Sabtu, Disember 13, 2014

Selasa, November 25, 2014

Colours..



ini faqih belajar colours... 

Selasa, Oktober 28, 2014

Lukis-lukis lagi...

teletubbies yang tak berapa macam teletubbies kan...




 pak cik tu menakutkan sikit..huhu..



ini gambar kita...abi, ummi, faqih n faruq...

Isnin, Oktober 27, 2014

Selamat Hari Lahir Muhammad Faruq dan Selamat Ulangtahun peristiwa..



Semalam genab setahun umur anak kedua kami, Faruq...Little Faruq are getting bigger now...

Terasa macam baru sahaja ummi mengandung, melahirkan kamu...hampir 12 jam bertarung dalam kesakitan...akhirnya Alhamdulillah dapat melahirkan kamu dalam keadaan normal. di Rumah Bersalin An-Nur, Kubang Kerian...terima kasih yang tidak terhingga kepada suami yang sanggup berkorban demi menjaga auratku...dan bersama denganku, tidak berhenti-henti membisikkan doa dan zikir di telingaku sambil memangkuku, mengusap-usap kepalaku, memegang erat tanganku sehingga di saat aku melahirkan zuriatmu yang kedua ini...huhu..sangat terharu..

Selamat hari lahir sayang... dah boleh berjalan...babai abi yang nak g kerja..say no no no..gigi ada enam dah...rajin solat bersama ummi atas sejadah..dah pandai sujud n say Allahu Akbar..nyanyi lagu Ya Hanana..pandai main tembak-tembak dengan abangnya...pandai merajuk..kenal n sebut STAR..buat gaya bila nyanyi lagu the wheel of the bus dan banyak lagi...hari-hari rindu dengar kamu nyanyi lagu Ya Hanana...

Abang Faqih pula makin bijak dalam melayani karenah adik, dah pandai tidur sendiri, tapi kurang lagi bab-bab makan...Cuma minum susu Dutch Lady 123 5 scoop + milo 2 scoop..nanti selalu minta..nak susu..nak susu...risau ummi abi bab makan kamu ni... tapi bab bercakap dengan sesape, sangat lemah lembut, rendah suara..suka ikut abi g masjid...”abi ija(abi kerja)”...”abi olat ajid(abi solat masjid)...

Alhamdulillah...keluarga kita hidup sederhana tapi sangat bahagia...


sayang kamu semua kerana Allah...




Yang ini pula...


Selamat ulangtahun peristiwa...Majlis Pertunangan khairil dan Fariza..1 Muharam..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas tunang ku, yang kini yelah bergelar suami dan ayah kepada anak-anakku..kerana memilih diri yang serba kekurangan ini sebagai isterimu..

Terima kasih juga kerana bersama-sama menjaga hubungan kerana Allah s.w.t..

Mungkin ada yang pelik, kerana disepanjang tempoh pertunangan, kita tidak pernah bertemu melepaskan rindu, tidak pernah bermesej-mesej, tidak pernah keluar bersama, tidak pernah bergayut telefon, tidak pernah bersemuka beramah mesra...tidak pernah bercakap atau berbual..masih ku ingat, setiap kali dirimu datang berkunjung kerumah untuk bertemu kedua orang tuaku, aku akan menyembunyikan diriku didapur, mencuri dengar perbualan diantara mu dengan kedua ibubapaku...sungguh manis saat itu.. sehingga pertama kali dalam hidupku bercakap denganmu, menatap wajahmu, bersentuhan denganmu adalah selepas diijabkabulkan..

Entahla...ajaibkan cinta dan jodoh pertemuan yang telah di atur Allah..menerima lamaranmu selapas istikharah yang dilakukan berkali-kali, walau tanpa melihatmu, mendengar suaramu, mengenalimu...



Suamiku, terima kasih atas segala-galanya..aku mencintaimu kerana Allah...

Selasa, Ogos 19, 2014

Suara hati dari bakal suami...


Sudah lama saya berniat untuk memuatkan 'suara hati' tulus ini di sini... untuk peringatan buat diri sendiri...

