Assalamu’alaikum…ini ana nak kongsikan bersama…dapat masa kuliah ngan Dr.Nizam…
1. tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
2. berkawan dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
3. cuba lawan nafsu sedaya mungkin
4. ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat.(solat juga adalah amalan utama yang akan ditanya kelak)
5. jangan tidur lewat, pastikan dapat tidur yang cukup
6. setkan minda bawah sedar dan niat dalam hati
7. ingat mati
8. doa pada Allah mohon hidayah dan perlindungan
9. jaga khusyu’ dalam solat
10. elakkan daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa
ini ada tambahan dari en.khusyuk...
Tip-tip tambahan untuk khsyuk dlam solat..
1. fahamkan makna..
2. hadirkan sifat ihsan ketika beribadat "beribadat seolah-olah melihat Allah atau sekurang-kurangnya merasai Allah s.w.t sedang melihat"
3. Hadirkan sifat-sifat kehmbaan.. sperti hina, lemah, banyak buat dosa, pelupa...
4. Selalu mendakwahkan kebesaran Allah... agar keyakinan jadi mantap.
5. berusaha untuk selalu menangis dalam solat terutama ketika sujud, rukuk, dan berdoa..
6. Nafikan segala kebolehan.. Hanya Allah swt yang pilih untuk dapat solat..
7.. insyaAllah...sama-sama dpt amalkan..
bila iman kuat..amal pun jadi kuat...
umpama...bila byk duit..bnyk barang dpt dibeli..
Allah s.w.t memberi kebaikan kepada manusia adalah tujuan untuk menjana kebaikan dan seterusnya memberikan kebaikan kepada orang lain.
jazakallah en.khusyuk...
*penting juga minta pada Allah...untuk dapat fokus dan khusyu’ dalam solat...
*ana ada terbaca...iman adalah ibarat wang...macam manatu?...macam ni, kalau kita ada wang, baru boleh beli barang...kalau tak de wang mungkin boleh dapat barang dengan kaedah lain(contohnya...percuma, hutang, curi atau sebagainya), tapi...masih kita bukan digolongkan dalam pembeli...maknanya, kalau nak membeli, kena ada wang atau harta sebagai tukaran (macam sistem barter), makin banyak wang kita ada, makin banyak barang kita boleh beli...boleh beli barang yang mahal dan susah didapati oleh orang lain lagi....hmmm....apa kaitannya wang dengan iman ek?...macam ni, konsep wang dan beli barang adalah analogi kepada konsep iman dan amal ibadat...makin banyak iman kita ada, makin banyak amal yang kita boleh buat...kalau iman kita cukup-cukup, ibarat ada wang cukup-cukup...amal ibadat kita juga cukup-cukup...mampu laksanakan yang wajib sahaja.....kalau iman kita kurang, ibarat ada wang sedikit, barang keperluan pun kadang-kadang boleh beli, kadang-kadang tak boleh...makin kurus badan, macam iman juga...makin kurang ia, makin sedikit amal ibadat yang mampu dilakukan, malah kadang-kadang tak mampu untuk melaksanakan yang wajib dengan cukup dan sempurna....Dan...sekiranya kita punyai banyak wang....boleh beli barang keperluan, boleh barang tambahan contohnya perhiasan dan barang mewah...dan yang paling best, boleh bagi kat orang lain...macam juga iman...makin tinggi tingkatannya, makin banyak amal ibadat yang mampu untuk dilakukan...wajib, sunat dan boleh dimanfaatkan kepada orang lain juga....
Wallahu’alam...
*
Cinta dan Khusyuk
Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,
tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.
Selalulah berdoa agar Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya.
Kita tidak mampu menciptakan rasa cinta itu tetapi ia
adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk mendapatkannya.
Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.
Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.
Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.
Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi
jika kita tidak memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN
bahawa sebenarnya ketika solat,
kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)
Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)
Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah.
Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu?
Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan bukannya fujur? Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong,
sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya
Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)
Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa (penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat. Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)
Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
********
Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan?
Siapa sebenarnya yang memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki) untuk diri kita disamping ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.
Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun menjejaskan pujian ke atas Allah.
Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi nikmat solat.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan rasa khusyuk di dalam solat.
*renungan buat diri.....kat mana ek aku....ya Allah...!
benar sekali...
BalasPadambila iman kuat..amal pun jadi kuat...
umpama...bila byk duit..bnyk barang dpt dibeli..
Allah s.w.t memberi kebaikan kepada manusia adalah tujuan untuk menjana kebaikan dan seterusnya memberikan kebaikan kepada orang lain.
Tip-tip tambahan untuk khsyuk dlam solat..
1. fahamkan makna..
2. hadirkan sifat ihsan ketika beribadat "beribadat seolah-olah melihat Allah atau sekurang-kurangnya merasai Allah s.w.t sedang melihat"
3. Hadirkan sifat-sifat kehmbaan.. sperti hina, lemah, banyak buat dosa, pelupa...
4. Selalu mendakwahkan kebesaran Allah... agar keyakinan jadi mantap.
5. berusaha untuk selalu menangis dalam solat terutama ketika sujud, rukuk, dan berdoa..
6. Nafikan segala kebolehan.. Hanya Allah swt yang pilih untuk dapat solat..
7.. insyaAllah...sama-sama dpt amalkan..
Ilmu yg bermanfaat..syukran
BalasPadam