Bismillahirrahmanirrahim...
Sebuah kisah untuk direnungkan
Diceritakan : Dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As SamarQand.
"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.
Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya. Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata :
"Apakah engkau tidak malu ? "
"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri
"Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini.
Bertanya wanita itu lagi :
"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"
Kata Hasan al-Basri itu :
"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu :
"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan"
Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut,maka diapun kembali.Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan saputangannya.Hasan al-Basri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
Kata pelayan itu :
"Sesungguhnya berkata saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,
"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu,berterus-terusan menangis semalaman.Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.
Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi.
"Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "
Kata wanita itu ;
"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"
Kata Hasan al-Basri lagi ;
"Berilah aku nasihatmu"
Kata Wanita tersebut;
"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya."
Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.
******
Walau hanya kerana sepasang mata
Lihatlah sahabatku, walau hanya kerana sepasang mata yang menjadi fitnah, wanita itu sanggup mencungkilnya(mengorbankannya)... hanya kerana dia tidak rela menjadi fitnah.
Lihatlah kita pada hari ini, tanpa segan silu membenarkan tubuh ditatap oleh sesiapa sahaja. Lihatlah... kita makin dikaburi dengan teknologi, dikaburi dengan arus globalisasi yang tiada hujungnya. Busana muslimah menjadi busana fitnah. Mudah sahaja, tanpa berfikir panjang berkongsi gambar diruangan maya. Kalau tidak memuat naik gambar sendiri, memuat naik gambar rakan. Nah, apabila sahaja satu butang diklik, seluruh dunia boleh mangakses. Seluruh dunia boleh menatap wajah kita... siang mahupun malam. Boleh baca pandangan sahabat, Padah upload gambar
Lihatlah ketakutan yang ada pada wanita itu... walau hanya kerana sepasang mata...
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ.
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi
kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.
(Muttafaq ‘alaihi)
Simpanlah yang indah itu pada yang hak
Sahabatku... sesungguhnya sesuatu yang berharga itu disimpan elok ditempat yang bertutup dan selamat. Biarlah yang memiliki sahaja yang menikmatinya. Muslimahku... kita bukanlah tontonan... jangan kita rela jika diri dipertonton, hatta di sudut mana sekalipun...
Kerana dirimu begitu berharga... terimalah... dari seseorang...
Aku muslimah,
aku amat tahu setiap wanita ada kecantikannya,
pada manis senyumnya,
pada harum rambutnya,
atau mungkin pada lembut tutur katanya,
namun aku lebih memilih untuk selindung segalanya,
jauh dari fitnah dunia.
Akulah muslimah,
mereka memandang aku penuh kepayahan,
namun aku memandang diriku dalam bahagia,
tiap langkah ku atur penuh hemah,
mataku terpagar pada tanah,
gelak tawaku pada sunnah.
Akulah muslimah,
puasku balut dengan jubah,
jilbab labuh menutup kiasan kurniaan Allah,
pun begitu hadirku masih diperkata,
sesekali tidakkan pernah menyerah kalah,
pada perjuangan sebenar seorang muslimah,
mewakili seribu ummah.
Sahabatku, ambillah ibrah daripada kisah itu. Jagalah dirimu, sesungguhnya sememangnya Allah menciptakan keindahan pada tiap-tiap wanita, maka hargailah keindahan itu... Percayalah, ia bukanlah diskriminasi, tetapi ia adalah suatu penghargaan.... Sesungguhnya Allah amat menyayangimu...
Wallahu A'lam.
p/s: peringatan ini kutujukan khas untuk diriku dahulu... Ya Allah, sesungguhnya kami tidak rela menjadi fitnah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...