Khamis, November 18, 2010

Resepi: Nasi Berlauk Kelate

Assalamu'alaikum,

Ini adalah menu sambutan Hari Raya Aidil Adha kami(saya dan beberapa sahabat) yang beraya di perantauan...

Oleh kerana tukang masaknya didatangkan khas dari Pantai Timur, maka terimalah...


Resepi Nasi Berlauk dari chef Fariza(tak mengapa kan saya perasan...sebab ini blog saya)

Amaran: Resepi ini untuk orang yang tak pandai masak tapi suka main masak-masak macam saya...sape yang dah pandai jangan baca, ok...hehe..


layan gambar dulu ya kawan-kawan...maaf, gambar kurang jelas sebab guna telefon...

Gulai Ikan...gambar tak sempat di snap...nasib baik tinggal seketul lagi...

sambal limau kasturi...

makan ngan nasi putih je...


ok,

begini ye...


ini adalah masakan untuk 10 orang, tapi tadi kami hanya 7 orang tapi licin juga...


Bahan-bahan(untuk gulai ikan):

  1. 1 kg ikan tongkol(orang kampung saya panggil ikan aya) yang telah direbus dengan asam dan garam(bagi masin lebih sikit)
  2. 4 ulas bawang merah(saiz sederhana)
  3. 5 biji cili kering(belah, buang biji, rendam ngan air suam)
  4. 1 inci lengkuas
  5. 1 inci kunyit
  6. 3/4 biji lada besar 
  7. kacang panjang dan mentimun (bilangan terpulang ikut selera anda)- di celur 2/3 masak
  8. 1/2 kiub bilis
  9. 2 keping asam gelugor
  10. 1 kotak kecil santan(guna santan ori lagi best)
  11. air masak 
  12. garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus ikan dahulu separuh masak, simpan air rebusan ikan. Ketepikan.
  2. Celur kacang panjang dan mentimun. Ketepikan.
  3. Bawang, cili kering, lengkuas dan kunyit di kisar bersama santan dan sedikit air.
  4. Masak bahan kisar tadi dengan api sederhana...masukkan sekali lada besar yang tidak dipotong...kalau guna periuk nasi elektrik biasa macam saya, lagi senang sebab tak perlu kawal api...(^_^)...terus kacau hingga kuah menggelegak...
  5. Masukkan ikan rebus bersama air rebusannya, garam, asam dan kiub bilis, kacau dengan perlahan supaya struktur ikan tidak rosak/hancur hingga kuah menggelegak,
  6. Masukkan kacang panjang dan mentimun yang dicelur tadi dan kacau sekali sekala hingga masak, tutup api.

Cara masak nasi dah tau kan?...Cara buat sambal pun dah tau kan?...semua tu basic je..jadi, .tak payah ditaip di sini ye...(^^,)

Bila dah siap semua, hidangkan.... tambah eksesori ulam-ulaman pun best juga...
jadilah ia Nasi Berlauk orang bujang...


Selamat Mencuba...



p/s: doakan semoga saya sedar diri nak exam... 1 lagi kertas peperiksaan...Sumber dan Prinsip Perundangan Islam...yang jatuh pada tanggal 19 November...



ok...sekian...cukup cik fariza, cukup...udah ye...udah le tu...(peringatan untuk diri)





Ahad, November 14, 2010

Istighfar...


Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Wahai Tuhan daku bermohon
keampunan dan kemaafan
tambahkan padaku ilmu yang berguna
terimalah amalanku
dan perkenankan taubat hambaMu

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)


munsyid: Saff-One

Jumaat, November 12, 2010

Satu Cinta




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


Munsyid: Star Five

Khamis, November 11, 2010

Taubat


Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”   
(Surah az-Zumar 39:53)


“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”  
 (HR Bukhari & Muslim)


“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan.  Aku tidak peduli.  Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.”  
(HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadith ini hasan sahih.)



 “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” 


(Imam Muslim )


Wahai Tuhan, 
daku bermohon keampunan, dan kemaafan, 
tambahkan padaku ilmu yang berguna, 
terimalah amalanku, 
dan perkenankan taubat hambaMU


Ya Alllah, sesungguhnya aku sangat malu padaMu... setiap hariku tidak terlepas dari dosa... walau berkali-kali aku menangis kerana kesal, selepas itu aku terlupa pula Ya Allah...aku ulangi lagi dan lagi...jahatnya aku Ya Allah... jahilnya aku Ya Allah... Sedangkan Engkau sangat baik Ya Allah, Engkau sangat baik.... Engkau sentiasa membahagiakan aku walaupun seringkali aku melanggar perintahMu...


Kadang-kadang aku terlalu mengharap dan selalu meminta supaya Engkau memperkenankan hajatku, namun sering kali aku terlupa untuk menunaikan hakMu...


Ya Allah... Engkaulah Tuhan, aku hanyalah hamba...


Aku takut Ya Allah... kerana hatiku selalu berbolak-balik...


Ya Allah, jangan palingkan aku setelah Kau berikan hidayah...


SesungguhNya aku terlalu mahu menyintaiMu...namun aku selalu kalah dengan tarikan dunia yang menipu...


