Rabu, November 10, 2010

Kisah Rabi'ah dengan pencuri

Dalam sebuah kisah diceritakan: Suatu hari ada seorang pencuri masuk rumah Rabi’atul Al-Adawiyah. Orang itu tidak mendapatkan sesuatu di rumah Rabi’ah, melainkan kendi air sahaja. Dan ketika pencuri itu hendak keluar, Rabi’ah berkata kepadanya: Kalau kau memang orang jahat, jangan keluar dari rumahku dengan tangan kosong! Pencuri itu berkata: Aku tidak mengambil sesuatu pun dari rumahmu. Rabi’ah berkata: Wahai orang miskin nan malang, ambillah air wudhu’ dari kendi itu, lalu masuklah ke dalam bilik dan solatlah dua rakaat, maka kau tidak akan keluar dari rumah ini dengan tangan kosong.


Pencuri itu menurut perintah Rabi’ah, dan ketika pencuri sedang sembahyang, Rabi’ah menadahkan tangannya ke langit dan melantunkan doa kepada Allah. “Wahai Allahku, kini telah datang kepadaku seseorang untuk mengambil daripadaku, dan aku tidak mempunyai sesuatu untuk di ambilnya. Kuhentikan orang itu di depan pintu kemurahanMu. Janganlah Engkau haramkan dia atas rahmat dan anugerahMu.” Tatkala usai menunaikan sembahyang dua rakaat, pencuri itu merasakan nikmatnya beribaah, dia meneruskan solatnya hingga akhir malam.


Ketika waktu terbit fajar tiba, Rabi’ah menghampiri si pencuri, dia mendapati pencuri tersebut sujud dan meratap dalam sujudnya: “Jika Tuhan tidak membisikkanku. Tidakkah engkau malu melakukan maksiat terhadapNya. Meskipun jau mampu menyembunyikan dosa-dosamu di hadapan segenap hambaNya. Dalam keburukan dan kelalaian. Engkau pasti mendatangiNya. Apa kata-katamu kepada Tuhanmu kelak, jikalau Dia mengherdik dan mengusir dirimu?”


Ketika Rabi’ah al-Adawiyah melihat orang itu usai sujud, dia berkata kepada pencuri tersebut: Saudaraku, bagaimana kau lewati malammu pada hari ini? Pencuri itu berkata: Aku lalui malamku dengan baik. Aku telah bersimpuh di hadapanNya dengan segala kerendahan dan kehinaan diriku, serta berdoa kepadaNya: Tuhan, terimalah permintaan maafku. Kuatkanlah kelemahan diriku. Ampunilah dosa-dosaku. Kabulkan permintaan-permintaanku wahai Rabbku.


Si pencuri lantas keluar dari bilik solatnya, dengan wajah berseri-seri. Rabi’ah kemudian menadahkan tangannya ke langit smabil bermunajat: Wahai Allahku, ini adalah saat yang tepat untuk mengetuk kabul pintu rahmatMu. Adapun aku, sejak lama mengenal DiriMu dan bersimpuh di hadapanMu. Tidakkah Engkau telah mengabulkanku? Tiba-tiba ada suara dari langit yang berkata: Wahai Rabi’ah, kerana dan untuk dirimu Kami telah kabulkan. Dan keranamu pula kami dekat dengannya.


Pencuri itu akhirnya menjadi ahli ibadah paling alim pada zamannya. Kehidupannya berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kamaksiatan berubah sangat pantas. Hidupnya yang selama itu dipenuhi kemaksiatan dan perilaku durjana, berubah menjadi menjadi ahli ibadah yang tekun dan khusyuk dan memuarakan segala harapan kepadaNya, dan melabuhkan cintanya hanya untuk Kekasih Sejati.


Sumber:
Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal cinta meraih Allah, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Wallahu A'lam.

Selasa, November 09, 2010

Pesanan kepada Musa a.s





"Wahai Musa. Tidaklah Aku menciptakan suatu makhluk yang lebih Aku sukai daripada hambaKu yang beriman. Aku mengujinya untuk kebaikannya dan menghilangkan ujian darinya juga untuk kebaikannya. Aku mengetahui apa yang baik bagi hambaKu. Maka bersabarlah atas ujianKu. Bersyukurlah atas rahmatKu, dan redhalah atas qadha' ketentuanKu. Aku menuliskannya dalam golongan orang-orang yang benar disisiKu. Apabila dia bekerja dengan redhaKu dan mentaati perintahKu."


