"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" Al-Ankabut (29:69)
Isnin, Februari 08, 2010
Senyumlah…dunia akan tersenyum padamu…(^_^)
Sebelum tu...tahukah kita apa beza senyum dan sengih? Ada orang kata senyum tak nampak gigi...sengih nampak gigi...tapi sengih tu bukan tergolong dalam senyum?
Senyum itu lukisan hati...tak semestinya lihat orang senyum, kita akan sejuk hati...sebab senyum ada banyak jenis...ada senyum sindir, senyum tawar, senyum marah, senyum bahagia dan sebagainya...(”,)
Benar...kadang-kadang sukar untuk mengukir senyuman pada wajah ini....terutamanya taktala hebat di uji oleh Allah SWT...namun ada juga kerana ego dalam diri ini tak mampu di tumpaskan oleh keimanan dalam diri...bisikan syaitan lebih ditaati dari bisikan suara hati dari dasar hati dan jiwa yang sentiasa merindukan redhaNya....
Entah mengapa bagi kita sesetangah manusia sahaja yang layak mendapat senyuman dari kita...biasanya kita lebih peka dan memilih sahabat atau orang yang dikenali sahaja untuk diberikan senyuman....sukarnya nak senyum...kadang-kadang kerana kecewa....kecewa kerana dia yang diberi senyum tidak membalas senyuman...kecewa kerana bukan sahaja tidak membalas senyuman....buat tak tahu pula....aduh...terguris juga...macam-macam terlintas dalam hati...(sombongnya! alah...senyumlah balik! Susah sangat ke nak senyum balik? Baik aku tak yah senyum kalau macam ni! Ingat dia tu baik sangat ke? Suka hati engkaulah! Lain kali jangan harap aku nak tengok muka kau!)...istighfar kalau ada yang terfikir macam ni....tak de? Alhamdulillah..syukur...hati masih bersih(^_^)
Kalau susah nak senyum...cuba tanya sama hati...senyum untuk apa? Kalau senyum ikhlas kerana Allah...sudah tentunya kita tidak mengharapkan balasan daripada pihak yang kita beri senyuman...hati yang bersih akan sentiasa bersangka-baik....bila senyuman tidak dibalas...kita bersangka baik kepada Allah...mungkin insan yang diberi senyuman itu sedang dilanda masalah...atau tengah berfikir atau tak perasan yang kita senyum kat dia....
Tips untuk mudah senyum....antaranya kita hendaklah sentiasa merasa rendah diri....dan lemah lembut....dan sabar...
Firman Allah SWT:
”Dan tundukkanlah sayapmu – yakni bersikap merendahkan dirilah – terhadap kaum mu’minin,” (al-Hijr: 88)
dan,
” ...dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..”
(ali-Imran: 159)
Lagi...kita ni kadang-kadang teringin dak menderma dan bersedekah...tapi nak bagi sedekah...kita masih benyak hutang dengan ptptn..siap ada bunga lagi...camne nak sedekah?...tak de harta...hmmm....tak de harta bukan bermakna tak boleh bersedekah...Dari ’Adiy bin Hatim r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
” Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan sepotong kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik”
(muttafaq ’alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda:
”Dan mengucapkan perkataan yang baik itu adalah merupakan sedekah.”
(muttafaq ’alaih)
Senangkan nak bersedekah....huhu...(^_^)...mudahnya Islam...
Dari Abu Zar r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda kepada saya:
” Janganlah engkau menghinakan sesuatupun dari amal kebaikan – yakni sekalipun tampaknya kecil, janganlah tidak dilakukan, meskipun andaikata engkau bertemu saudarau dengan menunjukkan wajah yang manis,” – atau berseri-seri tanda bersuka cita ketika bertemu itu.
(Riwayat Muslim)
Oleh itu kawan-kawan....mulakanlah harimu dengan senyuman...mulakan persahabatan dengan senyuman...jom kita nyanyi lagu senyum:
Senyum seindah suria...yang membawa cahaya..
Senyumlah dari hati...duniamu berseri...
Senyum umpama titian dalam kehidupan...
Kau tersenyum..ku tersenyum...kemesraan menguntum...
Senyum...kepada semua...senyum...membahagiakan...
Senyum...seperti Rasulullah...dengan senyuman...
Terjalinlah...ikatan....
Hehe...lagu Raihan pula...
Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman (2x)
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah (4x)
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah (4x)
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalahguna
Senyumlah (4x)
Lagi satu...orang yang sentiasa senyum...dia awet muda...tak caya...tengok akak...hehe(perasan)....Senyumlah walaupun mereka tidak nampak senyuman kita....sebab kita yang sentiasa tersenyum tahu...kita bahagia...(tapi janganlah duk jalan sorang-sorang pun tersenyum...duk baca buku pun tersenyum...jap g orang salah faham pula..pandai-pandailah na)...
Catatan:
Kita tukar...jangan say cheese...tapi say sinn(س)! Sebab cara betul sebut sin adalah mulut mesti dalam keadaan tersenyum..tak caya? Cuba baca yaasiin....atau bismillahirrahmanirrahim...mesti jadi tersenyum kan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jejak anda...