Berkata Harun ai Rasyid sewaktu sakitnya tidak lagi boleh diubati oleh doctor yang mengubatinya,
“Doktor dengan kedoktoran dan ubatnya
Tidak mampu untuk menolaknya, bila ia datang
Doctor kadangkala mati dengan penyakit
Yang mana penyakit itu pernah ia sembuhkan dari pesakitnya
Yang diubati, yang mengubati, yang membuat, yang menjual,
Dan yang membeli ubat semuanya akan mati.”
Berkanaan kematian juga, Iman Hasan al-Basri telah berkata:
“Tidaklah setiap hari itu berlalu melainkan malaikat maut datang mengunjungi tiap-tiap rumah sebanyak tiga kali…, maka apabila ia menemukan penghuni rumah itu sudah cukup rezekinya dan sudah sampai ajalnya maka malaikat maut pun akan mencabut nyawanya…, dan apabila nyawa penghuni rumah itu telah diambil, maka ahli keluarganya akan menerima mayatnya dengan tangisan…, dan di sini; sewakti malaikat maut akan meninggalkan rumah itu dan berkata: Demi Allah, tidaklah saya memakan rezekinya, menghabiskan umur yang dimilikinya dan tidaklah saya mempercepatkan ajalnya. Sesungguhnya saya akan datang menjemputmu satu demi satu hingga tidak ada lagi satu orang pun yang tinggal di antara kamu.”
“Demi Allah, kalaulah Allah, kalaulah ahli keluarga itu melihat malaikat maut itu dan mendengarkan suaranya nescaya mereka akan lupa terhadap mayat yang ada di hadapan mereka, kemuadian mereka akan menangisi diri sekuat kati.” (Ihya’ Ulumiddin 4/581)
Iman Hasan al-Basri telah mengggambarkan bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan menghadapi kematian kerana ia adalah sesuatu kepastian. Namun, yakinlah bahawa tidak akan mati seseorang hamba itu melainkan semua rezeki yang diperuntukkan untuknya telah diperolehinya.
Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...