Rabu, Oktober 13, 2010

Sakitnya Maut


Umar r.a berkata kepada Ka’ab al-Ahbar, “Wahai Ka’ab, ceritakan kepada kami tentang kematian.” Ka’ab menjawab, “Baik, wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya kematian itu seperti sebatang ranting yang banyak durinya, lalu ranting tersebut dimasukkan ke dalam tubuh seseorang dan setiap duri diambil pada setiap urat, kemudian ditarik oleh seorang lelaki dengan kasar. Dia ambil apa yang ingin diambilnya dan dia tinggalkan apa yang ingin ditinggalkannya.”

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hamba mengalami kesukaran dan sekarat di saat kematian dan sendi-sendinya saling member salam. Ia berkata, “Alaikas salam, kamu tinggalkan aku dan aku tinggalkan kamu sehingga Hari Kiamat.”

Sumber:
Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur: Persiapan Menuju Alam Barzakh, Jamal Ma’mur Asmani.  

simfoni musim luruh





simfoni musim luruh,
saat dedaunan kering,
gugur,
dan,
bertebaran.


simfoni itu,
serasi dengan hati,
sunyi,
sayu,
syahdu.



dedaunan itu,
berterbangan lagi,
bebas,
di bawa angin.


lalu aku...
pejamkan mata,
depakan tangan,
menarik perlahan nafasku,
menghayati,
bisikan dan sapaan angin,
 yang memeluk tubuh.


di saat ini juga,
hanya Dia yang mendengar,
jeritan hatiku,
yang kujerit sekuatnya,
sekuat-kuatnya,
semahu-mahunya,
di dalam hati yang kecil ini,
biar seisi alam tidak mendengarnya,
kerana jeritan ini,
jeritan yang menggegar jiwa,
menggugurkan air mata...


"Ya Allah peluk hatiku!"

"Peluk hatiku Ya Allah!"

"Berikan sedikit kekuatan!"

"Bawa aku pulang kepadaMU!"

"Kerana aku mahu dekat denganMu!"

"Kerana dunia ini menyakitiku!"

"Aku mahu menjadi seorang yang redha!"

"Dan di redhaiMu...kekasihku!"



simfoni itu,
indah...
terlalu indah...


mataku masih kupejam rapat,
mutiara hangat itu masih setia mengalir dipipiku,
di saat ini,
aku tersenyum,
dan,
kurelakan,
ku katakan pada diri,
biarlah,
biarlah semuanya,
berlalu dengan masa,
kerana aku yakin,
ini hadiah terbaik,
dariMu untukku...



coreten 18 Ogos 2010,
Saujana, Bumi Minden.


I LOVE ALLAH!



Tersentuh dengan bait puisi Rabi'ah:

Alangkah manisnya Engkau, sedang hidup ini pahit,
Alangkah senangnya kalau Engkau reda, meski semua manusia membenci,
Alangkah semaraknya hubunganku denganMu,
Sedangkan hubunganku dengan alam semesta runtuh,
Jika benar Engkau cinta, maka segala sesuatu adalah hina,
Dan segala yang ada di atas debu adalah debu...






p/s: musim luruh itu hanya wujud di dalam imiginasi saya...

Rabu, Oktober 06, 2010

Kita Hamba


Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba

Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba


Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat


Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering 
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba


Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat



Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya

Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat




Munsyid: Raihan



I Love Allah!

Selasa, Oktober 05, 2010

Wonders of the Underwater World

Bismillahirrahmanirrahim....

"When one man, for whatever reason, has the opportuniry to lead an extraordinary life, he has no right to keep it to himself."

-Jacques Yves Cousteau-


take a look at this video, a short film by Mark Santa-Maria...such a wonderful scene...subhanallah...All praises to Allah the creator of this universe...


click full screen for better view...




*sorry for my broken English...hee(^^)



p/s: I Love Allah..

Isnin, Oktober 04, 2010

Mengumpat...bila diharuskan?




Umpat menurut kamus dewan bermaksud:

1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain.
2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat.

mengumpat
1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai.
2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat.




