Isnin, Mac 07, 2011

...kerana dia juga tidak memiliki apa-apa...

 ...dia yang ku maksudkan adalah Saidina Ali...





Abu Najih Al-Irbadh bin Sariyah ra. berkata,

"Rasulullah saw. memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menggetarkan hati dan dapat mengucurkan air mata." Kami berkata, "Wahai Rasulullah,seakan-akan ini nasihat perpisahan, kerana itu berilah kami wasiat!"

Beliau bersabda, "Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah swt., mendengarkan perintah dan taad meski yang memerintah kalian seorang budak. Siapa pun di antara kalian yang masih hidup, niscaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu berpegang taguhlah kepada sunahku dan sunah para Khulafaur Rasyiddin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham. Dan hindarilah hal-hal yang baru (dalam soal agama), kerana semua yang baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat."

(h.r. Abu Dawud dan Tirmidzi, dan dia mengatakan bahawa ini adalah hasan shahih).










Kisah Peminangan Saidatina Fatimah


Kisah perkahwinan ini bermula apabila Abu Bakr pergi berjumpa dengan Ali untuk memberi cadangan agar Ali pergi meminang Fatimah kerana pinangan dari para Sahabat yang lain telah ditolak. Lantas air mata Ali turun bercucuran. Ali menerangkan kepada Abu Bakr bahawa dia memang menginginkan Fatimah akan tetapi satu-satunya masalah yang dihadapi adalah dia tidak memiliki apa-apa.

Abu Bakr berkata “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan isinya ini hanyalah ibarat debu yang bertaburan!”.

Berbekalkan semangat yang diberikan oleh Abu Bakr, Ali pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan hasrat hatinya itu.

Apabila tiba di rumah Rasulullah, Ummu Salmah membukakan pintu dan Rasulullah mempersilakan Ali duduk di depan beliau. Ali jadi malu hinggalah Rasulullah berkata kepada Ali;

“ Seolah-olah engkau mempunyai keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan engkau perolah dari aku”.

Maka barulah lega rasa hati Ali untuk bersuara menyatakan tujuan kedatangannya tersebut. Ali menyampaikan keinginannya untuk menjadikan Fatimah sebagai isteri. Wajah Rasulullah jadi berseri-seri dan bertanya kepada Ali,

“Adakah engkau memiliki apa-apa untuk dijadikan mas kahwin?”.

Dengan jujur Ali mengaku kepada Rasulullah bahawa dia hanya memiliki sebuah baju besi, sebilah pedang dan juga seekor unta. Rasulullah bersetuju untuk menerima baju besi Ali sebagai mas kahwin.

sumber: Mentadak Kaki Kidal






Jemput baca/ulang baca Cintanya kerana Allah...


wallahua'lam...







p/s:

...cukup dengan keimanan yang ada padamu...
...sesungguhnya aku tidak meminta lebih...
...atau mengharapkan apa-apa yang lain... 
...kerana aku sedar...
...aku juga tidak memiliki apa-apa...

2 ulasan:

  1. saya faham...
    jazakillah....

    smoga Allah mudahkan urusan ...
    yang penting berkat...
    hingga membawa kebahagiaan ke akhirat...

    saya yakin...

    BalasPadam
  2. kepada cuti sekolah;

    insyaAllah...

    BalasPadam

Jejak anda...