja)
  4. 1 cm halia
  5. 1 kiub ikan bilis(nak guna belacan pun tak mengapa)
  6. 2 keping asam gelugor
  7. 2 cmt lada hitam(ditumbuk halus)
  8. 1 kotak besar santan(kalau tak dapat santan kampung)
  9. garam secukup rasa
  10. 2 cmb gula
Kaedah:
  1. rebus ikan(rebus dengan asam dan garam)
  2. kisar bawang merah, putih, halia, ikan rebus(yang sudah di asingkan tulangnya) dan santan
  3. masukkan bahan kisar tadi + air rebusan ikan tadi + kiub bilis + lada hitam + asam gelugor + garam + gula kedalam periuk(guna rice cooker pun boleh..hehe)
  4. apabila masak, hidangkan...

*untuk laksa, anda boleh gunakan laksa kering yang dijual di kedai runcit(untuk resepi ni guna 2 paket laksa kering) atau beli siap-siap laksa basah atau buat sendiri

*hidang bersama kacang panjang, daun kesum, mentimun, sambal belacan dan apa sahaja yang anda sukai

* selamat mencuba....

Sabtu, Oktober 02, 2010

Resepi: Nasi Tomato

Anggaran untuk 4/5 orang



NASI TOMATO



Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 1/2 cawan air
2 kuntum bunga cengkih
1 inc kayu manis
2 cawan beras
1 cawan sos tomato

Cara-cara:
1. Cairkan minyak sapi. Goreng bawang putih + bawang merah hingga kekuningan.
2. + bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga hingga naik bau.
3. + beras dan gaulkan hingga rata. + air + garam(secukup rasa) dan dibiarkan mendidih hingga kering. + sos tomato dan gaulkan hingga warna sekata.
4. tutup periuk dan tinggalkan hingga nasi masak, tutup api.




AYAM MASAK MERAH



Bahan-bahan:

a. ayam goreng
1/2 ekor ayam(dipotong kecil-kecil)
garam dan kunyit

b. bahan tumis
5 biji cili kering(nak guna cili boh pun ok, tp saya prefer yang ni)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar(ganti dengan bawang merah pun ok)
1 biji tomato(belah empat)
1 cawan sos tomato

c. bahan tambahan
kacang hijau(dalam tin)

Cara-cara:
1. Ayam digaul dengan garam kunyit lalu di goreng separuh masak dan asingkan.
2. Kisar semua bahan tumis kecuali tomato dan sos tomato. Tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato dan buah tomato, tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga kuah menjadi kering dan pekat.
5. Apabila ayam telah masak, masukkan kacang hijau dan gaulkan. Tutup api.





PAJERI KUNING(NENAS)



Bahan-bahan:
1 tin nenas
1 cm halia
1 ulas bawang putih
1/2 ketul kiub bilis
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis(kecil)
3 biji lada besar merah(dihiris halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. + Kiub bilis + serbuk kunyit.
3. + nenas bersama airnya + lada
4. Kacau hingga lada masak sedikit, tutup api.


* maaf, gambar kurang jelas sebab guna kamera telefon.

* resepi di atas adalah carian internet juga tetapi telah di edit sedikit sebanyak oleh saya.

* InsyaAllah sedap, dah cuba buat. Saya masak untuk 20 orang, jamuan untuk anak2 didik,kelas bimbingan Qiraati sempena majlis perpisahan semalam. Mereka semua makan dengan gembira dan banyak juga.

"Ustazah, nak tambah lagi...tambah lagi banyak ustazah...sedaaap!"


...insyaAllah ustazah akan merindui kalian...huhu...





sekian...

Khamis, Julai 29, 2010

Resepi Kek Coklat Lembap(kukus)

Assalamu’alaikum….izinkan diri guna ganti bahasa kak ja ya…kali ini kak ja ingin berkongsi dengan anda resepi kek coklat lembap…macam biasa…masakan orang bujang…guna rice cooker ja…ummi kata, kalau kena cara…boleh masak macam-macam dengan rice cooker…jadi…selepas beberapa kali percubaan…terimalah…





Resepi Kek Coklat Lembap(kukus)

Ini kek yang kak ja buat...



