Sabtu, April 17, 2010

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W







Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :


1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhl ah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

rujukan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/



sedikit lagi renungan:



Hadith ke 19(Imam Nawawi-Hadith 40)

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي (صلى الله عليه وسلم) يوماً، فقال لي: "يا غلام إني أعلّمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفـظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لـم ينفعـوك إلا بشيء قـد كتبـه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضرّوك بشيء لم يضرّوك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفّت الصحف". (رواه الترمذي وقال: حسن صحيح

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW
(di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda :

' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.

Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,

peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.

Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.

Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.

Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.

Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

(HR. Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).


boleh rujuk http://haluantarbawi.com/
dan http://2firdaus.blogspot.com/

wallahu'alam...

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt
    Mengenai hadis yg dibawa dlm entry adakah dikategorikan dlm Mutawtit, Sahih atau Hasan? Kerana terdapat juga dlm Ayat AlQuran Surah Yunus:90 وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٩٠)
    bagaiman Firaun pun diakhir kalamnya mengucap dan mengakui keEsaan Allah SWT.

    BalasPadam
  2. guna la bacaan nama Imam Turmuzi tu dengan Imam Tirmizi..itu adalah bacaan yang tepat..ana bimbang akan mengelirukan pembacan yang xth dalam bab ni...

    BalasPadam
  3. salam,

    ukhtiza-tajnur,

    w'salam...mengenai hadith Mutawtit, Sahih atau Hasan...ana kurang ilmu...cuma hadith di atas di petik dari koleksi hadith arba'in..Hadith 40 karangan Imam Nawawi...boleh sama-sama semak...

    emmm....boleh tajnur ulaskan perkaitan hadith dengan surah yunus ayat 90...ana kurang jelasla...hee..

    syukran..


    ukhtiza-musa mohamad

    maaf ye...ana dah tukarkan...terima kasih untuk teguran...itu ana copy dan paste...terlepas pandang untuk semak semula...tapi dua laman yang ana baru link tu gunakan ejaan imam turmuzi...

    maaf kalau ada sesiapa yang terkeliru...kecuaian disebabkan kekangan masa....sebab tengah final exam sekarang...

    apapun jazakallah...untuk teguran....

    lain kali tegurlah lagi kalau terlihat ada sebarang kesilapan ya....asif jiddan...

    BalasPadam

Jejak anda...