Warkah dari seorang lelaki yang bergelar bakal suami yang kini telah berubah status menjadi suami kepada diri ini...

semoga suara hati ini terus menjadi ingatan dan nasihat buat diri ini di sepanjang pelayaran kita..

diri...dengarkanlah...lagi..dan lagi...sehingga tiada lagi...


bismillah...




Suara hati untuk bakal isteri...



Wahai ukhti..,

Disaat ini dirimu belum lagi bergelar isteri kepada seorang suami. Aku tidak tahu samaada dirimu akan baca suara hati ini sebelum menjadi isteriku.., tetapi aku yakin selepas nikah, dirimu juga akan fahami ilmu yang disampaikan di bawah ini. Percayalah, tidak semua ilmu itu boleh difahami dengan cara mempelajari tetapi perlu dialami. Walaupun kita sama-sama tidak pernah mengalami.., tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama bersedia untuk menyelami!



Wahai ukhti..,

Syukur kepada Allah kerana sepanjang tempoh kenalan kita.., Allah masih pelihara hubungan ini dari perkara yang batil sebelum nikah. Berborak-borak, sms, bergayut, berdating dan apatah lagi untuk bawa dirimu ke sana ke mari adalah jauh sekali terjadi. Sebenarnya perbuatan begitu hanyalah timbul daripada kehendak nafsu syahwat semata-mata! Pun begitu sebagai memenuhi tuntutan syariat, aku diperlihatkan wajah manismu sambil disaksikan oleh kedua ibubapamu. Masihku ingat sampai sekarang.., aku kenal dirimu melalui ibumu.., ibu dan ayahmu yang menjadi perantaraan sebagai “orang tengah” kita berdua. Sungguh, apa yang telah dilakukan ini, hanyalah semata-mata untuk mencari redha Allah. Apabila hubungan ini Allah redha.., kita akan bercinta hingga ke syurga!



Wahai ukhti..,

Musim bertunang semakin tamat, kerana tidak lama lagi kita akan diikat. Diikat dengan ikatan yang sah yakni nikah. Ikatan itu akan membuatkan kita diberi tanggungjawab untuk menunaikan hak setiap pasangan. Allah perintahkan pembelaan diriku hanya untuk dirimu dan Allah perintahkan ketaatan dirimu hanya untuk diriku. Memang kita akan terasa tanggungjawab ini semakin berat disebabkan hak semakin kuat.., tetapi yakinlah, menunaikan hak pasangan menjadi mudah.., sekiranya hubungan kita dengan Allah semakin bertambah!



Wahai ukhti..,

Sudikah jika aku mengingatkan bahawa Allah akan menguji dengan orang yang paling kita sayangi. Jadi, pesan aku.., janganlah terlalu menyayangi diriku dan jangan pula terlalu membenci diriku. Yang manis jangan ditelan, yang pahit jangan cepat dibuang. Jangan terlalu cepat membenci.., jangan keterlaluan dalam memuji. Pilihlah dan ambillah jalan yang sederhana kerana ia selalu menyelamatkan.



Wahai ukhti..,

Pesan nabi ..,”bercakap benar walaupun pahit”.., ingat dan amalkanlah kata-kata ini. Dalam hubungan suami isteri, seringkali terjadi situasi dimana isteri atau suami menyimpan di dalam hati sesuatu perkara yang “busuk”. Terasa sayang untuk diluahkan tetapi apabila disimpan akan menjadi “racun” dalam diri. Kadang-kadang mata hatiku menjadi kabur untuk melihat kesalahan sendiri. Aku risau jika hanya dengan satu kesalahanku, segala kebaikan yang dibuat akan dilupakanmu. Justeru, aku merayu.., bercakaplah yang benar dengan cara berbisik di telingaku. Suara lembut dan manja diciptakan Allah buat dirimu amat berguna disaat diriku melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebelum terlambat, tegurlah diriku dengan “bisikan” yang mengancam.., janganlah pula menegur diriku dengan “jeritan” yang modalnya sudah lama dipendam!



