"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Sabtu, Julai 17, 2010
Takutilah Dia yang tidak pernah tidur.
Ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya maka pergilah lelaki itu untuk bersamanya. Sesampainya di kampung yang sunyi ketika orang-orang kampung telah tidur, maka lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itupun menyahut, “Lihat, apakah orang-orang telah tidur semuanya?”
Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, “Benar, semua orang telah tidur.”
Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini, Dia juga tidur?”
Lelaki itu menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu berkata, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya, Dia lebih berhak kita takuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut kerana takutkan Allah. Dia segera pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan Allah kepadamu?”
Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosaku.”
Dipetik daripada Kitab Mukasyafah al-Qulub, karangan Imam al-Ghazali, muka surat 7.
Sumber: Tundukkan Hati tulisan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Haron.
Ya Allah...bantu kami untuk menyintaiMu...kurniakan kami rasa takut padaMu...dan rindu untuk bertemu denganMu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...