Sabtu, Julai 24, 2010

"ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN"


“Allahumma Ballighna Ramadhan”



الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
(merupakan doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan)



Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah…diberi lagi kekuatan olehNya untuk diri mencoret lagi di ruangan blog ini…kali ini…diri ingin berkongsi sedikit mengenai persediaan kita menyambut Ramadhan yang bakal datang lagi InsyaAllah…




DISEBALIK SYA’ABAN


Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(al-Bukhari)

Huraian hadith:

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahma

Sumber: islam.gov.my




Buatlah perancangan sebaiknya untuk menyambut kehadiran Ramadhan…mulakan dari sekarang andainya diri belum bersedia…ingat...sesiapa yang gagal merancang...maksudnya merancang untuk gagal...



PUASA ITU PERISAI


Sabda Rasulullah s.a.w. :

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat ".



Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".



PERSEDIAAN AWAL

Banyak persediaan awal yang boleh dilakukan oleh kita. Sebagai contohnya;

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

7. Iktikaf dimasjid walaupun untuk seketika

8. melazimi bacaan al-quran dan berazam untuk khatam quran

9. berusaha untuk membuat qiamullail sekurang-kurangnya tiga kali seminggu…dan sekurang-kurangnya solat tahajjud 2 rakaat…

10. menghadiri majlis ilmu…atau sekurang-kurangnya dengar rakaman ceramah agama…
Dan banyak lagi….



Cuma, janganlah tunggu Ramadhan baru kita belajar untuk mempraktikkan puasa zahir dan batin, menambah amalan sunat…mulakanlah melatih diri dari saat ini, kerana dibimbangi akan rasa terbeban kerana tidak biasa…dan menjadi sukar untuk istiqamah…akhirnya, kalah dengan diri sendiri…




INI BUKANLAH BEBANAN


Firman Allah s.w.t;

"( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur"

( Surah al-Baqarah ayat : 185 )




Untuk menambahkan penghayatan dan rasa rindu pada Ramadhan…dengarlah lagu Raihan…Harapan Ramadhan…hayati lirik lagunya…saya tidak dapat menahan air mata bila menghayati lirik lagu ni…walaupun dimainkan berulang-ulang…


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”



*juga sebagai persiapan menyambut Ramadhan…baca bahan bacaan ini…(klik sini)

*maafkan diri andai banyak melukaimu sahabat-sahabat…semoga kita bersama-sama manfaatkan setiap detik yang dikurniakan olehNya…sama-sama mencari Lailatul qadar…

*maafkan juga susun bahasa yang tidak tersusun….entah…aku tidak mengetahui mengapa kebelakangan ini…rasanya seperti kehilangan sesuatu dalam diri…mahu sahaja menyampaikan apa yang terbuku…namun…bila mahu membicarakan, lidah menjadi kelu, tergagap-gagap…lalu aku mahu menulis…berterabur pula jadinya…menyebabkan masalah kian rumit...kini aku sedang berusaha mencari kembali…mencari dan terus mencari….agar aku diredhaiNya…namun aku akan terus berusaha untuk menyampaikan…






Meniti hari…detik-demi detik…hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun…rasanya baru semalam perginya Ramadhan…beberapa hari lagi, dengan izinNya, Ramadhan akan datang lagi…kurenungi diri yang rasanya masih belum sempurna usahaku untuk mendekatiMu…belum cukup amal yang boleh membawaku kepadaMu…

Rindu…Ya Allah…diri terlalu rindu…rindu padaMu…rindu pada RasulMu…rindu pada kekasihMu…rindu pada Ramadhan…apa lagi Ya Allah penawar untuk sakit rindu?...melainkan bertemu dan menikmati setiap detik bersama dengan yang dirindui…Ya Allah…telah Kau izinkan beberapa kali Ramadhan berlalu dalam hidupku…belum puas Ya Allah…izinkan daku sampai kepada Ramadhan kembali…untuk aku menebus kesilapanku pada Ramadhan yang lalu…untukku perbaiki dan tambahkan amalanku…sebagai bekal untuk menemuiMu, RasulMu dan kekasihMu…

5 ulasan:

  1. Assalammualaikum wrt wbt ....

    Terima kasih sudi singgah blog akak. Semoga sama2 dpt manfaat, dunia & akhirat ... Insya-Allah :)
    Btw, kalau nak link blog akak, silala .. x kene bayo pon, hik hik hik (^^,)

    http://ahliahnizam.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih atas coretan, saya share di ig berserta dgn link, insya Allah

    BalasPadam

Jejak anda...