Dalam sebuah kisah diceritakan: Suatu hari ada seorang pencuri masuk rumah Rabi’atul Al-Adawiyah. Orang itu tidak mendapatkan sesuatu di rumah Rabi’ah, melainkan kendi air sahaja. Dan ketika pencuri itu hendak keluar, Rabi’ah berkata kepadanya: Kalau kau memang orang jahat, jangan keluar dari rumahku dengan tangan kosong! Pencuri itu berkata: Aku tidak mengambil sesuatu pun dari rumahmu. Rabi’ah berkata: Wahai orang miskin nan malang, ambillah air wudhu’ dari kendi itu, lalu masuklah ke dalam bilik dan solatlah dua rakaat, maka kau tidak akan keluar dari rumah ini dengan tangan kosong.
Pencuri itu menurut perintah Rabi’ah, dan ketika pencuri sedang sembahyang, Rabi’ah menadahkan tangannya ke langit dan melantunkan doa kepada Allah. “Wahai Allahku, kini telah datang kepadaku seseorang untuk mengambil daripadaku, dan aku tidak mempunyai sesuatu untuk di ambilnya. Kuhentikan orang itu di depan pintu kemurahanMu. Janganlah Engkau haramkan dia atas rahmat dan anugerahMu.” Tatkala usai menunaikan sembahyang dua rakaat, pencuri itu merasakan nikmatnya beribaah, dia meneruskan solatnya hingga akhir malam.
Ketika waktu terbit fajar tiba, Rabi’ah menghampiri si pencuri, dia mendapati pencuri tersebut sujud dan meratap dalam sujudnya: “Jika Tuhan tidak membisikkanku. Tidakkah engkau malu melakukan maksiat terhadapNya. Meskipun jau mampu menyembunyikan dosa-dosamu di hadapan segenap hambaNya. Dalam keburukan dan kelalaian. Engkau pasti mendatangiNya. Apa kata-katamu kepada Tuhanmu kelak, jikalau Dia mengherdik dan mengusir dirimu?”
Ketika Rabi’ah al-Adawiyah melihat orang itu usai sujud, dia berkata kepada pencuri tersebut: Saudaraku, bagaimana kau lewati malammu pada hari ini? Pencuri itu berkata: Aku lalui malamku dengan baik. Aku telah bersimpuh di hadapanNya dengan segala kerendahan dan kehinaan diriku, serta berdoa kepadaNya: Tuhan, terimalah permintaan maafku. Kuatkanlah kelemahan diriku. Ampunilah dosa-dosaku. Kabulkan permintaan-permintaanku wahai Rabbku.
Si pencuri lantas keluar dari bilik solatnya, dengan wajah berseri-seri. Rabi’ah kemudian menadahkan tangannya ke langit smabil bermunajat: Wahai Allahku, ini adalah saat yang tepat untuk mengetuk kabul pintu rahmatMu. Adapun aku, sejak lama mengenal DiriMu dan bersimpuh di hadapanMu. Tidakkah Engkau telah mengabulkanku? Tiba-tiba ada suara dari langit yang berkata: Wahai Rabi’ah, kerana dan untuk dirimu Kami telah kabulkan. Dan keranamu pula kami dekat dengannya.
Pencuri itu akhirnya menjadi ahli ibadah paling alim pada zamannya. Kehidupannya berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kamaksiatan berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kemaksiatan dan perilaku durjana, berubah menjadi menjadi ahli ibadah yang tekun dan khusyuk dan memuarakan segala harapan kepadaNya, dan melabuhkan cintanya hanya untuk Kekasih Sejati.
Sumber:
Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal cinta meraih Allah, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...