Firman Allah s.w.t:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Al-Hujuraat 49:12)



Berdasarkan firman di atas, Allah s.w.t telah menyerupakan diri si pengumpat sebagai pemakan bangkai. Perumpamaan ini cukup menggambarkan bahawa perbuatan ghibah atau mengumpat amatlah dibenci oleh Allah s.w.t. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali dalam Kitab Bidayatul Hidayah:


"Cuba engkau lihat pada dirimu sendiri, bukankah dirimu sendiri juga pernah membuat maksiat secara sendiri-sendiri dan juga dengan cara terang-terangan. Maka apabila engkau telah mengetahui bahawa dirimu sendiri banyak mempunyai kelemahan, sehingga engkau melakukan sesuatu maksiat maka ketahuilah bagitu pula halnya saudaramu, ia juga mempunyai kelemahan-kelemahan sehingga ia melakukan maksiat. Maka uzurnya sama dengan uzurmu, tetapi kenapa engkau suka menyebut-nyebut kelemahannya? Tentu ia tidak suka seperti halnya engkau tidak suka disebutkan kelemahanmu.


Dan apabila engkau menutupi keaibannya maka Allah s.w.t pasti akan menutupi keaibanmu tetapi jikalau engkau suka mendedahkan keaibannya maka Allah pasti akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mendedahkan keaibanmu di dunia ini kemudian Allah akan mendedahkan pula segala rahsiamu diakhirat kelak di hadapan seluruh makhluk di Padang Mahsyar nanti.

Seandainya engkau melihat dirimu bersih daripada dosa, baik zahir atau batin dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban baik yang berkenaan dengan urusan agamamu ataupun duniamu maka ketahuilah bahawa kejahilanmu terhadap dirimu sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan. Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan. sebenarnya ketika itu Allah s.w.t tidak menghendaki kebaikan terhadap dirimu. jikalau Dia menghendaki kebaikan pada dirimu tentu Dia menunjukkan kepadamu akan aib dirimu. Jadi ketika engkau melihat dirimu sebagai seorang yang bersih, maka itu adalah kesudahan daripada segala kejahilan.

Kemudian seandainya engkau memang benar pada sangkamu (bahawa engkau tidak mempunyai keaiban) maka banyak-banyaklah engkau bersyukur kepada Allah dan mengapa engkau mahu memaki orang lain dan mempersendakan kesalahan mereka. Bukankah perbuatan ini juga termasuk di antara keaiban yang besar pula"




Namun, menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin...terdapat beberapa perkara yang mengharuskan seseorang untuk menyebutkan keburukan orang lain.



PERKARA YANG MENGHARUSKAN SESEORANG MENGUMPAT ORANG LAIN:

1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita di hadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah kita mendedahkan keaibannya.

2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya di hadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.

3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebutkan kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.

4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksa kitamenyebutkan kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai jangan tertipu dengannya.

5. Ketika menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut seorang yang masyhur dengan nama gelaran tertentu.

6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu untuk menzahirkan kefasikkannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.




Jadi, apabila kita nak menyebutkan sesuatu keaiban seseorang, kenal pasti dahulu niat kita...adakah bertepatan dengan syariat ataupun kita melakukan itu untuk membalas kejahatan seseorang terhadap kita, atau untuk menunjukkan kita baik manakala orang lain jahat atau saja-saja mahu menjatuhkan seseorang itu. Juga kenal pasti adakah kesalahan itu terbukti benar-benar dilakukan oleh individu berkenaan atau sekadar khabar angin yang disebarkan. Ingat, Allah mendengar doa orang yang teraniaya....orang yang teraniaya, doanya makbul...


Wallahu'alam...

Lagu Cinta


Lagu Cinta

Ku percaya cinta hadiah dariNya
Cinta hadir anugerah yang Esa
Apa itu cinta yang selalu kau puja
Mekar bila bertemu denganNya.

Sukarnya mencari cinta
Kala resah dan gelisah
Kerna diriku hanya insan biasa.

Ku ungkai kalimah cinta
Mengubat duka dan lara
Moga kan bertemu cinta yang setia.

Cinta padaNYa...

