"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Khamis, Februari 11, 2010
YDP Kena Saman
PULAU PINANG, USM, 10 Februari 2010, Rabu. Satu sekatan trafik telah dijalankan dekat sini semalam. Tanpa diduga oleh mana-mana pihak, seorang YDP telah ditahan selepas menunaikan solat fardhu isya’ berjemaah di masjid usm. YPD yang dimaksudkan adalah Yang Di Pertua Kelab Pembimbing Rakan Sebaya USM.
”Saya kecewa, tidak sangka...saya dan Rajawali tak berniat buat apa-apa pun, kami hanya melalui jalan ini...dah biasa lalu...tak tahu tak boleh lalu..huhu...sabar Rajawali ek...lagi pun aku yang kena bayar saman...” sambil mengusap Rajawali. Walaubagaimanapun, kami gagal mendapatkan komen dari Rajawali yang hanya tertunduk dan terdiam...enggan mengulas lanjut...mungkin turut terkedu.
gambar di atas: Rajawali kecewa..kesian kat tuan dia..huhu
Menurut YDP yang enggan dikenali nama sebenarnya, dia sememangnya tidak tahu bahawa laluan berkenaan adalah laluan sehala.
”Encik tu minta lesen, saya bagi lesen, nak tengok road tax...bagi tengok road tax...tapi tiba-tiba buat-buat muka dan tanya saya tahu tak buat salah apa tadi? Saya menjawab...ada buat salah ke? Tak tahu...saya buat salah apa? Dia kata saya lalu laluan bertentangan dengan jalan sehala..dan terus arahkan saya ke tempat tulis saman....huhuu...kena saman...first time maaa.....ummi...abah...tolong...chek kena saman...”.
”Adik ikut laluan sehala....dah tiga tahun kat USM tak tahu lagi ke?” tanya pak guard, marah.
(lagu Ungu...Andaiku tahu..ku tahu...terngiang)
RM 50 bakal dikeluarkan oleh YDP untuk dibayar ke Jabatan Bendahari USM. YDP akur dengan kesalahannya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan lalulintas lagi....
Moral of the story(eh, berita):
• Sape-sape pun boleh kena saman kalau buat salah….kat dunia…kalau buat salah dalam keadaan tak tahu benda tu salah…kena saman, tapi kalau dengan Allah, satu kesilapan yang dilakukan dalam keadaan tak tahu dan tak sengaja mendapat ampun dan dikira sebagai kesalahan….kalau dah tahu buat lagi….baru kira dosa…bestnya Islam…Bestnya jadi hamba Allah
• Perhatian…jangan naik motor guna jejantas dari dalam kampus usm ke RST…itu laluan sehala…nanti kena saman macam YDP tadi…
• Pak Guard a.k.a Jabatan Keselamatan USM cekap dan tuntas dalam wat kerja...tak simpati pada orang yang buat salah...salah tetap salah..saman tetap saman...bagus...
• Semua orang akan buat salah…sama ada sengaja atau tidak
• Lagi sape nak tambah...nak p kuliah dah...
terima kasih...sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam...
BalasPadamish2 rajawali, anda harus bersuara, berani kerana benar, buat ydp, harap sabar, inilah dugaan...
Allah SWT bersama dengan orang yang benar...:)