Rabu, Mei 26, 2010

perjalanan ke sana...



Sesungguhnya maut itu pasti...dan pasti...


Kata penyair,

Berbekallah di dunia untuk hidupmu nanti
Beribadah kepada Allah dengan hati yang suci
Jangan tamak mangumpulkan dunia
Kerana dunia didapat kemudian sirna
Apa yang anda rasakan jika nanti
Semua mambawa bekal sedang anda menggigit jari...




Perjalanan menuju kematian


Manusia yang hidup di dunia ini kebanyakan merasakan bahawa dunia adalah tempat mereka, kebanyakan tidak sedar bahawa dunia hanyalah persinggahan. Ibaratkan seperti kita sedang menaiki kereta api, bergerak di atas gerabak menuju daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dalam perjalanan yang panjang, kita singgah dibeberapa stesen, persinggahan yang sementara di setiap stesen sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Satu stesen telahpun kita singgah, iaitu alam rahim. Masa terus berjalan, kereta api yang kita naiki sekarang telahpun tiba ke stesen yang kedua, iaitu tempat yang kita berada sekarang iaitu dunia. Kadang-kadang, kita ralit dengan perkara-perkara yang menarik perhatian kita di dunia ini, kita terlupa bahawa mungkin beberapa saat lagi kereta api akan bertolak dan mengangkut kita pergi. Kalau beruntung, kita sempat mencari bekalan untuk dibawa kestesen yang seterusnya pula, kalau sebaliknya, kita hanya sempat melihat-lihat sekeliling, rambang mata dan naik semula ke atas kereta api tanpa membawa sedikit bekalanpun. Lebih malang lagi sekiranya tersalah kutip bekalan, iaitu dosa yang akan memudaratkan perjalanan yang bakal ditempuhi nanti.



Ketahuilah, dunia ini bukan tempat kita, percayalah dunia ini bukan tempat kita, yakinlah dunia ini bukan tempat kita.



Duhai sahabat, tahukah kamu betapa perlunya kita mengkaji dan mengetahui tentang hari akhirat? Akhirat merupakan bahagian penting dalam iman iaitu merupakan salah satu rukun iman. Tidak sempurna iman jika hanya percaya pada lafaz tetapi tidak mempedulikan tentang akhirat dan persiapan untuk melaluinya.




Teguhkah iman?


Ingin membawa sahabat renungkan, beberapa tahun dahulu negara yang kononnya paling kuat di dunia, iaitu Amerika Syarikat telah menyedari kesan buruk tabiat minum arak dalam kalangan masyarakat mereka. Bagi mengatasi masalah ini, pihak atasan telah menggubal undang-undang mengharamkan penggunaan alkohol dalam negara mereka. Beberapa juta dolar telah dibelanjakan oleh kerajaan US, hampir separuh juta rakyat di penjarakan dan beribu rakyat terbunuh semata-mata bagi menguatkuasakan undang-undang mengharamkan alkohol. Segala polis dan jentera juga digerakkan untuk mengenakan penalti kepada mereka yang melakukan kesalahan. Undang-undang ini juga diwajibkan untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah sehingga ke peringkat tinggi. Namun, penggunaan alkohol masih berleluasa. Kerana, walaupun kilang arak ditutup, mereka mudah untuk menghasilkan sendiri arak. Menyedari usaha ini sia-sia, pihak kerajaan Amerika akhirnya putus asa dan membubar undang-undang berkenaan, pesalah laku yang dipenjarakan dibebaskan. Bayangkan...undang-undang yang begitu keras, tidak berkesan, tidak menggentarkan penduduknya...sia-sia..sehingga pihak berkuasa mengaku kalah dan membiarkan mereka untuk melakukan sahaja apa yang mereka mahu.



Kita kembara pula pada peristiwa yang berlaku 1400 tahun dahulu, apabila turun sahaja ayat Allah...tentang larangan meminum arak, bayangkan...digambarkan mereka apabila tersebar tentang turunnya ayat itu, sebaik sahaja berita sampai kepada telinga mereka, yang sedang memegang gelas arak membuang gelas arak tersebut, yang sedang minum mengeluarkan semula daripada mulut mereka dan yang sudah menelannya berusaha untuk memuntahkan apa yang telah mereka minum tanpa perlu kepada penguatkuasaan undang-undang, hukuman atau denda dan sebaliknya. Mereka taat. Dengan begitu mudah. Tanpa berlaku pertumpahan darah. Bandingkan hari ini, jangan melihat kepada orang bukan Islam, tetapi lihatlah kepada orang Islam itu sendiri. Betapa ramai anak muda kita yang masih bersekolah, sudah berani mengambil minuman keras ini. Walaupun berada di sebuah negara yang bergelar ’negara Islam’ dan penduduknya majoriti Islam, mereka bebas minum arak dan tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Tidak sedikitpun menunjukkan rasa gerun pada Allah dan janji-janjiNya. Kerana mereka memiliki keteguhan iman yang tidak boleh diragukan lagi...kita?



Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis". Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil menangis terisak-isak.


[HR Bukhari dan Muslim]



Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...