Jumaat, Oktober 22, 2010

Cukup sempurna

it's all perfect...isn't it?


Cukup

Tak perlu semuanya sempurna baru engkau katakan cukup...

Kerana lihatlah,
Lihat dengan mata hatimu,
Lihatlah sesungguhnya.

Segalanya telah sempurna...
Segalanya telah cukup...

Segalanya telah cukup sempurna.

Sesungguhnya,
Ketidaksempurnaan itu hanya pada matamu,
Hanya pada ketidakpuasan nafsumu.

Kerana Dia terlalu Sempurna,
dan menyintai kesempurnaan...

Maka jadilah kamu seorang yang tahu bersyukur.


Saujana, Bumi Minden.
Muhasabah Diri,
Sayyidul Ayyaum.



"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)."

~Al-Mulk, 67:2-4~



"Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."

~Al-Hajj, 22:45-46~





p/s: ...dan aku merasakan cukup...ini yang terbaik...dan ini yang paling sempurna...


...alhamdulillah...segala puji hanya milikMu...


p/s/s:I love Allah


"Ya Allah, when the time has come,let me die in Your way..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...