Sudah lama saya berniat untuk memuatkan 'suara hati' tulus ini di sini... untuk peringatan buat diri sendiri...
Warkah dari seorang lelaki yang bergelar bakal suami yang kini telah berubah status menjadi suami kepada diri ini...
semoga suara hati ini terus menjadi ingatan dan nasihat buat diri ini di sepanjang pelayaran kita..
diri...dengarkanlah...lagi..dan lagi...sehingga tiada lagi...
bismillah...
semoga suara hati ini terus menjadi ingatan dan nasihat buat diri ini di sepanjang pelayaran kita..
diri...dengarkanlah...lagi..dan lagi...sehingga tiada lagi...
bismillah...
Suara hati untuk bakal isteri...
Wahai ukhti..,
Disaat
ini dirimu belum lagi bergelar isteri kepada seorang suami. Aku tidak
tahu samaada dirimu akan baca suara hati ini sebelum menjadi isteriku..,
tetapi aku yakin selepas nikah, dirimu juga akan fahami ilmu yang
disampaikan di bawah ini. Percayalah, tidak semua ilmu itu boleh
difahami dengan cara mempelajari tetapi perlu dialami. Walaupun kita
sama-sama tidak pernah mengalami.., tetapi alangkah baiknya jika kita
sama-sama bersedia untuk menyelami!
Wahai ukhti..,
Syukur
kepada Allah kerana sepanjang tempoh kenalan kita.., Allah masih
pelihara hubungan ini dari perkara yang batil sebelum nikah.
Berborak-borak, sms, bergayut, berdating dan apatah lagi untuk bawa
dirimu ke sana ke mari adalah jauh sekali terjadi. Sebenarnya perbuatan
begitu hanyalah timbul daripada kehendak nafsu syahwat semata-mata! Pun
begitu sebagai memenuhi tuntutan syariat, aku diperlihatkan wajah
manismu sambil disaksikan oleh kedua ibubapamu. Masihku ingat sampai
sekarang.., aku kenal dirimu melalui ibumu.., ibu dan ayahmu yang
menjadi perantaraan sebagai “orang tengah” kita berdua. Sungguh, apa
yang telah dilakukan ini, hanyalah semata-mata untuk mencari redha
Allah. Apabila hubungan ini Allah redha.., kita akan bercinta hingga ke
syurga!
Wahai ukhti..,
Musim
bertunang semakin tamat, kerana tidak lama lagi kita akan diikat.
Diikat dengan ikatan yang sah yakni nikah. Ikatan itu akan membuatkan
kita diberi tanggungjawab untuk menunaikan hak
setiap pasangan. Allah perintahkan pembelaan diriku hanya untuk dirimu
dan Allah perintahkan ketaatan dirimu hanya untuk diriku. Memang kita
akan terasa tanggungjawab ini semakin berat disebabkan hak semakin
kuat.., tetapi yakinlah, menunaikan hak pasangan menjadi mudah.., sekiranya hubungan kita dengan Allah semakin bertambah!
Wahai ukhti..,
Sudikah
jika aku mengingatkan bahawa Allah akan menguji dengan orang yang
paling kita sayangi. Jadi, pesan aku.., janganlah terlalu menyayangi
diriku dan jangan pula terlalu membenci diriku. Yang manis jangan
ditelan, yang pahit jangan cepat dibuang. Jangan terlalu cepat
membenci.., jangan keterlaluan dalam memuji. Pilihlah dan ambillah jalan
yang sederhana kerana ia selalu menyelamatkan.
Wahai ukhti..,
Pesan
nabi ..,”bercakap benar walaupun pahit”.., ingat dan amalkanlah
kata-kata ini. Dalam hubungan suami isteri, seringkali terjadi situasi
dimana isteri atau suami menyimpan di dalam hati sesuatu perkara yang
“busuk”. Terasa sayang untuk diluahkan tetapi apabila disimpan akan
menjadi “racun” dalam diri. Kadang-kadang mata hatiku menjadi kabur
untuk melihat kesalahan sendiri. Aku risau jika hanya dengan satu
kesalahanku, segala kebaikan yang dibuat akan dilupakanmu. Justeru, aku
merayu.., bercakaplah yang benar dengan cara berbisik di telingaku.
