Rabu, Disember 22, 2010

Ambillah waktu


 

Ambillah waktu untuk berfikir,

Itu adalah sumber kekuatan.



Ambillah waktu untuk berdoa,

Itu adalah sumber ketenangan.



Ambillah waktu untuk belajar,

Itu adalah sumber kebijaksanaan.



Ambillah waktu untuk bersahabat,

Itu adalah jalan menuju kebahagiaan.



Ambillah waktu untuk tertawa,

Itu adalah muzik yang menggetarkan hati.



Ambillah waktu untuk bekerja,

Itu adalah nilai keberhasilan.



Ambillah waktu untuk beramal,

Itu adalah kunci kejayaan.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt
    Sememangnya Allah bagi tempoh masa yg ditetapkan bagi setiap umat (Surah AlAraaf:34وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ.Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
    Sebelum tempoh itu dtg, Allah SWT telah memberi kpdnya 2 pemilihan (Surah AlInsaan:3إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur.
    Hari2 yg Allah berikan kpd kita adalah hari dimana kita berkuasa untuk melakukan kehendak kita malah Allah tunjukan jalan2 tsbt (Surah AlBalad:10وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi.
    Tetapi apabila dtgnya Hari Allah (Aiyammillah),kita sudah tidak berkuasa lagi (OKU) masa itu Allah sudah bentangkan nasib kita sebelum kita ke alam Barzakh s/bmana Firaun yg sgt berkuasa telah hilang kekuasannya (Surah Ibrahim:5 dan Surah Yunus:90). Wallahualam

    BalasPadam
  2. to Tajnur

    jazakallah...memetik semula kata2 saudara...

    "Hari2 yg Allah berikan kpd kita adalah hari dimana kita berkuasa untuk melakukan kehendak kita malah Allah tunjukan jalan2 tsbt (Surah AlBalad:10

    وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ

    Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi."

    InsyaAllah...

    Semoga bersama jadikannya sebagai peringatan.

    BalasPadam

Jejak anda...