"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Selasa, Februari 22, 2011
Antara Kebajikan dan Dosa
Nawwas bin Sam'an ra. berkata, Nabi saw. bersabda,
"Kebajikan adalah akhlak terpuji,sedangkan dosa adalah apa yang meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain."
(h.r. Muslim)
Dalam hadith yang diterangkan oleh Wabishah bin Ma'bad ra., ia berkata, Aku mendatangi Rasulullah saw., beliau bertanya,"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya benar."
Beliau bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri!.Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari dua imam, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
syukran ukhti.. berkongsi :)
BalasPadam:) ....afwan.....
BalasPadam