Wahai ukhti..,

Selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita ada kelemahan dan kekurangan. Jadi, bersedialah untuk menerima segala kekurangan yang ada pada diriku ini. Dan aku juga sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan dirimu sejak dari mula niatku nak menikahi dirimu. Aku bukanlah berprasangka tapi lebih elok jika kita sama-sama bersedia. Ya, bersedia untuk menghadapi yang terburuk walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik!



Wahai ukhti..,

Melalui pemerhatian, aku mendapati banyak perkahwinan terlerai kerana sifat takabur disemai. Jadi langkah pertama, kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk semaikan sifat mahmudah dan leraikan sifat mazmumah dalam hati. Aku akan sentiasa mengganggap bahawa dirimu lebih baik daripada diriku.., dan dirimu anggaplah diriku lebih baik daripada dirimu. Nescaya.., kita akan mensyukuri dengan apa yang ada dan tidak mengada-ngada!



Wahai ukhti..,

Apabila dirimu melihat kebaikan yang ada pada diriku.., ketahuilah itu hakikatnya kebaikan Allah. Tetapi apabila melihat kejahatan dan kelemahan diriku, yakinlah.., itulah cara Allah menguji dirimu. Sedarlah hidup ini terlalu banyak ujian dan merupakan jalan yang wajib dilalui oleh orang yang beriman. Jika ada masalah di pertengahan jalan, teruskanlah sahaja perjalanan. Ikutilah jalan yang paling benar.., walaupun terpaksa melalui jalan yang paling sukar! Ingat pesan diriku, apa jua masalah.., temankan hati kita dengan sabar.., ukirkan senyuman yang lebar..., akal ligat mencari jalan keluar! Sungguh.., pertolongan Allah bersama-sama orang yang sabar!



Wahai ukhti..,

Terlalu banyak pesanan yang ingin aku beritahu, tetapi cukuplah disini dahulu. Sebab aku tidak meminta yang lebih daripadamu, kerana tanggungjawab aku adalah untuk menunaikan hak dirimu. Soal hak aku ditunaikan atau tidak, terpulanglah pada dirimu. Tapi aku yakin, janji Allah tidak boleh diragu.., jika aku tunaikan hak orang lain, pasti Allah tunaikan hak aku. Dengan kata lain, jika aku banyak memberi.., nescaya aku banyak menerima. Dan aku lebih banyak menerima sekiranya memberi dengan tidak mengharap menerima kembali!



Wahai ukhti..,

Semua luahan di atas bukanlah untuk dirimu sahaja tetapi ia juga untuk diriku. Tanganku yang menaip ini lebih dekat dengan hatiku. Segala nasihat mudah-mudahan sentiasa melekat di jiwaku. Walaupun kita mempunyai jiwa yang berbeza.., tetapi selepas kahwin kita mesti berusaha untuk satukan rasa. Rasa untuk memperbanyakan “dating” dengan Allah. Apabila kita “jaga” hubungan dengan Allah, pasti Allah “jaga” hubungan sesama kita. Akhirnya(buat masa ni).., terima kasih tidak terhingga kerana kesudianmu untuk menjadi teman hidupku dan untuk menerimaku sebagai perwiramu! 

Syukran ya ukhti...








p/s;

terima kasih...terima kasih...terima kasih...
semoga sayang menjadi isteri yang baik untuk abang...








kini di baitulkhair..


assalamu'alaikum....

sekian lama blog ini tidak di update...insyaallah, semoga diberi kelapangan untuk berkongsi lagi...

bahagia bersama suami dan anak-anak[faqih dan faruq] yang semakin membesar...

anak-anak ummi...haaa.. ini ummi simpan kat sini gambar-gambar yang kita lukis bersama...semoga nanti di suatu masa, kalian masih boleh belek-belek tengok sikit-sikit tentang aktiviti kita bersama sewaktu kamu masih kecik-kecik ni...love u all..









muhammad faqih 2 tahun 3 bulan..muhammad faruq 9 bulan...