Isnin, Mac 21, 2011

Renungan Hadith Qudsi: 3

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya;
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs611.snc4/59110_148074841892362_100000695423725_291141_6009628_n.jpg



“Wahai sekalian manusia, bersifat qanaah lah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih. Dan sesiapa meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayangKu; sesiapa yang menjauhkan (mengasingkan) diri daripada manusia, maka ia akan selamat daripada mereka. Dan sesiapa yang sedikit percakapannya, bererti sempurna akalnya. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayai Allah Taala.”


“Wahai manusia, kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui, maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui. Wahai manusia, kamu beramal di dunia seolah-olah kamu hidup esok, dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu hidup kekal. Wahai dunia halanglah ketamakan atasmu, dan carilah kezuhudan padamu, dan jadilah engkau sedap dipandang orang-orang yang memandang.”




Sumber: Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi; Imam Al-Ghazali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jejak anda...