"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Isnin, Julai 05, 2010
Zikrullah
Assalamu'alaikum...
Zikrullah bererti ingatnya seseorang bahawa Allah mengamati seluruh tindakan dan fikirannya. Orang hanya melihat penampilan luaran, sementara Allah melihat kedua-duanya. Yang di luar mahupun yang di dalam diri manusia. Zikrullah merupakan dialog yang paling mesra antara hamba dan Khalik menurut ungkapan sebahagian wali. Zikrullah juga mampu menundukkan keegoan, menggoncang kesombongan dan menggugurkan sifat-sifat mazmumah dalam diri insan.
TELADAN 1
Suatu hari seorang Habsyi datang kepada Rasulullah SAW dan berkata,
“Wahai Rasulullah, saya telah melakukan banyak dosa. Mungkinkah taubat saya dapat diterima?”
Nabi menjawab,
“Ya.”
Kemudian Habsyi berkata,
“Wahai Rasulullah, setiap saya melakukan dosa adakah Tuhan benar-benar melihatnya?”
“Ya.” Jawab Baginda.
Habsyi pun melontarkan pekikan dan kemudian jatuh tidak sedarkan diri. Sebelum seseorang benar-benar yakin akan kenyataan bahawa dia selalu berada di dalam pengawasan Allah, tidak mungkin dia bertindak di jalan yang benar.
TELADAN 2
Seorang Syeikh mempunyai seorang murid yang disayangi lebih dari yang lain, sehingga membuatkan murid yang lain merasa iri hati. Suatu hari Syeikh memberi muridnya seekor burung dan memerintahkan mereka untuk pergi dan membunuh burung tersebut di suatu tempat yang tiada seorang dapat melihatnya. Menurutt dengan perintah, setiap muridnya membunuh burung itu di tempat tersembunyi dan membawanya kembali, kecuali murid Syeikh yang disayanginya itu. Dia membawa kembali burung itu dalam keadaan hidup seraya berkata,
“Saya tidak dapat menemukan tempat seperti itu kerana Allah selalu melihatku di mana-mana.”
Syeikh pun berkata kepada muridnya yang lain,
“Sekarang kamu tahu tahap pemikiran anak muda ini. Dia telah mencapai tahap selalu mengingati Allah.”
TELADAN 3
Ketika Zulaikha menggoda Yusuf, dia menutup kain ke atas berhala yang biasa disembahnya. Yusuf berkata kepadanya,
“Wahai Zulaikha, engkau malu di hadapan longgokan batu, maka tidakkah aku mesti malu di hadapan Dia yang menciptakan tujuh langit dan bumi.”
TELADAN 4
Suatu hari seseorang datang kepada Wali Junaid dan berkata,
“Saya tidak dapat menahan pandangan mata saya dari melihat hal-hal yang mengghairahkan. Apa yang mesti saya lakukan?”
Jawab Junaid,
“Dengan mengingat bahawa Allah SWT melihatmu jauh lebih jelas daripada kamu melihat orang lain.”
Di dalam hadis Kudsi tertulis bahawa Allah SWT berfirman,
“Syurga itu bagi orang-orang yang sempat berkeinginan untuk mengerjakan dosa, tapu kemudian ingat bahawa mataKu ada di atas mereka dan kemudian mereka menahan diri.”
TELADAN 5
Abdullah bin Dinar meriwayatkan, bahawa suatu hari dia berjalan bersama Khalifah Umar di Makkah. Kemudian mereka bertemu dengan seorang anak laki-laki pengembala yang sedang mengembala domba (kambing kibas). Umar berkata kepadanya,
“Juallah seekor domba padaku.”
Anak laki-laki itu menjawab,
“Domba-domba ini bukan milikku, tapi milik tuanku.”
Kemudian untuk mengujinya, Umar berkata,
“Engkau kan dapat berkata kepadanya bahawa seekor serigala telah menyambar salah satu di antaranya dan dia tidak akan tahu apa-apa mengenai hal itu?”
Kata anak itu,
“Tidak, memang dia tidak akan tahu, tapi Allah SWT akan mengetahuinya.”
Umar pun menangis, kemudian terus mendatangi majikan anak laki-laki itu untuk membelinya dan kemudian membebaskannya sambil berkata,
“Ucapanmu itu telah membuatmu bebas di dunia ini dan akan membuatmu bebas pula di akhirat.”
Wallahu’alam.
Rujukan: Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
syukran.. perkongsian kisah yang penuh pengajaran... diharapkan dapat lagi memaparkan kisah-kisah yang lain...
BalasPadam*sgt berminat baca kisah-kisah untuk tauladan...
('',)
afwan...insyaAllah...
BalasPadam(",)syukran jazilan...