Kali ini saya ingin berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat mengenai perbahasan isu meninggikan sanggul di dalam tudung, sebagaimana mengikut fesyen kegilaan wanita Malaysia hari ini. Saya bukanlah seorang yang layak untuk meletakkan hukum, tetapi ini adalah berdasarkan pemahaman saya. Sesiapa yang mahu menyumbangkan pendapat, di alu-alukan. InsyaAllah sama-sama kita berkongsi...
Bismillah,
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:
Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)
Daripada hadith di atas...3 golongan wanita penghuni neraka yang digambarkan iaitu;
1.perpakaian tapi mcm bertelanjang
2.berjalan melenggang lenggok
3.dan di atas kepala mereka ada bonggol seperti bonggol unta
Dan kali ini, saya mahu memetik golongan yang ketiga iaitu di atas kepala mereka ada bonggol seperti unta.
Unta
Siapa yang tidak kenal unta? Ya...unta adalah haiwan padang pasir...dan bukanlah haiwan yang sesuai untuk tinggal di Malaysia. Tapi, sekarang senang nak tengok unta, kat Zoo pun ada insyaAllah... ok, apa kata kita layan gambar unta dulu.
ini adalah unta ye kawan-kawan...tu, nampak bonggol dia?
Sanggul
Ok...habis tentang unta, kita cakap tentang sanggul pula. Siapa tak tahu sanggul tu apa? Ok..sanggul tu menurut kamus dewan adalah, gelung rambut perempuan yg bermacam-macam bentuknya: ~ bulat; ~ lintang. bersanggul 1 berhias dgn sanggul; memakai sanggul. 2 sedang berhias membuat sanggul. menyanggulkan menggelungkan (rambut) menjadi sanggul.
Di sini mungkin ada sedikit fakta mengenai sanggul yang mungkin tidak difahami oleh lelaki yang tidak berpeluang menyimpan rambut panjang dan juga tidak perlu fikir tentang tudung untuk melindungi rambut mereka.
Sanggul tu haram ke? Salah?
“Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merungkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: “Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci”
(Riwayat Muslim).
Daripada hadith di atas, jelas bahawa sanggul adalah tidak haram dan tidak salah.
Jadi, apa yang salah? Mana yang dikatakan macam bonggol unta tu?
Begini,
Akhir-akhirni kita dapat lihat munculnya pelbagai fesyen tudung. Bagi memenuhi tuntutan fesyen yang sentiasa berubah dan sentiasa bermusim tanpa henti ini, lalu... terciptalah sejenis eksesori tudung iaitu sanggul palsu...
Akhir-akhirni kita dapat lihat munculnya pelbagai fesyen tudung. Bagi memenuhi tuntutan fesyen yang sentiasa berubah dan sentiasa bermusim tanpa henti ini, lalu... terciptalah sejenis eksesori tudung iaitu sanggul palsu...
haa...begini lah rupanya sanggul palsu tu...
menakutkan juga ye...heee...
Sanggul palsu ini direka khas buat wanita yang berambut pendek tapi nak juga bagi nampak ada macam sanggul dalam tudung. Macam-mana nak gunakan sanggul palsu ni...begini,
mula-mula, sepitkan sanggul palsu di atas kepala...
kemudian,
pakai anak tudung, dan sarungkan tudung...
hasilnya...
cantik tak?
hmmm...(0 o)
maaf...jujurnya saya tak berkenan...nampak pelik macam kepala allien
Urm...inikan fesyen terbaru..? Mana yang macam bonggol unta tu? Ok...Kita belajar melalui gambar ye...tengok balik gambar unta dulu...tengok betul-betul bonggol tu ye...
So, amacam..? Ada gaya macam bonggol unta tak? Ada persamaan?
Fikir dan fikir ye...