Bahan-bahan:
Gula (1/3 cawan)
Susu pekat manis (1/3 cawan)
Milo (1/2 ) cawan)
Serbuk koko (1/2 ) cawan)
Minyak (1 cawan)
Tepung gandum biasa (1 1/4 cawan)
Soda Bikarbonat (1 camca teh-paras)
Baking Powder (1 camca teh-paras)
Telur (2 biji)


Kaedah:
1.Masukkan gula, susu pekat manis, milo, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk…panaskan…sambil kacau hingga gula cair…jangan kacau dengan sudu besi…nanti terkeluar ‘zat besi’ yang tak perlu…sejukkan
2.Ayak gandum bersama dengan soda bikarbonat dan baking powder…gaulkan sebati…campur dengan bahan cair tadi…
3.Pukul telur dalam bekas berasingan dan masukkan kedalam adunan kek…
4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk kukus kek…
5.Masukkan adunan kek ke dalam acuan…nak guna acuan kecil atau besar terpulang kepada anda…
6.Bila air dah menggelegak…kukus kek…
7.Dalam sela masa tertentu…bila Nampak kek tu dah naik sedikit, boleh cucuk dengan lidi atau apa-apalah…tarik balik lidi itu tengok kalau ada kek yang melekat pada pencucuk tadi, maknanya kek tak masak lagi…lama masa kek masak bergantung kepada saiz dan kedalaman acuan yang diguna…
8.Selepas dah tak melekat kek pada pencucuk…angkat dan sejukkan…



*ramai juga yang tanya...macam-mana kak ja boleh masak macam-macam guna rice cooker je...kat dalam bilik pulak tu...hmmm..."Kalau nak seribu cara lah dik..."
*rice cooker kak ja tak de alat khas untuk steamer(pengukus)...akak masukkan stand wok...
*main masak-masak untuk mengubat hati...huhu...





.

Selasa, Mei 18, 2010

Resepi Kuih Belimbing

Assalamu’alaikum…apa khabar kalian?...apa khabar iman?



Kali ni nak berkongsi satu resepi kuih. Alkisahnya, beberapa hari lepas, saya ajak ummi tengok-tengok koleksi laman resepi melalui internet ni. Masa buka satu blog resepi tu, ummi terpandang link gambar kuih belimbing. Terus ummi suruh buka yang tu, dan ummi kata dia nak makan kuih belimbing haritu. Humm, jadi tengok-tengok resepi tu, kebetulan bahan ada kat rumah, saya pun cuba. Alhamdulillah sedap juga, cuma ada disuntingkan sedikit resepi tu. Masa buat, acuan nak buat kuih belimbing takde, jadi cari punya cari nak guna apa, lalu guna acuan biskut. Acuan picit juga. Bentuk tak sama, tapi ummi kata rasanya sedap, sama macam yang ummi makan masa dia kecik-kecik dulu. Tapi, yang ni saya tak tabur gula, ummi suruh cuba sira(salut dengan gula cair).

Ok…ini resepinya…bismillahirrahmanirrahim…



Resepi Kuih Belimbing





Bahan-bahan:
1. 1 cawan gandum
2. 1 cawan air masak
3. 1 camca besar majerin/mentega
4. 2 camca besar gula
5. ¼ camca teh garam
6. ½ camca teh esen vanila (kalau takde tak bubuh takpe)
7. 1 biji telur

Kaedah:
1. Baca bismillah, betulkan niat.
2. Pukul telur dalam satu mangkuk. Asingkan.
3. Ambil periuk, masukkan air masak, panaskan gula + majerin/mentega + gula + garam + esen vanila. Kacau sampai majerin/mentega cair. Tutup api.
4. Masukkan gandum dan kacau cepat-cepat. Adunan panas, jadi gunalah sudu atau senduk atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
5. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan, picit dan potong mengikut saiz yang anda sukai.
7. Teruskan menggoreng, sambil mengacau supaya masak secara sekata sehingga kuning keemasan/keperangan, angkat dan toskan minyaknya.



