"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Ahad, April 25, 2010
kisah Fatimah az-Zahra dan gilingan gandum
Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.
Rasulullah SAW bertanya pada anandanya,
"apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".
Fathimah rha. berkata,
"ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis".
Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".
Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya,
"Bismillaahirrahmaanirrahiim".
Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka.
Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.
Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya,
"jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat.
Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.
Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.
Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.
Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.
Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.
Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.
Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.
Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan
memandangnya dengan pandangan rahmat.
Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".
Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".
Ahad, April 18, 2010
Sabtu, April 17, 2010
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhl ah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
rujukan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/
sedikit lagi renungan:
Hadith ke 19(Imam Nawawi-Hadith 40)
عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي (صلى الله عليه وسلم) يوماً، فقال لي: "يا غلام إني أعلّمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفـظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لـم ينفعـوك إلا بشيء قـد كتبـه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضرّوك بشيء لم يضرّوك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفّت الصحف". (رواه الترمذي وقال: حسن صحيح
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW
(di atas binatang tunggangannya) , lalu sabda baginda :
' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.
Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.
Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.
Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.
Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.
Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '
(HR. Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).
boleh rujuk http://haluantarbawi.com/
dan http://2firdaus.blogspot.com/
wallahu'alam...
Jumaat, April 16, 2010
...kembara...
Assalamu’alaikum…
Mahu berceloteh sikit…semalam, sebenarnya kami(Nad, Bal, kak Mi, Ada dan cik ja) telah mengadakan sebuah lawatan ke….ke mana ya…ha…ke air terjun Hutan Rimba, dekat Teluk Bahang…tak pernah pergi pun sebelum ni…tempat dia dekat dengan Taman Rama-rama…best…kami berlima picnic kat sana…buat apa kat sana..? hmm…biarlah rahsia..hehe…bertolak pagi…alhamdulillah, tak de orang(sebab hari kerja)…jadi dunia milik kami berlima lah…best..makan-makan…dan buat apa yang patut kat sana…tak nak berceloteh panjang…Cuma nak kongsikan beberapa keping gambar…masa kat sana….sempat lagi..dalam membuat persiapan final exam...
nasi lemak pun sedap...yum...
air sejukkkk.....
punca air keluar....best berwudhuk kat sini...air jernih sangat...sejuuuukkk...
teratai kecil...comel sangat...subhanallah...
nak balik dah...huhu
pose ni je yang dapat...selepas beberapa lama mengejar rama-rama ni...kalau tengok real punya...sangat cantik...
aik...yang ni pun masuk juga...tengok betul-betul..unik...daun yang kering tu adalah daun pertama pokok kecil ni...
air terjun...suka dengar bunyinya...
sungai kecik...
Lepas balik dari Hutan Rimba....kami pun singgah di pantai Batu Feringgi.....sambung makan kat sana...sambil tengok-tengok laut...
comel kan siput ni...suka2...
eh..kaki sape ni...huhu..menjejakkan kaki ke pantai Batu Feringgi buat pertama kalinya...
tengok laut tu...ada dua warna...subhanallah...
dosa-dosaku...bagaikan pepasir..dipantai....
cantiknya ombak..subhanallah..
bila tengok buih....teringat....
“Daripada Tsauban ra berkata; Rasulullah bersabda hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya apakah dari kerana sedikit pada hari itu. Nabi saw menjawab: bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya, apakah wahan itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, cinta pada dunia dan takutkan mati.”
tiba-tiba....terlihat satu pemandangan....Ya Allah....
adegan tak sepatutnya di tepi pantai...ingatkan kat USM je....
tanpa pakaian...
.
.
.
.
oh...sempat merakamnya.....
.
.
tahu pula malu...bila nampak kamera di ajukan padanya...
bukan itu sahaja...siap jelir lidah lagi....
.
.
tengok....nampak kamera je terus nak larikan diri....huhu....biawak rupanya....besar....kalau kira panjang...sama ketinggian dengan saya kot...takut...saya memang takut biawak...
nak sembunyi dalam lubang dia...sempat jenguk kamera lagi...
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan
Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya…
ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia
Ini saya sertakan resepi sandwich yang bawa makan kat sana…..
