Rabu, Julai 14, 2010

Usah katakan kalaulah....

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…


Terimalah cebisan dari hati…


Bila di uji…


Kadang-kadang rasanya mahu meninggalkan segala-galanya…membawa diri ke sebuah tempat yang jauh…dimana tiada siapa yang mengenali…sering juga timbul sesal di hati…sesal kerana tidak bijak merancang atau rasanya seperti tersalah membuat keputusan…


Lalu bisikan syaitan menguasai diri…kalaulah…kalaulah…kalaulah…tetapi Dia yang menyayangi tidak putus-putus memberikan kesedaran dalam hati…keinsafan pada diri…mengingatkan aku pada sabda kekasihNya…


“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang member manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya ‘kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak.”

(Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Hayati lirik lagu ini(D’Masiv-Jangan Menyerah)…

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa







"Di saat aku di uji…sedarlah aku…bahawa akulah manusia…makhlukNya yang lemah dan tidak berdaya…jiwa ini mengakui….Ya Allah..Engkau Tuhanku…aku hambaMu…aku mengakui kelemahan pada diri…aku insaf…siapalah aku ini…hamba yang hina…Engkau berhak menentukan apa sahaja terhadapku…kerana Engkau lagi tahu..apa yang terbaik buat hambaMu ini...ampunkan diri yang penuh dengan dosa…"


Di saat aku diuji…tidak akan lagi ku katakan…kalaulah…



Wallahu’alam…

2 ulasan:

  1. dengan izin Allah, lirik lagu tersebut pernah menjadi penawar ketika saat diuji... cuba memahami apa yang tersirat... Lagu tu pernah saya terima drp seseorang yang sangat memahami ketika saya dalam kebuntuan.. semuanya berlaku dengan izin Allah.

    BalasPadam
  2. "Sesungguhnya Allah Ta'ala apabila mencintai hambaNya maka Dia mengujinya"

    Hadith Riwayat al-Tirmizi

    BalasPadam

Jejak anda...