Jumaat, April 16, 2010

...kembara...

Assalamu’alaikum…


Mahu berceloteh sikit…semalam, sebenarnya kami(Nad, Bal, kak Mi, Ada dan cik ja) telah mengadakan sebuah lawatan ke….ke mana ya…ha…ke air terjun Hutan Rimba, dekat Teluk Bahang…tak pernah pergi pun sebelum ni…tempat dia dekat dengan Taman Rama-rama…best…kami berlima picnic kat sana…buat apa kat sana..? hmm…biarlah rahsia..hehe…bertolak pagi…alhamdulillah, tak de orang(sebab hari kerja)…jadi dunia milik kami berlima lah…best..makan-makan…dan buat apa yang patut kat sana…tak nak berceloteh panjang…Cuma nak kongsikan beberapa keping gambar…masa kat sana….sempat lagi..dalam membuat persiapan final exam...




barisan semut yang menyambut ketibaan kami...


air sirap....


nasi lemak pun sedap...yum...




air sejukkkk.....

punca air keluar....best berwudhuk kat sini...air jernih sangat...sejuuuukkk...


teratai kecil...comel sangat...subhanallah...


nak balik dah...huhu


pose ni je yang dapat...selepas beberapa lama mengejar rama-rama ni...kalau tengok real punya...sangat cantik...


aik...yang ni pun masuk juga...tengok betul-betul..unik...daun yang kering tu adalah daun pertama pokok kecil ni...


air terjun...suka dengar bunyinya...


sungai kecik...



Lepas balik dari Hutan Rimba....kami pun singgah di pantai Batu Feringgi.....sambung makan kat sana...sambil tengok-tengok laut...


comel kan siput ni...suka2...



eh..kaki sape ni...huhu..menjejakkan kaki ke pantai Batu Feringgi buat pertama kalinya...




tengok laut tu...ada dua warna...subhanallah...


dosa-dosaku...bagaikan pepasir..dipantai....


cantiknya ombak..subhanallah..

bila tengok buih....teringat....

“Daripada Tsauban ra berkata; Rasulullah bersabda hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya apakah dari kerana sedikit pada hari itu. Nabi saw menjawab: bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya, apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, cinta pada dunia dan takutkan mati.”




tiba-tiba....terlihat satu pemandangan....Ya Allah....

adegan tak sepatutnya di tepi pantai...ingatkan kat USM je....

tanpa pakaian...
.
.
.
.
oh...sempat merakamnya.....
.
.
tahu pula malu...bila nampak kamera di ajukan padanya...
bukan itu sahaja...siap jelir lidah lagi....
.
.

tengok....nampak kamera je terus nak larikan diri....huhu....biawak rupanya....besar....kalau kira panjang...sama ketinggian dengan saya kot...takut...saya memang takut biawak...

nak sembunyi dalam lubang dia...sempat jenguk kamera lagi...

Mirwana - Hikmah Kembara

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya…
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia




Ini saya sertakan resepi sandwich yang bawa makan kat sana…..


Resepi Sandwich(siapa yang dah tahu buat, jangan baca…he)


Bahan:


Sardin tin sederhana(guna jenis Pertima-Islam punya, halal n sedap inyaAllah)

4 sudu besar mayonis

Garam secukup rasa

2 biji limau nipis

1 biji cili merah besar(nak bagi cantik)

4 biji cili padi(pedas skit baru best)

2 biji bawang merah sederhana

Sedikit air

Kalau ada cili sos lagi best


*saya masak guna periuk nasi(kat bilik), jadi takde babak tumis menumis..kalau kat rumah…boleh tumis...dan tambah lagi banyak effect...lagi best...(“,)


Cara:

  1. panaskan sardine(boleh hancurkan terus)
  2. masukkan bahan-bahan lain kecuali mayonis, garam dan limau nipis.
  3. nampak ia menggelegak, boleh tambah mayonis, garam secukup rasa dan perahan air limau nipis.
  4. bagi ia menggelegak...tutup api(eh...suis periuk) dan hidangkan..

masa ke pasar beli bahan nak buat sandwich, mak cik tu baik, bagi sayur kai-lan...oh...terkedu, terharu...baiknya makcik ni...oh...terlupa, sebenarnya Allah yang bagi...terima kasih Allah...lalu berfikirlah, nak masak ape..huhu..bahan tak de kat bilik..bawang ada, tapi...kai-lan best kalau tumis..tapi kat bilik ada periuk nasi je...hmmm...lalu Allah bagi ilham...berdasarkan bahan yang ada kat bilik....jadilah Sayur Kai-lan masak budu...hehe..



Resepi Sayur Kai-Lan Masak Budu



Bahan-bahan:

Sayur kai-lan

Bawang merah

Bawang putih

Air masak

Budu

Garam secukup rasa


Cara:

(macam biasa, caranya sangat mudah disebabkan guna periuk nasi je…orang bujang..hehe)

  1. panaskan air bersama bawang merah dan putih hingga menggelegak,
  2. masukkan sayur, beberapa sudu besar budu(sebenarnya guna budu untuk ganti ikan bilis/belacan/kiub bilis-sebab tak de kat bilik) dan garam secukup rasa.
  3. bila sayur dah masak…angkat dan hidangkan….sedap…cubaan pertama…

Anda berani? Cubalah…hehe..sekian...


*entry ditulis dalam keadaan sangat kelam kabut...


2 ulasan:

  1. mace pernah p je tempak ni...

    BalasPadam
  2. salam...

    uih..Sayur Kai-Lan Masak Budu..nmpk sedap deh...nk keno cubo buak kt umoh nih...^__^..

    BalasPadam

Jejak anda...