Resepi Sandwich(siapa yang dah tahu buat, jangan baca…he)
Bahan:
Sardin tin sederhana(guna jenis Pertima-Islam punya, halal n sedap inyaAllah)
4 sudu besar mayonis
Garam secukup rasa
2 biji limau nipis
1 biji cili merah besar(nak bagi cantik)
4 biji cili padi(pedas skit baru best)
2 biji bawang merah sederhana
Sedikit air
Kalau ada cili sos lagi best
*saya masak guna periuk nasi(kat bilik), jadi takde babak tumis menumis..kalau kat rumah…boleh tumis...dan tambah lagi banyak effect...lagi best...(“,)
Cara:
- panaskan sardine(boleh hancurkan terus)
- masukkan bahan-bahan lain kecuali mayonis, garam dan limau nipis.
- nampak ia menggelegak, boleh tambah mayonis, garam secukup rasa dan perahan air limau nipis.
- bagi ia menggelegak...tutup api(eh...suis periuk) dan hidangkan..
masa ke pasar beli bahan nak buat sandwich, mak cik tu baik, bagi sayur kai-lan...oh...terkedu, terharu...baiknya makcik ni...oh...terlupa, sebenarnya Allah yang bagi...terima kasih Allah...lalu berfikirlah, nak masak ape..huhu..bahan tak de kat bilik..bawang ada, tapi...kai-lan best kalau tumis..tapi kat bilik ada periuk nasi je...hmmm...lalu Allah bagi ilham...berdasarkan bahan yang ada kat bilik....jadilah Sayur Kai-lan masak budu...hehe..
Resepi Sayur Kai-Lan Masak Budu
Bahan-bahan:
Sayur kai-lan
Bawang merah
Bawang putih
Air masak
Budu
Garam secukup rasa
Cara:
(macam biasa, caranya sangat mudah disebabkan guna periuk nasi je…orang bujang..hehe)
- panaskan air bersama bawang merah dan putih hingga menggelegak,
- masukkan sayur, beberapa sudu besar budu(sebenarnya guna budu untuk ganti ikan bilis/belacan/kiub bilis-sebab tak de kat bilik) dan garam secukup rasa.
- bila sayur dah masak…angkat dan hidangkan….sedap…cubaan pertama…
Anda berani? Cubalah…hehe..sekian...
*entry ditulis dalam keadaan sangat kelam kabut...
Selasa, April 13, 2010
...maaf...
assalamu'alaikum. ...
sesungguhnya, ikatan yang dibina di atas nama Allah...Tuhan yang menggenggam segala jiwa makhlukNya.. .akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian....semata- mata untuk Allah melihat adakah ikatan itu dibina atas nama Dia...atau di atas kepentingan diri atau makhlukNya.. .
tidaklah seorang manusia itu sempurna..dan tidaklah pula ia dapat memuaskan hati seluruh makhluk yang berada disekelilingnya. ...itu tanda kebesaran Allah...tanda Kebesaran dan sifat kesempurnaannya tidak dapat di atasi oleh mana-mana makhluk yang dimilikiNya. ....
kadang-kadang , kita terkedu...terduduk seketika...apabila tindakan kita disalah ertikan oleh orang di sekeliling.. .kita mempunyai alasan bertindak demikian...alasan yang mungkin sukar untuk diluahkan... namun itu adalah untuk kebaikan semua....demi persahabatan itu...tetapi. ..rupanya sudah ada insan yang tawar hati...meluat. ..marah.. .kerana tidak mengetahui hal yang sebenarnya.. .tidak pula menyelidiki. ..makin menjauh...
"sahabat. .andainya kau mengerti...dan mengetahui apa sebenarnya disebalik tindakan itu....mungkin juga kau akan terduduk, menangis bersamaku... ."
oh...beratnya ujian persahabatan. ..kadang- kadang sukar untuk menerima.... .
namun...kita jangan lupa...
dalam kesukaran menerima seseorang... mungkin dia juga sebenarnya sukar untuk
menerima kita,
dalam perasaan dilukai...mungkin kita melukai dia sebelum ini,
dalam rasa meluat....mungkin dia juga sedang menelan rasa meluat terhadap kita...
dalam rasa hati yang semakin tawar...mungkin juga dia sudah lama tawar hati dengan sikap kita,
dalam rasa sukar memaafkan... mungkin dia juga sukar untuk memaafkan kita...
sahabat adalah cermin....
seandainya buruk engkau menilai sahabat...sebenarny a engkau buruk dalam menilai dirimu....
seandainya kejahatan sahaja yang engkau temui pada seseorang itu....hakikatnya engkau sedang menilai kejahatan yang ada pada dirimu...
namun, insan itu mudah lupa...perlu untuk diingatkan....kadang-kadang kita tidak tersedar rupanya kita yang merosakkan persahabatan. ..bukan orang lain....
muhasabah diri.....renungan buat diri...juga buat sesiapa sahaja yang membaca pesanan ini.... maafkanlah.. ...kerana memaafkan itu sebenarnya membunuh dendam...
maka...ubatkanlah hatimu....
