Isnin, Julai 19, 2010

Keutamaan Surah Al-Mulk



Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Ada seorang lelaki dari sahabat Rasulullah s.a.w. membangunkan khemahnya di atas sebuah kubur, sedang dia tiada mengetahui pada tempat itu ada sebuah kubur. Rupa-rupanya kubur itu ialah sebuah kubur seorang lelaki yang selalu membaca surah al-Mulk(Tabarak), lalu dia pun mendatangi Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah membangunkan khemahku di atas sebuah kubur, aku tidak tahu di tempat itu ada kubur, tetapi rupa-rupanya kubur itu ialah kubur seorang yang selalu membaca surah al-Mulk hingga selesai. Maka berkata Nabi s.a.w.:

“Dialah(surah al-Mulk) suatu pendinding, dan dialah penyelamat yang menyelamatkan daripada siksa kubur.” (Riwayat Tarmizi-Hasan gharib)


Dan kami meriwayatkan daripada Abd bin Humaid, daripada Ibrahim bin Al-Hakam, daripadda ayahnya Ikrimah, daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata kepada seorang lelaki: Mahukah kau aku berikan suatu pesanan yang kau akan bergembira dengannya? Jawab lelaki itu: Berilah! Katanya: Baca surah Tabarak (al-Mulk), hafalkannya dan ajarkannya kepada isterimu, anak-anakmu, kaum keluargamu serta jiran-jiranmu, kerana dia itu adalah penyelamat dan pembela yang akan membela pembacanya di hadapan Tuhannya di hari kiamat, sambil memohon Tuhannya untuk menyelamatkannya dari siksa api neraka jika surah itu ada di dalam dadanya, dan Allah akan menyelamatkannya juga dari siksa kubur. Berkata Rasulullah s.a.w.: Aku suka sekali jika surah itu berada di dada setiap manusia dari umatku.


Berkata Abu Umar bin Abdul Bar suatu bicara yang sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda telah berkata: Sesungguhnya ada sebuah surat yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat telah memberi syafaat kepada tuannnya sehingga ia diampunkan, iaitu surah ‘Tabarak Al-Mulk’.

Sumber: Roh karya Ibnul Qayyim, diterjemah oleh Syed Ahmad Semait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...