Selasa, Mei 18, 2010

Resepi Kuih Belimbing

Assalamu’alaikum…apa khabar kalian?...apa khabar iman?



Kali ni nak berkongsi satu resepi kuih. Alkisahnya, beberapa hari lepas, saya ajak ummi tengok-tengok koleksi laman resepi melalui internet ni. Masa buka satu blog resepi tu, ummi terpandang link gambar kuih belimbing. Terus ummi suruh buka yang tu, dan ummi kata dia nak makan kuih belimbing haritu. Humm, jadi tengok-tengok resepi tu, kebetulan bahan ada kat rumah, saya pun cuba. Alhamdulillah sedap juga, cuma ada disuntingkan sedikit resepi tu. Masa buat, acuan nak buat kuih belimbing takde, jadi cari punya cari nak guna apa, lalu guna acuan biskut. Acuan picit juga. Bentuk tak sama, tapi ummi kata rasanya sedap, sama macam yang ummi makan masa dia kecik-kecik dulu. Tapi, yang ni saya tak tabur gula, ummi suruh cuba sira(salut dengan gula cair).

Ok…ini resepinya…bismillahirrahmanirrahim…



Resepi Kuih Belimbing





Bahan-bahan:
1. 1 cawan gandum
2. 1 cawan air masak
3. 1 camca besar majerin/mentega
4. 2 camca besar gula
5. ¼ camca teh garam
6. ½ camca teh esen vanila (kalau takde tak bubuh takpe)
7. 1 biji telur

Kaedah:
1. Baca bismillah, betulkan niat.
2. Pukul telur dalam satu mangkuk. Asingkan.
3. Ambil periuk, masukkan air masak, panaskan gula + majerin/mentega + gula + garam + esen vanila. Kacau sampai majerin/mentega cair. Tutup api.
4. Masukkan gandum dan kacau cepat-cepat. Adunan panas, jadi gunalah sudu atau senduk atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
5. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan, picit dan potong mengikut saiz yang anda sukai.
7. Teruskan menggoreng, sambil mengacau supaya masak secara sekata sehingga kuning keemasan/keperangan, angkat dan toskan minyaknya.



Bahan untuk sira:
1. 5 camca besar gula
2. 1/5 camca teh garam
3. air secukupnya (sedikit sahaja, untuk melarutkan)

Kaedah:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali/periuk.
2. Panaskan sambil kacau sehingga menggelegak. Biarkan ia menggelegak dalam lebih kurang 2 atau 3 minit...jangan lama sangat, jangan bagi gula bertukar warna jadi perang. Biarkan ia menggelegak dalam warna jernih. Tutup api.
3. Masukkan kuih yang telah ditoskan minyaknya tadi ke dalam satu bekas besar, dan masukkan gula cair tadi dan kacau sehingga semua kuih disaluti oleh gula.
4. Masukkan kuih yang telah disaluti gula ke dalam bekas untuk menghidang. Biarkan sekejap, nanti gula tadi akan mengeras dan kuih akan kelihatan menarik.



*anda boleh buat guna acuan sebenar kuih belimbing, dan boleh buat pilihan sama ada nak salut kuih dengan cara sira atau taburkan gula atau apa-apa cara mengikut kreativiti masing-masing. Kalau malas nak buat, tapi nak cuba kuih di atas, boleh hubungi saya, dan jemput datang kat umah ye..hehe...

*saya bukan tukang masak/chef yang pro dalam masakan, tapi bolehla sikit-sikit main masak-masak, jadi sapa yang dah tau masak tidak digalakkan baca...hehe.

Selamat mencuba...sekian...




Selingan,

Hari tu, tengah buka blog-blog untuk dibaca, adik bongsu saya macam biasa, suka kacau kakak dia yang sorang ni... Saya tunjukkan dia beberapa blog, termasuk salah satu blog kegemaran saya, blog Faisal Tehrani...dan juga blog saya...adik pun kata ”Nak blog juga, nak juga, Kak Ja wak so ko adik, Kak Ja cepatla...”. Setelah dipujuk rayu(kononnya kakaknya ni jual mahal..hehe) ”Ok dik...”.

Sebenarnya sememangnya saya sedang memancing dia untuk wat blog...nak latih dia untuk menulis...insyaAllah ini dai’e kecil dalam rumah saya...hehe...alhamdulillah berjaya...”Syabas dik!”. Lalu terciptalah satu blog untuk adik...ini blognya http://faisalroslli.blogspot.com/ . Kalian dijemput untuk berkunjung ke blog tu, bagilah komen atau teguran apa-apa kat blog adik...ya...dalam proses belajar, macam kakak dia juga tu.





”Ya Allah, izinkan aku menghadapkan wajahku, melepaskan rinduku padaMu dalam sujud, disepertiga malamku...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...