*ingin memohon maaf diatas perbuatan yang mengguris... dan mohon dihalalkan segala yang terambil...
seandainya ada hutang....bagitahu ye...mungkin terlupa...
"selamat mengulangkaji....semoga berjaya di dalam peperiksaan akhirat dan duniamu..."
===semoga Allah memeliharamu dalam sebaik-baik jagaanNya===
Sabtu, April 10, 2010
Mengapa Yahudi Bijak?
Jumaat, April 09, 2010
Asal Kejadian Api
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope Sebagai Renungan:
Asal kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as.
Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril:
"wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit apineraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as."
Zabaniah:
"sebanyak mana sedikit itu ?"
Jibril:
"sebesar kurma..."
Zabaniah:
"kalau sebesar buah kurmaapi neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya."
Jibril:
"kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma..."
Zabaniah:
"kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.."
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
*bahan di ambil daripada email dari sahabat...wallahu'alam
Rabu, April 07, 2010
ayuh...hentikan lamunanmu...
Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.
Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit-sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...
ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dari diriMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah. Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku miliki pada hari ini ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik dan lebih baik.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.
Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa-apa usaha pun ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah. Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat, melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat, berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala-galanya ya Allah.
Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang lebih tinggi ya Allah.
Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah. Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah.
ya Allah…. (panggillah Allah dengan perlahan kemudian pejamkan mata dan diam seketika dan rasailah respon daripada Allah SWT).
ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus bernafas ya Allah.
Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.
sumber:http://www.fuadlatip.com/v1/2009/07/memiliki-kesedaran-tertinggi-3/
Selasa, April 06, 2010
Pesanan Imam Al-Ghazali:
jagalah hati...kerana akan rosak jika dihinggapi penyakit...hati yang aku bicarakan ialah hati nurani...
”Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu.
Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati),
”Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”
Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”
Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata,
”Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya.(maksudnya ia lebih baik dibandingkan dengan aku)”
Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah SWT akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.”
Dan apabila engkau melihat orang yang kafir maka hendaklah engkau berkata,
”Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan ”husnul khatimah”(mati dalam keadaan yang baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku-wal iya zubillah(mudah-mudahan Allah memelihara kita) boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat petunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan ”su-ul khatimah” (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku kana diseksa di dalam api neraka.”
Nauzubillahi min zalik.
wallahu'alam...
Isnin, April 05, 2010
Ucapan Dasar Presiden
alhamdulillah....aku sudah bergelar mantan YDP....oh...mantan....ini ucapan dasar...yang dibaca sebentar tadi...mohon sangat-sangat komen atau bahaskan....mohon sangat teguran seandainya ada ketidakjelasan....atau apa-apa kekurangan....
shaima'(anak kak cik dan ustaz zayd) pun nak bagi usul....kan shaima'...comel...sape sebelah shaima' tu ya?
Bermula kata, pembuka bicara
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil A-lamin, was-salatu was-salamu ala Rasulillah. Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang berusaha, ayahanda, Dr. Hj. Mohamad Hashim bin Othman, Penasihat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Universiti Sains Malaysia.
Yang berbahagia, barisan mantan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.
Yang disegani, barisan pemimpin Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Universiti Sains Malaysia sidang akademik 2009/2010.
Yang dikasihi, ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.
Dan, hadirin-hadirat yang sudi mengorbankan masa lapang untuk hadir ke majlis yang penuh takzim ini. Sesungguhnya, kehadiran setiap daripada kalian amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis yang serba sederhana pada hari ini.