Wallahu A'lam...

Isnin, November 08, 2010

Peperiksaan


pesanan buat diri... bersedialah...

kejarlah dunia untuk bekalan akhiratmu...



عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)

Dalam Sujud Cintaku


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah
Dan Kau janjikanku dengan ayat-ayatMu 
Di sana menanti,
 di syurga Kau penuhi dengan cinta dan kasihMu
 Ya Rabbi...


Munsyid: Deevotees

Ahad, November 07, 2010

Jalan Masih Panjang

Jalan masih panjang
Terbentang di hadapan
Tak hanya sekadar duka

Lihatlah kedepan
yang lalu biar berlalu
Jadikan pemicu kalbu

Jalan hidup takkan pernah lurus
Pasti ada salah lewati segalanya
Tapi tuhan tak pernah berhenti
Membuka jendela , maaf untuk kita


Jalan masih panjang
Usah berputus asa selagi nyawa tersimpan...



Munsyid: Edcoustic



Walau hanya kerana mata...



Bismillahirrahmanirrahim...




Sebuah kisah untuk direnungkan

Diceritakan : Dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As SamarQand.

"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.

Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya. Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata :

"Apakah engkau tidak malu ? "

"Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri

"Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui,mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu.

Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini.

Bertanya wanita itu lagi :

"Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku"

Kata Hasan al-Basri itu :

"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"

Jawab wanita itu :

"Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan"

Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut,maka diapun kembali.Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan saputangannya.Hasan al-Basri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.

Kata pelayan itu :

"Sesungguhnya berkata saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"

Gementarlah hati Hasan al-Basri,berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,

"Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "

Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu,berterus-terusan menangis semalaman.Pagi-pagi harinya,dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.

Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi.

"Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "

Kata wanita itu ;

"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"

Kata Hasan al-Basri lagi ;

"Berilah aku nasihatmu"

Kata Wanita tersebut;

"Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya."

Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.


******


Walau hanya kerana sepasang mata

Lihatlah sahabatku, walau hanya kerana sepasang mata yang menjadi fitnah, wanita itu sanggup mencungkilnya(mengorbankannya)... hanya kerana dia tidak rela menjadi fitnah.

Lihatlah kita pada hari ini, tanpa segan silu membenarkan tubuh ditatap oleh sesiapa sahaja. Lihatlah... kita makin dikaburi dengan teknologi, dikaburi dengan arus globalisasi yang tiada hujungnya. Busana muslimah menjadi busana fitnah. Mudah sahaja, tanpa berfikir panjang berkongsi gambar diruangan maya. Kalau tidak memuat naik gambar sendiri, memuat naik gambar rakan. Nah, apabila sahaja satu butang diklik, seluruh dunia boleh mangakses. Seluruh dunia boleh menatap wajah kita... siang mahupun malam. Boleh baca pandangan sahabat, Padah upload gambar


Lihatlah ketakutan yang ada pada wanita itu... walau hanya kerana sepasang mata...



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ.
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi
 kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.
(Muttafaq ‘alaihi)


Simpanlah yang indah itu pada yang hak

Sahabatku... sesungguhnya sesuatu yang berharga itu disimpan elok ditempat yang bertutup dan selamat. Biarlah yang memiliki sahaja yang menikmatinya. Muslimahku... kita bukanlah tontonan... jangan kita rela jika diri dipertonton, hatta  di sudut mana sekalipun...

Kerana dirimu begitu berharga... terimalah... dari seseorang...

Aku muslimah,
aku amat tahu setiap wanita ada kecantikannya,
pada manis senyumnya,
pada harum rambutnya,
atau mungkin pada lembut tutur katanya,
namun aku lebih memilih untuk selindung segalanya,
jauh dari fitnah dunia.

Akulah muslimah,
mereka memandang aku penuh kepayahan,
namun aku memandang diriku dalam bahagia,
tiap langkah ku atur penuh hemah,
mataku terpagar pada tanah,
gelak tawaku pada sunnah.

