"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Sabtu, Mac 19, 2011
Renungan Hadith Qudsi: 2
"Diri-Ku menyaksikan diri-Ku sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku; Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku. Sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku, tidak bersyukur atas nikmat-Ku dan tidak merasa cukup terhadap pemberian-Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan selain-Ku."
"Oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-Ku, sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti Aku; sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya; dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang mati, maka seolah-olah ia telah mengambil tombak dan menghunjamkannya kepada-Ku; dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tangannya."
"Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak paduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam; dan sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman), maka sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya,"
Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hati tiba-tiba jadi tenang bila baca peringatan...
BalasPadamLumrah manusia...pasti ada susah dan senang...
Allah menciptakan setiap keadaan pasti ada jalan penyelesaian...
syukran...
kepada teh o
BalasPadaminsyaAllah...
afwan...