Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Munsyid: Raihan
I Love Allah!
I Love Allah!
akhir2 ni BUZ aktif sikit...mungkin sebab BUZ nak jadi pasif pula lepas ni...
BalasPadam* harini saya balik kampung,jadi sireh yang pulang ke gagang...
balik dulu...minta maaf untuk sebarang silap salah kepada sesiapa yang terbaca pesanan ini...
selamat tinggal semua...assalamu'alaikum...
mungkin baru lepas demam yang teruk kot..
BalasPadamtak pe.. menulis ni kena selalu...menulis kan utk diri..
tambah satu lirik lagi.. hayatilah... (bkn nama hayati binti kassim)
DAMBA KASIHMU
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar larangan Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan Mu
Walau sedar aku milik Mu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba Mu
Bilakah diri inikan kembali kepada fitrah sebenar...
Pagi ku ingat
petangku alpa
begitulah silih
Oh tuhanku
Kau pimpinlah
Diri ini yang mendamba cinta Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depan Mu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis kerana Mu
Kemudian ketawa semula :(
Kau pengasih,kau penyayang,kau pengampun
Kepada hamba-hamba Mu
Selangkahku kepada Mu
seribu langkah kau padaku padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepada Mu ku harap jua pada Mu
Mogakukan selamat dunia dan akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Lirik/lagu:RAIHAN
:( ya Allah
nak share link video Law kan bay nana...
BalasPadamjika hati bersih...mata mudah menangis...
ini link dia...
http://www.youtube.com/watch?v=tYXV_lqd1Yw&feature=player_embedded
Lihat perempuan tu di minit ke-7... menangis apabila ditanya jika dia diberi peluang berada dengan Rasulullah SAW walaupun seminit. Jika kita berada di situasi seperti beliau, bagaimana reaksi kita?
terharu tengok...sampai nak share benda ni...
Assalamualaikum wbt
BalasPadamMmg kita adalah hamba Allah mesti memenuhi syarat `biif`alli `ibaad` tugas2 sebagai hamba. Selain bermunajat diwktu mlm memohon petunjuk dan rahmat dari Allah SWT spt terdpt dlm Surah AlMuzammil, kita juga mesti mempelajari AlQuran (Surah AlQasas:85 إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬ۚ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai) dan mentadabburkannya ( Surah AnNisa`82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا ) Mengapakah mereka tidak mentadabbur isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
Utk mempasifkan blog ni adalah sesuatu yg kurang tepat krn masih byk liku2 jalan yg perlu ditempuhi dan dicari spt terdapat dlm Surah AlFussilat:53 سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Dgn adanya kemudahan internet dan blog, dpt memudahkan kita mendekatkan pada segenap penjuru ilmu yg mendekatkan kita kpd Allah SWT. Apa yg kita risau, kita tak buat apa2 yg berguna utk hiup kita w/pun kita dah rasa secukupnya spt mana dlm Surah AlMaidah:68 قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡۗ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرً۬ا مِّنۡہُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَـٰنً۬ا وَكُفۡرً۬اۖ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran). Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka.
Wallahualam
to damba kasihMu,
BalasPadamsyukran...untuk lirik dan video tu...
ya allah...law kana baynana...
insafi kelemahan diri yang mudah terkesan dengan dunia....
astaghfirullah, malu pada Dia...malu pada kekasihNya...
to damba kasihMu lagi,
BalasPadamehmm...
siapakah gerangannya Hayati binti Kassim itu?
siapakah?
to Tajnur,
BalasPadamjazakallah...
komen yang sangat berisi dan sarat makna...syukran.
jazakallah kepada sahabat2 yang terus memberi sokongan...
BalasPadam*BUZ mungkin pasif sedikit atas beberapa faktor...insyaAllah sudah selesai beberapa urusan, akan diaktifkan semula...
hayati binti kassim tu...
BalasPadamerrr....
alaaa anak pak haji husin ngok ngek...
teringat plak pada dlm babak upin ipin... air kolah...
siapakah gerangan kak rose itu????