Ampuni daku Ya Allah...ampuni daku...


Jangan biarkan daku terus terlalai Ya Allah...


Tunjukkan daku jalanMu yang lurus...


Berikanlah daku kekuatan untuk terus istiqamah di jalanMu...




Ameen Ya Allah...Ameen Ya Allah...



Syurga Dunia


"Sesungguhnya dalam dunia ini ada syurga, siapa yang tidak masuk syurga ini nescaya tidak akan masuk syurga akhirat"
(maksud syurga dunia ini ialah cintakan Allah)

Ibn Taymiyyah



Rabu, November 10, 2010

Kisah Rabi'ah dengan pencuri

Dalam sebuah kisah diceritakan: Suatu hari ada seorang pencuri masuk rumah Rabi’atul Al-Adawiyah. Orang itu tidak mendapatkan sesuatu di rumah Rabi’ah, melainkan kendi air sahaja. Dan ketika pencuri itu hendak keluar, Rabi’ah berkata kepadanya: Kalau kau memang orang jahat, jangan keluar dari rumahku dengan tangan kosong! Pencuri itu berkata: Aku tidak mengambil sesuatu pun dari rumahmu. Rabi’ah berkata: Wahai orang miskin nan malang, ambillah air wudhu’ dari kendi itu, lalu masuklah ke dalam bilik dan solatlah dua rakaat, maka kau tidak akan keluar dari rumah ini dengan tangan kosong.


Pencuri itu menurut perintah Rabi’ah, dan ketika pencuri sedang sembahyang, Rabi’ah menadahkan tangannya ke langit dan melantunkan doa kepada Allah. “Wahai Allahku, kini telah datang kepadaku seseorang untuk mengambil daripadaku, dan aku tidak mempunyai sesuatu untuk di ambilnya. Kuhentikan orang itu di depan pintu kemurahanMu. Janganlah Engkau haramkan dia atas rahmat dan anugerahMu.” Tatkala usai menunaikan sembahyang dua rakaat, pencuri itu merasakan nikmatnya beribaah, dia meneruskan solatnya hingga akhir malam.


Ketika waktu terbit fajar tiba, Rabi’ah menghampiri si pencuri, dia mendapati pencuri tersebut sujud dan meratap dalam sujudnya: “Jika Tuhan tidak membisikkanku. Tidakkah engkau malu melakukan maksiat terhadapNya. Meskipun jau mampu menyembunyikan dosa-dosamu di hadapan segenap hambaNya. Dalam keburukan dan kelalaian. Engkau pasti mendatangiNya. Apa kata-katamu kepada Tuhanmu kelak, jikalau Dia mengherdik dan mengusir dirimu?”


Ketika Rabi’ah al-Adawiyah melihat orang itu usai sujud, dia berkata kepada pencuri tersebut: Saudaraku, bagaimana kau lewati malammu pada hari ini? Pencuri itu berkata: Aku lalui malamku dengan baik. Aku telah bersimpuh di hadapanNya dengan segala kerendahan dan kehinaan diriku, serta berdoa kepadaNya: Tuhan, terimalah permintaan maafku. Kuatkanlah kelemahan diriku. Ampunilah dosa-dosaku. Kabulkan permintaan-permintaanku wahai Rabbku.


Si pencuri lantas keluar dari bilik solatnya, dengan wajah berseri-seri. Rabi’ah kemudian menadahkan tangannya ke langit smabil bermunajat: Wahai Allahku, ini adalah saat yang tepat untuk mengetuk kabul pintu rahmatMu. Adapun aku, sejak lama mengenal DiriMu dan bersimpuh di hadapanMu. Tidakkah Engkau telah mengabulkanku? Tiba-tiba ada suara dari langit yang berkata: Wahai Rabi’ah, kerana dan untuk dirimu Kami telah kabulkan. Dan keranamu pula kami dekat dengannya.


Pencuri itu akhirnya menjadi ahli ibadah paling alim pada zamannya. Kehidupannya berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kamaksiatan berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kemaksiatan dan perilaku durjana, berubah menjadi menjadi ahli ibadah yang tekun dan khusyuk dan memuarakan segala harapan kepadaNya, dan melabuhkan cintanya hanya untuk Kekasih Sejati.


Sumber:
Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal cinta meraih Allah, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Wallahu A'lam.

Selasa, November 09, 2010

Pesanan kepada Musa a.s





"Wahai Musa. Tidaklah Aku menciptakan suatu makhluk yang lebih Aku sukai daripada hambaKu yang beriman. Aku mengujinya untuk kebaikannya dan menghilangkan ujian darinya juga untuk kebaikannya. Aku mengetahui apa yang baik bagi hambaKu. Maka bersabarlah atas ujianKu. Bersyukurlah atas rahmatKu, dan redhalah atas qadha' ketentuanKu. Aku menuliskannya dalam golongan orang-orang yang benar disisiKu. Apabila dia bekerja dengan redhaKu dan mentaati perintahKu."


Wallahu A'lam...

Isnin, November 08, 2010

Peperiksaan


pesanan buat diri... bersedialah...

kejarlah dunia untuk bekalan akhiratmu...



عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)