Selasa, Mac 02, 2010

PENGUMUMAN PENTING (PARLIMEN MAHASISWA DAN MY DESASISWA/MY ACTIVITY)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Ingin membuat pengumuman dan pemberitahuan sedikit…tadi saya baru balik dari taklimat Bengkel Penubuhan Parlimen Mahasiswa dan Pelaksanaan E-Activity….ada beberapa maklumat diamanahkan untuk disampaikan…

1. Mengenai Bengkel Penggubalan Parlimen Mahasiswa


Pada hujung minggu ini(6-7 Mac 2010 bertempat di Hotel Hydro Majestic, Tanjung Bungah, Pulau Pinang)…insyaAllah saya telah diwajibkan untuk menghadhiri bengkel seperti yang disebutkan di atas…daan…apa kaitannya saya ceritakan di sini ek? Macam ni…pada hari berkenaan akan dibincangkan tentang konsep dan pelaksanaan parlimen mahasiswa yang saya yakin…anda semua walaupun tidak dapat gambaran jelas tapi…..sekurang-kurangnya pernah dengar mengenai perkataan Parlimen Mahasiswa….kan?....

Bengkel tersebut bertujuan untuk menyediakan garispanduan dan tatacara pelaksanaan Parlimen Mahasiswa….seperti yang diketahui….atau tidak diketahui…..parlimen dalam proses untuk ditubuhkan…belum ada perangkaan lagi…dan saya insyaAllah akan menjadi salah seorang daripada 120 pemimpin pelajar yang diwajibkan hadir untuk membincangkan perkara tersebut…

Jadi di sini…ingin memohon sahabat-sahabat…tak kira apa latar belakang anda…dari mana anda…status anda….pelajar atau dah kerja atau tengah cari kerja atau tak nak kerja…apa hubungan anda dengan saya…ada kaitan atau tidak….mohon kerjasama berikan pandangan atau komen atau apa-apa cadangan sama ada negative atau positif mengenai penubuhan Parlimen Mahasiswa tersebut kepada saya sebelum tarikh berkenaan iaitu 6-7 mac ini…cadangan atau komen atau pandangan anda insyaAllah akan saya kemukakan sewaktu bengkel berkenaan…siapa tahu insyaAllah pandangan anda akan berguna untuk masa akan datang….agama, bangsa dan negara(hehe….mungkin macam lawak sikit tapi…siapa tahu?..mungkin boleh jadi benar)

Jadi….sekali lagi saya ingin memohon sahabat-sahabat sekalian untuk memberi sumbangan walaupun kiranya satu ayat….suara anda insyaAllah akan saya bawa semasa Bengkel Penggubalan Parlimen Mahasiswa berkenaan...insyaAllah…

Boleh emailkan kepada saya di fatros_88@yahoo.com.my atau dinilhayah@yahoo.com

2. Mengenai Pelaksanaan E-Activity

Ini khas buat pelajar USM….mengenai my desasiswa dan my activity…..kedua-dua my ni berbeza sama sekali tapi berkaitan antara satu sama lain…my activity akan menentukan sama ada anda laya mendapatkan desasiswa atau tidak…

My activity…proses key in data akan dibuka untuk di isikan bermula 8 Feb hingga 12 Mac ini….aktiviti yang akan di key in kan termasuk aktiviti yang telah, sedang dan belum dijalankan untuk sidang ini…..perhatian kepada mana-mana persatuan….anda masih ada masa untuk key in data maklumat pelajar yang menyertai aktiviti anda…..untuk aktiviti yang belum di jalankan….sila hantar kertas kerja cepat-cepat…cuba dapatkan kelulusan projek dan pergi key in nama AJK atau peserta yang bakal hadir…sebaaaab….lepas ditutup…tak akan dibuka lagi untuk semester ni….INGAT….SEBELUM 12 MAC 2010…PERHATIAN JUGA KEPADA PESERTA YANG PERNAH JOIN AKTIVITI…JANGAN BAGI TEKANAN KEPADA MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN YANG ANDA SERTAI….BAGI MEREKA MASA…KALAU SEKADAR NAK INGATKAN TAK PE…..SABAR….MEREKA JUGA MEMPUNYAI TEKANAN HIDUP YANG LAIN…

My desasiswa pula….perhatian ek….perndaftaran akan bermula pada 4-24 Mac ini…apa yang perlu dilakukan adalah daftar sendiri melalui online…kata kak Liza, pegawai yang menyampaikan…anda boleh mendaftar di mana sahaja anda berada…kat bilik ke…kat dewan kuliah ke…kat kafe ke…kat Khaleel ke..kat bilik air pun boleh….janji daftar sendiri mula 2 hingga 24 Mac ni…..keputusan insyaAllah akan keluar pada 1 April 2010 mula jam 9 pagi…

Lagi informasi untuk anda…persaingan untuk mendapatkan desasiswa untuk sidang depan addalah agak sengit sebab….kuota dibuka banyak untuk palajar master dan phd….siapalah kita…..hanya degree..hehe…(pada pandangan manusia)

Ok…alhamdulillah…lega dah sampaikan apa yang telah diamanahkan tadi….maafkan kalau ada terkurang atau tersalah memberi maklumat atau tertinggal apa-apa maklumat….

HIDUP BIAR BERJASA

Yang Benar…

Tuan Fariza binti Tuan Roslli,
Yang Di Pertua
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(KPRSUSM)
Universiti Sains Malaysia
Sidang 2009/2010

2 ulasan:

  1. nak tanya..
    my activity tu ke yg menentukan kita layak dpt desasiswa?
    atau my desasiswa?

    BalasPadam
  2. wsalam...

    ukhtiza ke tanpanama...

    nak mohon desasiswa, kena apply kat mydesasiswa...kelayakan...menurut pegawai yang menyampaikan...berdasarkan my activity...

    kalau dalam my activity..aktiviti ada banyak pun...kalau x apply...rsanya dapat x?

    tak dapat kot...

    persaingan tinggi...

    itu apa yang disampaikan kepada akak..

    boleh tanya pegawai unit perumahan untuk maklumat lanjut na...

    mekasih..selamat berjaya..(^_^)v

    BalasPadam

Jejak anda...