Cinta hadir anugerah dariNya
Mewarna seluruh jiwa
Cinta agung miliknya yang Esa
Kan abadi selamanya

Ku menggapai cinta
Di langit yang tak terduga
Walau tersimpan seribu rahsia.

Tanpa rela cinta
Nyawa bagaikan tiada
Cinta tanpa cahaya dariNya...

Ku percaya cinta hadiah dariNya
Cinta hadir anugerah yang Esa

Lagu: Masriezan
Lirik: Masriezan, Hafiz, Zairy, Khairy, Syakir
Munsyid: Varian


p/s: I love Allah

Sabtu, Oktober 02, 2010

Resepi: Nasi Tomato

Anggaran untuk 4/5 orang



NASI TOMATO



Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 1/2 cawan air
2 kuntum bunga cengkih
1 inc kayu manis
2 cawan beras
1 cawan sos tomato

Cara-cara:
1. Cairkan minyak sapi. Goreng bawang putih + bawang merah hingga kekuningan.
2. + bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga hingga naik bau.
3. + beras dan gaulkan hingga rata. + air + garam(secukup rasa) dan dibiarkan mendidih hingga kering. + sos tomato dan gaulkan hingga warna sekata.
4. tutup periuk dan tinggalkan hingga nasi masak, tutup api.




AYAM MASAK MERAH



Bahan-bahan:

a. ayam goreng
1/2 ekor ayam(dipotong kecil-kecil)
garam dan kunyit

b. bahan tumis
5 biji cili kering(nak guna cili boh pun ok, tp saya prefer yang ni)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar(ganti dengan bawang merah pun ok)
1 biji tomato(belah empat)
1 cawan sos tomato

c. bahan tambahan
kacang hijau(dalam tin)

Cara-cara:
1. Ayam digaul dengan garam kunyit lalu di goreng separuh masak dan asingkan.
2. Kisar semua bahan tumis kecuali tomato dan sos tomato. Tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato dan buah tomato, tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau hingga kuah menjadi kering dan pekat.
5. Apabila ayam telah masak, masukkan kacang hijau dan gaulkan. Tutup api.





PAJERI KUNING(NENAS)



Bahan-bahan:
1 tin nenas
1 cm halia
1 ulas bawang putih
1/2 ketul kiub bilis
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis(kecil)
3 biji lada besar merah(dihiris halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. + Kiub bilis + serbuk kunyit.
3. + nenas bersama airnya + lada
4. Kacau hingga lada masak sedikit, tutup api.


* maaf, gambar kurang jelas sebab guna kamera telefon.

* resepi di atas adalah carian internet juga tetapi telah di edit sedikit sebanyak oleh saya.

* InsyaAllah sedap, dah cuba buat. Saya masak untuk 20 orang, jamuan untuk anak2 didik,kelas bimbingan Qiraati sempena majlis perpisahan semalam. Mereka semua makan dengan gembira dan banyak juga.

"Ustazah, nak tambah lagi...tambah lagi banyak ustazah...sedaaap!"


...insyaAllah ustazah akan merindui kalian...huhu...





sekian...

Jumaat, Oktober 01, 2010

Kesaksian diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

hayati lirik lagu ini...


tak satupun orang bisa menjamin dirinya
selamat di saat ajal memanggilnya
setitik kesalahan semua akan diperhitungkan
semisal buih dosa telah kita kerjakan


setiap mata, hati , tangan, kaki, akan jadi saksi
tiada dusta diri yg tak terhakimi
luka sepi air mata tak berarti lagi
akan terlambat segala sesal di waktu nanti


Allah mohon, jangan hukum kami dari dosa
ampuni kami karena tak mungkin
kami sanggup menahan pedih
setitik Rahmat yg Kau beri
lebih berarti dari segalanya
setitik ampunanMu kan menghapus dosa kami


karena mata, hati, tangan, kaki, akan jadi saksi
tiada dusta diri yang tak terhakimi
luka sepi air mata tak berarti lagi
akan terlambat segala sesal di waktu nanti







*Usm baru dapat excess you tube...jangan di salah guna...kerana mata, hati, tangan, kaki akan jadi saksi...tiada dusta diri yang tak terhakimi...

wallahu'alam...