Di sini, saya ingin menyeru sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita menjadikan mesyuarat kali ini sebagai medium untuk kita bertukar-tukar fikiran dan sebagai medan muhasabah untuk menilai segala aktiviti yang telah kita jalankan sepanjang sidang ini. Semoga hadirin dapat memberikan teguran membina demi penambahbaikan dan juga sebagai persediaan kepada pimpinan baru yang bakal menerajui, meneruskan perjuangan dan mengemudi bahtera yang sedang berlayar di samudera lautan yang begitu mencabar ini.
Firman Allah SWT dalam surah as-Saff ayat 4 yang berbunyi,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya, dalam
barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu 'bun-ya-nun-marsus'
yakni bangunan yang tersusun kukuh."
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana hanya dengan keizinanNya dan belas ihsanNya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Utama Pelajar B, dewan yang menyimpan beribu kenangan, yang mewarnai kehidupan setiap daripada kita, suka mahupun duka, berlainan bagi setiap individu yang mengalaminya, dalam sidang Mesyuarat Agung Tahunan(AGM) Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(KPRSUSM) sidang akademik 2009/2010. Alhamdulillahi Rabbul ’Alamin. Segala puji selayaknya hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Impian dan Cita-cita
Sedar ataupun tidak, sidang akademik 2009/2010 kian melabuhkan tirainya. Seiring berjalannya waktu, warna-warna pelangi yang kita kutip untuk mewarnai arca keluarga kita untuk sidang ini kian lengkap warnanya. Bahtera yang kita bawa juga masih belayar menuju haluannya, walaupun berhempas pulas dengan gelombang lautan yang kadang-kadang memaksa untuk kita mencari persinggahan sementara, berhenti di perairan cetek seketika untuk membaiki bahtera yang penuh dengan harta yakni pengalaman dan kenangan yang dikutip oleh setiap daripada kita, sebelum meneruskan perjalanannya memenuhi impian kita, mencapai cita-cita.
Apabila membicarakan tentang cita-cita, ingin saya mengajak sahabat-sahabat sekalian merenungkan kembali Visi, Misi dan objektif Kelab Pembimbing Rakan Sebaya USM, muhasabah sejauh mana kita telah pergi dan apakah yang telah kita capai sepanjang sidang ini.
Visi:
Membentuk generasi berfikrah dan menghayati Islam sebagai cara hidup”.
Misi:
Membentuk jiwa yang bersifat hamba dan khalifah
Objektif:
1. membentuk mahasiswa yang berbudaya ilmu dan berakhlak mulia
2. melahirkan mahasiswa yang berfikiran terbuka dan peka terhadap isu semasa
3. membina mahasiswa yang seimbang JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial).
4. menerapkan semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa
Sidang mesyuarat yang dihormati.
Izinkan juga saya menyentuh tujuh budaya yang ditekankan oleh Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sepanjang sidang ini.
- Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia.
- Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar
- Penghayatan amalan kerohanian
- Memperkasa semangat ukhwah
- Menghayati amalan syura, amal jama’iy dan budaya kerja terancang
- Prihatin dan iltizam dengan isu semasa
- menghayati ruh al-jihad fi sabilillah
Perjalanan itu bermula…
Bermula dengan Hari Gema, Hari Interaksi dan Rekreasi, Bengkel Fasilitator, Training of Trainers, Kem Jati Diri dan juga saat ini, sidang akademik 2009/2010 telah menyaksikan naik turun KPRS di dalam perjuangannya di alam kampus ini. Saya percaya, setiap daripada kita mempunyai perspektif yang berbeza berkenaan hal ini. Manusia mungkin bijak yang merancang, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa Allah jua yang menentukan. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh barisan pimpinan namun, tidak semua dapat dijalankan dan saya akui, di atas kelemahan saya juga, beberapa aktiviti yang dijalankan tidak bergerak dengan sempurna dan tidak memuaskan hati sama ada ahli jawatankuasa pelaksana mahupun peserta.
Sahabat sekalian,
Dalam melaksanakan sesuatu yang baik, kita harus memempuh kesukaran. Semoga kita semua diberi kelapangan dada oleh Allah SWT dan juga keterbukaan untuk menerima bahawa kegagalan itu adalah sebagai bukti, kelemahan kita sebagai seorang hamba. Kita juga harus ingat, bahawa kegagalan itu adalah permulaan kepada kejayaan. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah bukanlah satu jalan yang indah, penuh dengan warna-warni pantulan cahaya pelangi, wangi-wangian atau bunga-bungaan, sebaliknya ia diselubungi oleh ranjau dan duri.
