Semalam genab setahun umur anak kedua kami, Faruq...Little
Faruq are getting bigger now...
Terasa macam baru sahaja ummi mengandung, melahirkan
kamu...hampir 12 jam bertarung dalam kesakitan...akhirnya Alhamdulillah dapat
melahirkan kamu dalam keadaan normal. di Rumah Bersalin An-Nur, Kubang Kerian...terima
kasih yang tidak terhingga kepada suami yang sanggup berkorban demi menjaga
auratku...dan bersama denganku, tidak berhenti-henti membisikkan doa dan zikir di
telingaku sambil memangkuku, mengusap-usap kepalaku, memegang erat tanganku
sehingga di saat aku melahirkan zuriatmu yang kedua ini...huhu..sangat
terharu..
Selamat hari lahir sayang... dah boleh berjalan...babai abi
yang nak g kerja..say no no no..gigi ada enam dah...rajin solat bersama ummi
atas sejadah..dah pandai sujud n say Allahu Akbar..nyanyi lagu Ya Hanana..pandai
main tembak-tembak dengan abangnya...pandai merajuk..kenal n sebut STAR..buat
gaya bila nyanyi lagu the wheel of the bus dan banyak lagi...hari-hari rindu
dengar kamu nyanyi lagu Ya Hanana...
Abang Faqih pula makin bijak dalam melayani karenah adik,
dah pandai tidur sendiri, tapi kurang lagi bab-bab makan...Cuma minum susu
Dutch Lady 123 5 scoop + milo 2 scoop..nanti selalu minta..nak susu..nak
susu...risau ummi abi bab makan kamu ni... tapi bab bercakap dengan sesape,
sangat lemah lembut, rendah suara..suka ikut abi g masjid...”abi ija(abi kerja)”...”abi
olat ajid(abi solat masjid)...
Alhamdulillah...keluarga kita hidup sederhana tapi sangat
bahagia...
sayang kamu semua kerana Allah...
Yang ini pula...
Selamat ulangtahun peristiwa...Majlis Pertunangan khairil dan Fariza..1 Muharam..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas tunang ku, yang kini yelah bergelar suami dan ayah kepada anak-anakku..kerana memilih diri yang serba kekurangan ini sebagai isterimu..
Terima kasih juga kerana bersama-sama menjaga hubungan kerana Allah s.w.t..
Mungkin ada yang pelik, kerana disepanjang tempoh pertunangan, kita tidak pernah bertemu melepaskan rindu, tidak pernah bermesej-mesej, tidak pernah keluar bersama, tidak pernah bergayut telefon, tidak pernah bersemuka beramah mesra...tidak pernah bercakap atau berbual..masih ku ingat, setiap kali dirimu datang berkunjung kerumah untuk bertemu kedua orang tuaku, aku akan menyembunyikan diriku didapur, mencuri dengar perbualan diantara mu dengan kedua ibubapaku...sungguh manis saat itu.. sehingga pertama kali dalam hidupku bercakap denganmu, menatap wajahmu, bersentuhan denganmu adalah selepas diijabkabulkan..
Entahla...ajaibkan cinta dan jodoh pertemuan yang telah di atur Allah..menerima lamaranmu selapas istikharah yang dilakukan berkali-kali, walau tanpa melihatmu, mendengar suaramu, mengenalimu...
Suamiku, terima kasih atas segala-galanya..aku mencintaimu kerana Allah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...