Saya ingin memetik jawapan Ustaz Hasrizal Jamil di page facebooknya:
"Masya Allah... ramainya bertanya kepada saya soalan yang sama, benarkah wanita bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung itu termasuk dalam maksud hadith yang Allah SWT melaknat wanita yang rambutnya berbonggol seperti bonggol unta, bergoyang-goyang untuk menambahkan kecantikan dan menarik perhatian.
Jawapannya ialah YA!"
Apa kata Unta,
Ooooh...Jadi...macam mana dengan kami yang berambut panjang ni? Adakah sanggul kami menyamai bonggol unta juga? Pastu...nak buat macam mana?
Jawapan saya, tidak saudariku...tidak...tidak sama...
Begini,
Sanggul ada banyak caranya. Salah satu cara yang disarankan oleh muslimah yang berambut panjang adalah, buat sanggul rendah@sanggul biasa. Sanggul rambut dibahagian paling bawah kepala yakni bahagian yang hampir dengan leher. Cuba tengok gambar contoh sanggul rendah,
Bila pakai tudung, akan jadi macam ini,
Ada gaya macam bonggol unta tak? Tak de kan? (^^)
Jadi, sanggul tu tak salah, tapi cara menyanggul tu boleh jadi salah....
Pendapat anda?
Allahua'lam...
p/s: unta tidak bersalah dalam hal ini ye...
p/s/s: maaf, saya terpaksa meletakkan gambar untuk memperjelaskan apa yang cuba saya sampaikan.
salam....singgah kali pertama,
BalasPadamfollow blog awak ya...jika sudi follow lah blog saya juga..
assalamualaikum, mohon share di fb ye, utk pemahaman yg lebih jelas =) syukran
BalasPadamto Sekamar Rindu,
BalasPadamwa'alaikumussalam...terima kasih...
to Nor Amira Mohd Aris,
Wa'alaikumussalam...silakan...InsyaAllah manfaat untuk diri semua...
terima kasih kembali (^^,)
salam... saya dan suamimohon share di blog kami yer :)
BalasPadamsilakan...
BalasPadamsyukran jazilan...
trime ksih untuk info ni..mmg sngt bergune..:)
BalasPadam..terima kasih, sangat berguna! tapi, ada jugak kawan2 saya yang wat2 tak dengar je bila saya bercerita dan memberitahu tentang benda macam ni, ade jugak yang terus kan je memakai selendang yang nipis tu dengan rambut yang diikat satu dan nampak samar rambut tu, tegur marah pulak..aduh..
BalasPadamkepada senydream,
BalasPadamsama-sama dik... (",)
kepada syasya-addin,
sama-sama dik... (",)
sesungguhnya hidayah itu milik Allah... Allah tidak tanya apa hasil usaha kita, tapi lebih menilai usaha yang dilakukan... insyaAllah...sama-sama minta Allah berikan hidayah kepada mereka...dan juga kita...
Alhamdulillah...
BalasPadamAssalamualaikum ..
ana sronok mndgr crita bgini.. ana rsa sperti ada yg mnyokong ana tntg hal ini.. sbb kwn2 ana x stuju tntg ini..
ana ada satu soalan~
Kalau kita solat.. nampak sanggul besar.. lebih kepala ataupun tidak.. sah kah solat itu???
terima kasih dengan ulasan yang bernas, terjawab persoalan cara mengikat sanggul :)
BalasPadamcara penyampaian yg mudah dan menarik...
BalasPadamtahniah..
mohon share ye..(^___^)
10s for ur info visit me http://feyzadomino.blogspot.com
BalasPadamalhamdulillah . terungkai juga persoalan .. terima kasih yee^^
BalasPadamAssalamualaikum.. pertama skali sy nak ucapkan terima kasih atas info & dan pendapat nya.. Saya dah lama mencari tentang info sanggul ni.. Nak tahu jgak jenis sanggul yang diharamkan tu mcm mana.. Alhamdulillah sedikit sebanyak info yg awak bg ni dapat membantu saya merungkai persoalan2.. Terima kasih banyak2.. Izinkan sy share di laman FB saya ye.. :)
BalasPadam