Sabda Rasulullah SAW:
”Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan.”
(Bukhari, Muslim)
Sahabat-sahabat sekalian, kesukaran dalam menempuhi jalan inilah yang menyebabkan jarang sekali orang yang melaluinya. Ramai orang yang berhenti disekerat jalan. Ada yang terhenti di situ, mencari haluan lain dan tak kurang juga yang berhenti, gugur begitu sahaja. Bagi yang meneruskan pula, tak semua yang melaluinya benar-benar menempuhinya, dan tak semua yang benar-benar menempuhinya sampai kepada tujuannya dan tak semua yang sampai ketujuannya mencapai matlamat dan cita-citanya. Dan sangat beruntunglah orang yang melaluinya, benar-benar menempuhinya, sampai kepada tujuannya dan mencapai matlamat dan cita-citanya kerana mereka inilah insan-insan yang menjadi pilihan Allah untuk mengenal dan mencintaiNya. Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan yang beruntung dan mendapat rahmatNya.
Izinkan saya memetik kata-kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ”Bergeraklah, kerana diam bisa mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Menyia-nyiakan waktu lebih bahaya daripada kematian kerana ia memutuskanmu dari Allah dan akhirat. Sedangkan kematian hanya memutuskanmu dengan dunia dan penghuninya.”
Jadikanlah kelemahan yang lepas sebagai medium untuk muhasabah dan memperbaiki diri. Sesungguhnya perjalanan ini baru bermula, walaupun dirimu merasakan sudah begitu jauh engkau melangkah. Dan perjalanan ini, hanya yang melaluinya merasai kepahitan, keperitan dan ingatlah, selepas kesusahan itu ada kemudahan. Firman Allah:
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
(al-insyirah:1-8)
Carilah makna diri...
Hadirin-hadirat sekalian,
Sejenak saya ingin mengajak kita semua untuk merenungkan lima persoalan hidup, yang kita selalu dengar dan mungkin ada di antara kita sudah mahir menghafal jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut. Namun, mungkin ada di antara kita yang terlupa, dan mungkin ada yang masih kabur tentang siapa kita, dari mana kita berasal, kenapa kita dilahirkan, kemana kita selepas ini dan bagaimana cara hidup yang sebenar.
Imam al-Ghazali ada menyatakan bahawa usaha mencari Tuhan harus bermula dengan mencari diri. Menjernihkan an-Nafs, membuang keburukan padanya dan menghias dengan kemuliaan. Sayyid Hawwa’ juga bersetuju dengan ini.
Allah SWT menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai hamba dan juga sebagai khalifah. Kekhalifahan tidak melahirkan rasa hamba namun, kekhalifahan adalah lahir dari rasa kehambaan.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An'am ayat 165,
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi. Dia meninggikan sebagian kamu atas sebagian yang lain beberapa derajat, karena Dia hendak mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri di sini bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT. Sahabat-sahabat sekalian, sekiranya tugas yang kita lakukan dalam persatuan ini,diniatkan dan dilakukan untuk mencari dan mengenal Allah, kita juga sebenarnya telah mengabdikan diri kepada Allah.
Rabitah hati
Pengembaraan kita sepanjang sidang ini menyaksikan perjalanan yang hebat. Kita tidak dapat lari daripada hempasan ombak dugaanNya yang kadang-kadang hampir memecahkan bahtera yang kita bawa. Namun, ikatan hati yang sentiasa dijaga oleh setiap daripada kita, berjaya mengukuhkan bahtera dan sampai disini pada hari ini.
Kadangkala dalam kepayahan itulah baru kita tersedar, apakah niat masih lurus mencari keredhaanNya atau sudah terpesong mencari redha makhlukNya. Sahabat-sahabat yang dikasihi, dalam kepayahan menempuhi jalanNya baru kita sedar siapa kawan dan siapa lawan. Dalam kepayahan ini juga kita baru tersedar bahawa masih ada tanggungjawab kita yang belum selesai.
Allah ada berfirman: "Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas)."
Sekiranya kita menyemak kembali, bilangan ahli yang mendaftar sangat ramai, namun di atas beberapa sebab tertentu, semakin lama KPRS yang pada awalnya seperti mendapat tempat dihati masyarakat kampus ini, seakan semakin hambar, semakin kurang mendapat sambutan. Saya akui, mungkin ini berlaku di atas kelemahan kami barisan pemimpin terutamanya saya sebagai ketua, dalam mengemudi bahtera ini. Kelemahan yang berlaku dalam dan semasa menguruskan projek menyebabkan ahli hilang keyakinan dan patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam KPRS.