Bahan untuk sira:
1. 5 camca besar gula
2. 1/5 camca teh garam
3. air secukupnya (sedikit sahaja, untuk melarutkan)

Kaedah:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali/periuk.
2. Panaskan sambil kacau sehingga menggelegak. Biarkan ia menggelegak dalam lebih kurang 2 atau 3 minit...jangan lama sangat, jangan bagi gula bertukar warna jadi perang. Biarkan ia menggelegak dalam warna jernih. Tutup api.
3. Masukkan kuih yang telah ditoskan minyaknya tadi ke dalam satu bekas besar, dan masukkan gula cair tadi dan kacau sehingga semua kuih disaluti oleh gula.
4. Masukkan kuih yang telah disaluti gula ke dalam bekas untuk menghidang. Biarkan sekejap, nanti gula tadi akan mengeras dan kuih akan kelihatan menarik.



*anda boleh buat guna acuan sebenar kuih belimbing, dan boleh buat pilihan sama ada nak salut kuih dengan cara sira atau taburkan gula atau apa-apa cara mengikut kreativiti masing-masing. Kalau malas nak buat, tapi nak cuba kuih di atas, boleh hubungi saya, dan jemput datang kat umah ye..hehe...

*saya bukan tukang masak/chef yang pro dalam masakan, tapi bolehla sikit-sikit main masak-masak, jadi sapa yang dah tau masak tidak digalakkan baca...hehe.

Selamat mencuba...sekian...




Selingan,

Hari tu, tengah buka blog-blog untuk dibaca, adik bongsu saya macam biasa, suka kacau kakak dia yang sorang ni... Saya tunjukkan dia beberapa blog, termasuk salah satu blog kegemaran saya, blog Faisal Tehrani...dan juga blog saya...adik pun kata ”Nak blog juga, nak juga, Kak Ja wak so ko adik, Kak Ja cepatla...”. Setelah dipujuk rayu(kononnya kakaknya ni jual mahal..hehe) ”Ok dik...”.

Sebenarnya sememangnya saya sedang memancing dia untuk wat blog...nak latih dia untuk menulis...insyaAllah ini dai’e kecil dalam rumah saya...hehe...alhamdulillah berjaya...”Syabas dik!”. Lalu terciptalah satu blog untuk adik...ini blognya http://faisalroslli.blogspot.com/ . Kalian dijemput untuk berkunjung ke blog tu, bagilah komen atau teguran apa-apa kat blog adik...ya...dalam proses belajar, macam kakak dia juga tu.





”Ya Allah, izinkan aku menghadapkan wajahku, melepaskan rinduku padaMu dalam sujud, disepertiga malamku...”

Selasa, Mac 23, 2010

perkongsian...

Assalamu’alaikum…

Buat pembaca sekalian…termasuk yang menulis ni…satu persoalan sebelum memulakan perkongsian…

PERSOALAN

Apakah yang anda lakukan...

sekiranya..(pembaca tak perlu membaca dengan berdebar-debar)...

sekiranya...pada waktu itu...

anda....

berada dalam hutan...huhu....(dalam rumah juga boleh jadi)...

...dan....ketika itu anda hanya ada...

Ada apa ya?

Oh..ada beras...satu tin sardin....dan beberapa biji telur...sedikit garam...dan..sedikit minyak masak...

Hanya ada itu untuk dimakan....


Dan....persoalannya anda nak masak apa?
(laaa...hehe...berapa banyak suspen daa)...


PERKONGSIAN

Perkara ini berlaku semasa Kem Jati Diri KPRS USM...beberapa minggu lepas....kali dibekalkan dengan bahan-bahan berkenaan(nasi telah dimasak oleh penulis)...dan kali dikehendaki mempelbagaikan masakan menggunakan bahan yang telah diberikan...

