Jumaat, Mei 21, 2010

dia yang bakal mendampingiku dan juga kamu...




Dalam sesetangah athar nenyebutkan bahawa apabila seorang hamba mukmin berdiri daripada kuburnya, dia akan ditemani oleh dua malaikat yang sentiasa bersamanya semasa di dunia beserta dengan amalannya.

Thabit al-Bannani r.a berkata:

“Telah sampai berita kepada kami bahawa seorang hamba yang mukmin apabila dibangkitkan dari kuburnya, maka dia didapatkan oleh dua malaikat yang sentiasa bersamanya semasa di dunia. Kedua-duanya berkata kepadanya: “Janganlah engkau takut dan gentar, dan bergembiralah dengan syurga yang djanjikan untukmu.” Kemudian beliau (Thabit al-Bannani) membaca firman Allah Taala:

“Sesungguhnya mereka yang mengatakan, Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah, maka turunlah kepada mereka malaikat yang berkata, janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan untuk kamu.”

(Surah Fussilat: 30)

Diriwayatkan daripada Amru bin Qais katanya: Telah sampai berita kepada kami bahawa orang mukmin apabila keluar dari kuburnya, maka amalan solehnya akan berhadap kepaanya dalam rupa yang amat elok dan amat harum baunya. Berkatalah amalan itu: “Adakah engkau kenalkan kami?” Lalu dia menjawab: “Tidak, namun Allah Taala telah menjadikan kamu amat harum dan amat elok rupa.” Berkatalah amalannya” “Semasa di dunia akulah amalanmu yang soleh, kalau semasa di dunia aku yang menunggangi kamu, maka pada hari ini silalah kamu menunggangi aku.” Kemudian beliau (Amru) membacakan firman Allah Taala:

“Hari yang Kami jalankan orang yang bertaqwa kepada Tuhan yang bersifat Rahman dalam keadaan menunggangi (kenderaan).”
(Surah Maryam: 85)

Manakala orang kafir pula, maka amalannya akan menghadapnya dalam keadaan yang amat buruk rupa dan amat busuk baunya. Maka berkatalah amalannya: “Adakah engkau kenalkan aku?”. Maka dia berkata: “Tidak, namun rupamu sungguh buruk dan baumu amat busuk (siapakah kamu)?”. Berkatalah amalan itu: “Demikianlah halnya kamu semasa di dunia. Akulah yang selalu mengunggangimu, maka pada hari ini engkaulah yang akan menunggangi aku.” Kemudian beliau membacakan firman Allah:

”Mereka menganggung akan dosa mereka, ingatlah itulah seburuk-buruk dosa yang mereka lakukan.”

(Surah al-An’am:1)



Sumber: Misteri Disebalik Tiupan Sangkakala, Imam Al-Qurtubi Syeikh Daud al-Fatani






”Ya Allah, izinkanlah kami untuk mengingati dan merindui pertemuan denganMu dalam setiap saat hidup kami...kami yakin mati itu benar, sakaratulmaut itu benar...segala janjiMu adalah benar....siapa lagi Ya Allah, yang amat benar dan tiada dusta dalam janjinya melainkan Kamu Ya Allah...bantulah kami Ya Allah...kerana tiada siapa yang dapat membantu kami melaikan Engkau Ya Allah...izinkan kami bersujud lagi padaMu, mengharap keampunan dan redhaMu Ya Allah...lindungi kami Ya Allah...”

2 ulasan:

  1. innallazi nakolurobbunallah....sehingga akhir.. sedih bila baca ayat ni..rasa harap dan takut..

    “Sesungguhnya mereka yang mengatakan, Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah, maka turunlah kepada mereka malaikat yang berkata, janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan untuk kamu.”
    (Surah Fussilat: 30)

    BalasPadam

Jejak anda...