"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Selasa, Jun 29, 2010
Ayuh tingkatkan kualiti cinta dan khusyukmu!
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Apa khabar iman?
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk berkongsi satu cerita yang yang mungkin sahabat-sahabat telah pun mendengar atau membacanya suatu masa dahulu…kutujukan buat diri…dan juga sahabat-sahabat sekalian…semoga bermanfaat…
Bismillah…
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan beliau selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih beribadah demi untuk memperbaiki dirinyayang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid(menghambakan diri pada Allah) bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
“Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?”.
Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin adalah membasuh anggota dengan 7 perkara, iaitu:
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang(riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata,
“Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebalah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratulmustaqim’ dan mengaggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahud dengan penuh pangharapan dan aku member salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, dia terus menangis kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Ibadah yang kurang baik bermakna cinta yang kurang berkualiti. Oleh itu, mari kita tinggkatkan cinta kita kepada Allah dengan meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita.
-sumber: Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam-
Sesungguhnya…aku memohon…aku merayu…aku merintih…hanya padaMu…Tuhan Sekalian Alam…
“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan, sedang dia adalah orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya walaupun sedikit.”
(An-Nisaa’:124)
Wallahu’alam…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...