Jadi.....ada tiga kumpulan semuanya...masing-masing pun fikirlah...apa yang nak dimasak...termasuklah akak and the geng...nama kumpulan akak....”BOOM”...
(kalau nak tahu macam mana lagu sorak kumpulan...boleh menghubungi akak secara peribadi...hehe)

Selepas sesi memasak selesai...tibalah waktu makan...kami sama-sama menghidangkan masakan yang telah dibuat...yang peliknya...ada tiga kumpulan yang dibekalkan dengan bahan yang sama.....tapi...yang terhidang ada 4 hidangan...huhuu...

Antara hidangan yang tersaji adalah....(a) ikan sardin campur telur hancur...(b) ikan sardin dengan telur rebus...dan ada dua hidangan yang unik.....iaitu...(c) telur goreng special masak merah dan; (d) ini yang paling istimewa..iaitu pegedil...

*gambar tiada...kerana kamera akak kehabisan bateri...tulah...syok sangat ambil gambar dalam hutan...tak sedar...bateri exousted...di saat-saat penting ni...hmm..

Ok2....berbalik kepada tadi...sebenarnya...dua masakan terakhir tu...dari kumpulan akak..hmm..takpelah...sebab adik-adik duk ambil hati akak...puji masakan kumpulan akak sedap(akak pun jadik perasan...senyum sorang-sorang).....ramai yang hairan dan tanya...macam mana boleh jadi dia masakan tadi...?.....jadi akak nak kongsilah...ilmu itu dari Allah juga...manusia memang tak de kemahiran...kalau Dia tak izinkan...

Ok.....macam mana kami buat...?

bila diberi tugasan...mulalah kami berfikir...nak buat suatu kelainan....ada telur dan sardin....mula-mula nak buat...goreng ikan sardin salut telur...goreng ikan sardin...pastu rebus telur...dan macam-macam lagi...(akak ni tak reti masak..tapi kalau bab-bab masak....exited terlebih...dan perasan sedap...huhu)...last...terfikir lah untuk buat masakan yang disebutkan di atas tadi...

ok.....resepi untuk anda kalau-kalau satu masa nanti kat rumah tu ada sardin dan telur je...anak-anak boring asyik makan sardin je...(eh...anak-anak pula(”,)...adik-adik ke)...boleh la membuat kelainan dengan mencuba resepi ni..

1) RESEPI PEGEDIL SARDIN yang simple...

Bahan-bahan:
a. ikan sardin yang di asingkan dari kuahnya(tinggal seketul untuk resepi kedua)
b. dua biji telur
c. sedikit garam

Kaedah:
a. hancurkan ikan sardin tanpa kuah tadi dengan sudu atau garfu,
b. pecahkan sebiji telur....gaulkan bersama...tambah garam
c. bentukkan bulat-bulat (macam pegedil)...lagi comel buat kecil-kecil
d. pecahkan sebiji lagi telur dala bekas berasingan…pukul telur…
e. panaskan kuali…celupkan pegedil yang dibentuk tadi dalam telur yang telah dipukul tadi…
f. kemudian goreng….balik-balikkan hingga jadi keperangan…angkat..toskan minyak…
g. hidang...(^_^)

*catatan: kalau ada ubi kentang, cili, lada hitam, bawang atau apa sahaja ikut selera anda...boleh titambah untuk menjadikan pegedil lagi best rasanya...

