Layakkah diri mengharapkan keindahan,
Andai selalu menghadirkan kejelikan…
Layakkah diri mahukan kebaikan,
Andai selalu memberikan kemudharatan…
Layakkah diri memohon keampunan,
Andai selalu melakukan kemaksiatan…
Layakkah diri menagih kejujuran,
Andai selalu melakukan pengkhianatan…
Layakkah diri mengharapkan pujian,
Andai selalu memberi kejian…
Layakkah diri meminta pilihan,
Andai perintah dan larangan tidak di agungkan…
Layakkah diri mengharapkan kesempurnaan,
Andai diri penuh kekurangan…
Layakkah diri membicarakan keyakinan,
Andai selalu diselubungi kegelisahan…
Layakkah diri mahu dokongan,
Andai selalu menjatuhkan…
Layakkah diri disayangi,
Andai selalu memusuhi...
Layakkah diri disayangi,
Andai selalu memusuhi...
Layakkah diri dicintai,
Andai selalu membenci…
Di saat ini…
Tanyalah hatimu…
Layakkah…
Anas r.a. berkata, Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt., berfirman,
"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.
Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni. Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."
(h.r. Tirmidzi dan ia berkata bahawa hadith ini hasan shahih)
Wallahua'lam...
Ukhtiza li
Terima kasih ya ukhti... berkongsi bersama :)
BalasPadamkepada ukhti syikin...
BalasPadamsama-sama...insyaAllah...semoga Allah a.w.t redha...