Isnin, Mac 14, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 1


 

“Wahai sekalian manusia, Aku hairan malihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang.”

“Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih.”

“Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia; tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku.”


Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...