2) RESEPI TELUR GORENG SPECIAL MASAK MERAH

Bahan-bahan:
a. telur 2 biji….campur dengan telur lebih yang digunakan untuk celup pegedil di atas
b. ikan sardin lebih yang disimpan dari masakan di atas
c. sedikit garam
d. kuah sardin yang disimpan tadi
e. sedikit air mineral
f. buah limau kasturi/nipis dan cili kalau ada

Kaedah:
a. pukul telur..tambah ikan sardin(yang dihancurkan)..tambah garam secukup rasa...
b. goreng telur campuran tadi...asingkan.
c. panaskan kuali sekali lagi…masukkan kuah sardine…tambah sedikit garam…tambah air mineral(nak bagi banyak kuah…jangan banyak sangat)…tambah perahan limau kasturi/nipis(sedikit sahaja…tak sedap kalau masam sangat)…tambah juga cili kalau ada
d. bila kuah dah menggelegak…masukkan telur goreng tadi(telah dipotong kecil-kecil)…
e. agak-agak dah masak…angkat…hidangkan…

*tertakluk kepada selera anda…boleh di ubah suai…hmm (^_^)…

(^_^)….alhamdulillah…seeedaaappp….(akak perasan sendiri…senyum simpul sorang-sorang….bila adik-adik puji sedap…dan minta resepi…nasib baik tutup muka…kalau tak….malu kat adik-adik..)….

Ok…selamat mencuba….(~_~)v



*Tiba-tiba teringat…masa balik cuti semester semasa belajar kat matrikulasi Changlun,Kedah dulu(kalau x silap…masatu tahun 2006)…



…duk bersembang bersama-sama ummi…pastu..terkeluar satu cerita dari mulut ummi…membuatkan ana begitu terharu…oh…ummi masih ingat rupa-rupanya…
Ummi bercerita sambil tersenyum…

Nak tahu cerita apa…ceritanya…

Benda ni berlaku semasa ana darjah satu atau dua…lebih kurangla…masa tu ummi sangat sibuk dengan adik-adik ana yang masih kecil…sudah menjadi kebiasaan…semenjak kecil lagi ummi kata kat ana…”Kak Ja dah besar..kena tolong ummi kat dapur…masak nasi…masak lauk…”…jadi seperti biasa…ana ditugaskan untuk masak hari tu…masak yang simple je pun…ikan goreng…sayur ummi masak sendiri…jadi…ana ni sangat suka mencuba resepi baru…dan tak nak tanya ummi dulu…kononnya nak buat suprise…biar ummi teka ana letak apa dalam masakan…

Hehe….nak dijadikan cerita…maka dengan penuh yakinnya…(selalunya ummi ajar buat yang mudah je…siang ikan lepastu tumbuk garam dengan kunyit hidup dengan lesung)…ana pun ambil beberapa ulas bawang merah dan putih…sedikit serbuk lada hitam…ditumbuk bersama kunyit hidup dan garam…lepas tu…goreng…fuh…masa letak ikan dalam kualu yang minyaknya dah panas(masa tu terpaksa naik atas kerusi untuk menggoreng sebab…kecik sangat…tak nampak apa yang nak digoreng)….bau sedaaaapp sangat-sangat..(selalunya bau ikan goreng dengan garam kunyit)…kali ni bertambah harumnya…wahhh…tepuk tangan…yea yea…jadi-jadi…akulah chef Ja! Anak ummi…(masa tu rasanya tak ucap alhamdulillah)..hmmm…budak kecik….

Lepas masak ikan…ummi ajar…nak hidang kat abah…kena bagi cantik-cantik…macam kat restoran…ok…siap…

….maka…masa makan…tersengih-sengihla ana…sambil tengok ummi dan abah makan…tunggu apa-apa kata dari ummi dan abah..hmm?...tak de perubahan…puas menunggu…terkeluarlah pertanyaan dari budak kecik yang comel ni “Ummi, sedap tak ja masak…sedap tak…? Rasa macam biasa ke lain sikit?”…persoalan yang penuh pengharapan…pujian dari ummi….”Sedap..” jawab ummi ringkas...jawapan ummi tidak memuaskan hati anak kecil ini....ana merajuk...selaku anak yang perasan paling manja...

Beberapa tahun berlalu...dah besar dah anak ummi....sungguh...anak didik ummi ini amat terharu..rupa-rupanya ummi masih ingat...puji masakan ja masa kecik tu...rupa-rupanya ummi sangat menghargai...dan ummi kata dia sangat bangga...bila dah besar Allah izinkan ana untuk mengetahui perkara ni...hikmahnya...pujian..dan kata penghargaan dari ummi sangat menyentuh hati anakmu...yang makin dewasa ni....sangat terkesan...berbanding jika ana menerimanya dulu....Ya Allah...Ja sayaaaang Ummi...terima kasih ummi..terima kasih bagi Ummi pada Ja...