Namun, saya ingin mengingatkan, bahawa kesalahan ini tidak boleh sepenuhnya diletakkan kepada barisan pimpinan yang begitu bertungkus-lumus, bekerja keras, sanggup mengorbankan masa dan tenaga, bersama-sama bermandikan airmata dalam menjaga kelestarian persatuan kita. Walaupun saya akui terdapat beberapa kelemahan daripada pihak kami, terdapat juga faktor lain yang perlu kita lihat termasuk persaingan dengan persatuan lain, aktiviti wajib universiti dan lain-lain tanggungjawab ahli yang menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen yang penuh.
Walaubagaimanapun, syabas saya ucapkan kepada barisan pimpinan yang telah melakukan apa yang terdaya untuk mengikat hati dan menjaga kebajikan ahli, semoga Allah membalas usaha kalian. Firman Allah:
“Sesungguhnya engkau Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petujuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya iaitu menurut undang-undang peraturanNya”(Al-Qasas:56)
Perjalanan masih jauh...
Hadirin yang dihormati, kadang-kadang apabila diri merasakan terlalu lemah untuk meneruskan perjalanan, kita rasakan mahu berhenti di situ kerena tidak sanggup lagi. Namun ingatlah apabila kita diuji,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut:2-3)
Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-baqarah:216)
Apabila kita rasakan ujian itu terlalu berat,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah:286)
Apabila kita rasa sedih dan kecewa,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran:139)
Apabila kita rasa hilang sabar dan putus asa,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
(Surah Ali-Imran:200)
".dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf:12)
Apabila kita rasa buntu dan putus harapan,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Al-Baqarahayat:45)
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya, perjalanan masih jauh. Apa yang patah lagikan tumbuh, apa yang hilang datang gantinya. Pimpinan lama gantinya pimpinan yang baru. Namun, sudah tentunya, tunas baru berbeda dengan dahan lama, gubahan pertama tak akan sama dengan gubahan kedua. Tetapi harapan kami, pimpinan yang bakal mengganti akan membawa sinar baru dalam meneruskan pelayaran yang penuh liku ini. Kajilah sejarah kita, belajar dari kesilapan lalu, perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. Semoga KPRS akan terus hidup dan mendapat tempat dihati kita dan juga dihati mereka yang berada disekeliling kita. Di kesempatan ini juga saya, yang juga mewakili sahabat-sahabat barisan pimpinan KPSRUSM sidang akademik 2009/2010 ingin meminta maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan kami, juga memohon maaf kerana tidak dapat menjadi pemimpin yang baik untuk anda pada sidang ini. Semoga Allah SWT mengampuni dosa kami dan meredhai apa yang telah kami lakukan.
Buat bakal pemimpin, pesanku,
Jika engkau burung,
Jangan sekali takut terbang tinggi,
Benar,
andainya jatuh…lukanya parah…
Makin tinggi terbang,
makin parah lukanya andai jatuh,
Tapi tidak rugi mencuba..
Kerana kalau terbang rendah pun mungkin jatuh juga,
Namun,
engkau yang berani terbang tinggi,
akan dapat melihat sesuatu yang luar biasa,
yang tidak pernah dilihat oleh yang lain,
tidak mustahil juga engkau akan mencapai,
sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah dicapai oleh yang lain,
seandainya,
sewaktu kau cuba untu terbang tinggi,
kau jatuh,
engkau akan sakit,
mungkin parah lukamu,
namun aku percaya sakitmu tak akan seberapa,
jika dibandingkan dengan manisnya terbang tinggi itu,
hanya engkau merasainya,
sebaliknya jika engkau tidak berani,
lebih baik engkau menjadi ayam,
yang hanya melihat tanah dan pandai bertelagah.
Akhir bicara, mohon maaf di atas keterlanjuran bicara, tersalah kata. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu adalah bukti bahawa saya adalah hambaNya yang tidak sempurna. Wallahu’alam, terima kasih.
disediakan oleh:
Tuan Fariza binti Tuan Roslli
Mantan Yang Di Pertua,
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya,
Universiti Sains Malaysia.