Suara lembut dan manja diciptakan Allah buat dirimu amat berguna disaat
diriku melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebelum terlambat, tegurlah
diriku dengan “bisikan” yang mengancam.., janganlah pula menegur diriku
dengan “jeritan” yang modalnya sudah lama dipendam!
Wahai ukhti..,
Selagi
kita bernama manusia, selagi itulah kita ada kelemahan dan kekurangan.
Jadi, bersedialah untuk menerima segala kekurangan yang ada pada diriku
ini. Dan aku juga sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan dirimu
sejak dari mula niatku nak menikahi dirimu. Aku
bukanlah berprasangka tapi lebih elok jika kita sama-sama bersedia. Ya,
bersedia untuk menghadapi yang terburuk walaupun kita sentiasa
mengharapkan yang terbaik!
Wahai ukhti..,
Melalui
pemerhatian, aku mendapati banyak perkahwinan terlerai kerana sifat
takabur disemai. Jadi langkah pertama, kita sama-sama berdoa dan
berusaha untuk semaikan sifat mahmudah dan leraikan sifat mazmumah dalam
hati. Aku akan sentiasa mengganggap bahawa dirimu lebih baik daripada
diriku.., dan dirimu anggaplah diriku lebih baik daripada dirimu.
Nescaya.., kita akan mensyukuri dengan apa yang ada dan tidak
mengada-ngada!
Wahai ukhti..,
Apabila
dirimu melihat kebaikan yang ada pada diriku.., ketahuilah itu
hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan dan
kelemahan diriku, yakinlah.., itulah cara Allah menguji dirimu. Sedarlah
hidup ini terlalu banyak ujian dan merupakan jalan yang wajib dilalui
oleh orang yang beriman. Jika ada masalah di pertengahan jalan,
teruskanlah sahaja perjalanan. Ikutilah jalan yang paling benar..,
walaupun terpaksa melalui jalan yang paling sukar! Ingat pesan diriku,
apa jua masalah.., temankan hati kita dengan sabar.., ukirkan senyuman
yang lebar..., akal ligat mencari jalan keluar! Sungguh.., pertolongan
Allah bersama-sama orang yang sabar!
Wahai ukhti..,
Terlalu
banyak pesanan yang ingin aku beritahu, tetapi cukuplah disini dahulu.
Sebab aku tidak meminta yang lebih daripadamu, kerana tanggungjawab aku
adalah untuk menunaikan hak dirimu. Soal hak aku ditunaikan atau tidak,
terpulanglah pada dirimu. Tapi aku yakin, janji Allah tidak boleh
diragu.., jika aku tunaikan hak orang lain, pasti Allah tunaikan hak
aku. Dengan kata lain, jika aku banyak memberi.., nescaya aku banyak
menerima. Dan aku lebih banyak menerima sekiranya memberi dengan tidak
mengharap menerima kembali!
Wahai ukhti..,
Semua
luahan di atas bukanlah untuk dirimu sahaja tetapi ia juga untuk
diriku. Tanganku yang menaip ini lebih dekat dengan hatiku. Segala
nasihat mudah-mudahan sentiasa melekat di jiwaku. Walaupun kita
mempunyai jiwa yang berbeza.., tetapi selepas kahwin kita mesti berusaha
untuk satukan rasa. Rasa untuk memperbanyakan “dating” dengan Allah.
Apabila kita “jaga” hubungan dengan Allah, pasti Allah “jaga” hubungan
sesama kita. Akhirnya(buat masa ni).., terima kasih tidak terhingga
kerana kesudianmu untuk menjadi teman hidupku dan untuk menerimaku
sebagai perwiramu!
Syukran ya ukhti...
p/s;
terima kasih...terima kasih...terima kasih...
semoga sayang menjadi isteri yang baik untuk abang...
p/s;
terima kasih...terima kasih...terima kasih...
semoga sayang menjadi isteri yang baik untuk abang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...