Isnin, Februari 08, 2010

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap

.:buat masa Training Of Trainers dulu:.


ni je gambar yang ada...x sempat nak shoot yang dekat...duk kalut kat dapur...


(sukatan bahan terpulang kepada selera pembuat)

Bahan-bahan:

Ikan cencaru (dibuang siripnya yang keras) 10 ekor
Bawang besar-2 ulas
Bawang merah- 4 ulas
Bawang putih – 5 ulas
Kiub bilis – I ketul
Halia – 2 inci
Cili padi – 4 biji
Serbuk kunyit(nak guna kunyit hidup pun boleh)
Asam gelugor (2 keping)
Serai 2 batang(di ketuk)
Pelaga hindi
Bunga lawang
Kayu manis
Bunga cengkih
Lada hitam(ditumbuk halus) 1 sudu teh-kalau boleh jangan guna serbuk yang dalam botol sebab ada bahan tambahan.
kicap
Air masak
Garam(ikut selera)


Kaedah:
1. betulkan niat..minta dengan Allah bagi jadi
2. siang ikan(ikut kreativiti)
3. bahan-bahan iaitu bawang, halia dan cili padi di hiris(nak blend pun tak pe)
4. tumis bang putih…diikuti oleh bawang merah…seterusnya bawang besar..masukkan kiub bilis…tambah juga pelaga hindi,bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, kacau hingga naik baunya…
5. masukkan kicap + lada hitam + serbuk kunyit + garam + asam gelugor+ serai + air masak. Tumis hingga kuah menggelegak….rasa…tambah apa yang kurang
6. masukkan ikan, kecilkan api dapur, tutup dengan penutup.
7. tutup api bila ikan dah masak....hidangkan ikut kreativiti

catatan:
1. sukatan bahan dan keadah membuat terpulang pada kreativiti anda
2. resepi ini adalah cetusan idea dari Allah...masa kat dapur tu...masak ikut bahan yang ada...alhamdulillah..sedap juga...
3. tips dari my ummi....masak jangan tunggu bahan cukup baru boleh masak...kena bersedia untuk tidak bersedia....cuba buat resepi baru ikut bahan yang ada...
4. selamat mencuba...semoga berjaya...

Sabtu, Februari 06, 2010

resepi puding roti strawberi



Bahan-bahan:
1. roti 6 keping
2. susu perisa strawberi 400 ml
3. marjerin 2 sudu besar
4. esen vanilla 1 sudu teh
5. esen strawberi 1 sudu the
6. telur 1 biji
7. susu pekat manis 5 sudu besar
8. tepung kastad 2 sudu besar
9. kismis

Kaedah membuat:
1. carikkan roti kepada cebisan kecil-kecil dan rendam dalam susu
2. ambil separuh daripada adunan tadi, masukkan ke dalam mesin pengisar
3. dalam mesin pengisar, tambahkan marjerin+esen vanila+esen strawberi+telur+susu pekat manis+tepung kastad= kisar
4. campurkan bahan yang dikisar kedalam adunan asal tadi dan gaulkan hingga sebati
5. masukkan kedalam acuan untuk kukus(acuan terpulang kepada kreativiti masing-masing)
6. sebelum kukus, taburkan kismis dan kukus hingga masak

catatan:
• puding akan lembik dulu masa baru di angkat dari dapur....akan mengeras sedikit bila ia sejuk...jadi...tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan...
• kalau nak buat perisa lain, boleh ubah suai sikit resepi di atas...
• resepi di atas adalah hasil cetusan idea dari Allah...di buat mengikut selera sendiri..sedap atau tidak terpulang pada selera masing-masing naa..

selamat mencuba...