Akulah muslimah,
puasku balut dengan jubah,
jilbab labuh menutup kiasan kurniaan Allah,
pun begitu hadirku masih diperkata,
sesekali tidakkan pernah menyerah kalah,
pada perjuangan sebenar seorang muslimah,
mewakili seribu ummah.




Sahabatku, ambillah ibrah daripada kisah itu. Jagalah dirimu, sesungguhnya sememangnya Allah menciptakan keindahan pada tiap-tiap wanita, maka hargailah keindahan itu... Percayalah, ia bukanlah diskriminasi, tetapi ia adalah suatu penghargaan.... Sesungguhnya Allah amat menyayangimu...


Wallahu A'lam.










p/s: peringatan ini kutujukan khas untuk diriku dahulu... Ya Allah, sesungguhnya kami tidak rela menjadi fitnah...

Jumaat, November 05, 2010

Resepi: Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


Belek-belek resepi kat internet, terjumpa resepi kek coklat tanpa telur... sedikit rasa keanehan...  lalu tangan menggatal tak boleh duduk diam... selepas 3 hari, berasaplah juga akhirnya periuk ku dengan kek coklat kukus  tanpa telur... tapi resepi diubahsuai mengikut bahan yang ada dan mengikut selera saya... lalu terimalah... kek coklat kukus tanpa telur...(resepi asal memerlukan kek untuk di bakar di dalam ketuhar)



ini versi yang saya punya...



Bahan-bahan:
  1. 1 cawan gandum
  2. 1/3 cawan gula
  3. 2/3 cawan milo campur serbuk koko(memandangkan serbuk koko saya dah nak habis)
  4. 1 kotak kecil susu perisa coklat(nak guna susu segar pun boleh)
  5. 1/3 cawan minyak masak
  6. 1 cmt soda bicarbonate
  7. 1 cmt baking powder


Kaedah:
  1. Mulakan dengan bismillah
  2. Gandum + serbuk koko & milo + soda bicarbonate + baking powder diayak. Pastu + gula dan gaulkan sekata.
  3. Tambahkan susu dan gaulkan rata. Akhir sekali tambah minyak... gaul hingga minyak larut bersama adunan.
  4. Panaskan dapur... masukkan adunan didalam acuan yang telah di alaskan dengan aluminium foil... kukus dalam 20 minit, cucuk dengan cake tester atau lidi... apabila tiada adunan yang melekat, angkat kek... sejukkan... potong... dan hidangkan...
  5. Kalau rajin untuk buat topping, lagi bagus... tapi saya tak de bahan... tak de masa nak keluar(perasan sibuk study nak exam)...





Rasanya boleh tahan... sangat lembap... sangat sesuai kepada penggemar kek coklat yang kena berpantang makan telur...


Perhatian kepada sesiapa yang ingin menyalin resepi di atas, diharapkan agar meninggalkan jejak atau komentar di ruangan komentar blog ini... sekian... selamat mencuba...

Klik sini kalau nak buat kek coklat lembap kukus biasa...


p/s: nak exam pun sempat lagi buat kerja macam ni... hu... fariza2(mengeluh pada diri)... apapun... I love Allah...






Selingan... ini gambar kucing ummi... Taj...




 Taj baru selesai masukkan virus baru dalam laptop abe...

sesi soal jawab ngan abe... Taj mengaku tak bersalah... huhu...



p/s: dear Taj... nantikan kepulanganku untuk mengenyek mu... hehe... jange marah Ja ya ummi....

Rabu, November 03, 2010

Bersedialah untuk Zulhijjah itu....


Daripada Ibn ‘Abbas r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih dicintai ALLAH daripada hari- hari(ayyam) ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan ALLAH kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”  

Hadis riwayat Imam al-Bukhari


"Daripada kesempurnaan islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya"
(Hadith al-Tarmizi, Hasan)





Salam Aidiladha... 








note: baca sini tentang Keutamaan Bulan Zulhijjah






p/s: muhasabah diri... berakhirnya Zulhijjah, maka berakhirlah 1431 hijrah... muhasabah amal(banyak mana sudah dosa yang terhimpun) sepanjang tahun ini... dan bersediakah untuk menyambut kehadiran 1432 hijrah..


p/s/s: kematian... yang nampak jauh itu sebenarnya semakin dekat... Ya Allah... cepatnya berlalu masa... bagaimanakah pendampingku nanti... kemanakah lorongku selepas ini...