Jumaat, Disember 31, 2010

Penutup 2010


Tahun 1431 hijrah, telah pun berlalu... kini 2010 pula tiba di penghujungnya...


Terima kasih Allah... memberi ruang kepada diri untuk mengembara di bumiMu hingga ke saat ini... memberikan hadiah... hikmah di sebalik segala musibah yang diberi... Terima kasih Allah... nikmatMu tidak dapat ku hitung, terlalu banyaknya... tinggal diri sahaja yang ada kalanya lupa diri... lupa bahawa diri adalah hambaMu... hambaMu yang lemah dan hina... 

Terima kasih ummi abah mak che mamatok, terima kasih ma abah mak, dan ahli keluarga yang lain yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat diri ini...
Terima kasih buat adik-beradikku... kak ah, dila, abe, tihah dan adik yang sentiasa bersama di saat susah dan senang... sentiasa membuatku tertawa... menghiburkan...

Tak lupa... Terima kasih kepada En. Baik... yang sayang pada keluarga saya... dan bagi baaanyak 'hadiah' dan selalu ingatkan...
“bercakap benar walaupun pahit”

En. Baik juga cakap,

 "Kesusahan hidup membuatkan hati kita akan bertambah hidup"


Terima kasih kepada semua... yang sudi bersama dan membimbing diri di saat diri memerlukan bimbingan dan sokongan... Terima Kasih kepada yang sudi menangis dan ketawa bersama...
Terima kasih kepada yang sudi baca, komen dan ikut BUZ... Alhamdulillah... ada 81 sahabat berdaftar di BUZ sebagai follower...

Terima kasih... terima kasih dan terima kasih...
Saya sayang pada anda semua...

Juga saya memohon maaf seandainya telah membuat kesalahan, menyakitkan atau apa-apa yang membuatkan anda tidak selesa sama ada sengaja ataupun tidak... minta maaf...
nanti kita kawan lagi ye...



Nasihatilah daku... Sampaikanlah teguran buatku...


 Akhir kalam...

Terimalah...sebuah kisah ringkas sebagai entry penutup BUZ  bagi tahun 2010... 

 *****
Suatu hari,
Tamat sahaja kelas qira’ati, Akmal, Syahmi, Syikin, dan sahabat-sahabat mereka yang lain bergegas keluar daripada kelas untuk pulang. Tiba-tiba kecoh kat luar kelas. Saya keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.

Akmal   :Busuk punya olang…#$%&^*!@^%&(merah muka… marah-marah…membebel dalam bahasa yang saya tak faham sambil melihat basikalnya terbaring, rantai basikal terkeluar daripada tempat asalnya)
Saya       :Akmal…apa yang kamu merepek ni? Kenapa?

Akmal muncungkan mulut, jari telunjuknya menghala ke arah basikalnya.

Syikin    :Ustazah, budak Thailand tu yang buat. Depa main tadi.


Akmal masih membebel dalam bahasa yang saya tak fahami. Apa yang berlaku adalah, dua pelajar lelaki Thailand yang dibawah jagaan saya masa tu main basikal Akmal semasa saya tengah mengajar dalam kelas Qira’ati. Bila rantai basikal tercabut, mereka sama cabut lari…sembunyi dalam bilik.

Saya       :Oh begitu…Akmal jangan cakap kasar, tak baik…ini senang je…

Saya terus duduk, cuba untuk masukkan semula rantai basikal yang tercabut tadi. Jari saya menjadi hitam, terkena minyak pelincir rantai basikal Akmal. Pusing-pusing pengayuh basikal menggunakan tangan…siap. Rantai basikal sudah berada di posisi asalnya. Akmal dan anak murid saya yang lain ternganga melihat saya.

Akmal   :Macam-mana ustazah tau? Habis kotor tangan ustazah.
Saya       :Ustazah ada basikal juga masa ustazah kecik-kecik dulu. Akmal, tangan kotor boleh dibersihkan semula guna air dan sabun. Dosa tu ibarat kotoran ni, kotoran mesti dihapuskan…kalau kotor ditangan, boleh bersihkan gunakan sabun pada tangan…kalau dosa(kotoran di hati), boleh dibersihkan dengan istighfar. Kamu tahu kan cakap kasar tu berdosa. Ha…tadi kamu cakap kasar kan? Istighfar cepat…Astaghfirullahal ‘Azim(Akmal dan beberapa sahabatnya ikut beristighfar bersama saya)…


Akmal tersengih…sambil mengangkat basikalnya. Sementara dua budak nakal tadi(Haris dan Alfan) menunggu nasib mereka di tempat persembunyian mereka, dalam bilik.
 *****


“Katakanlah~Wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.”
Surah al-Kahfi, ayat 103-104


Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak di angkat(tidak diterima) dan daripada doa yang tidak di dengar(tidak dimakbulkan).

Wallahua'lam






2 ulasan:

  1. nampak gaya blog ni...follower smakin bertambah dengan cepat
    .....

    jeles-jeles... :)

    p/s: sungguh menarik kisah...

    BalasPadam
  2. to tanpa nama

    satu follower,
    satu ketukan pada diri,
    supaya lebih berhati-hati...

    makin bertambah follower,
    makin bertambah ketukan pada diri...
    muhasabah sendiri,
    terlalu banyak yang perlu diperbaiki...

    BalasPadam

Jejak anda...