Ahad, September 20, 2015

Aku seorang niqabis..(1)


Alhamdulillah..semakin hari, semakin ramai wanita berniqab..berbanding tahun 2008 lalu..tahun di mana saya mula berniqab..2015..tak de la rasa terasing sangat..di mana2 sahaja ada niqabis..


Teringat soalan daripada sahabat saya, dari negara jiran..
"Kenapa awak tutup wajah awak..bukankah semua orang dah lihat dan tahu wajah awak?"

Jawapan saya.."mereka melihat wajah saya yang semalam..hari ini dan seterusnya mereka tidak akan lihat lagi.."

Sahabat saya yang freehair yang juga beragama islam ini terdiam..


Sahabat fillah..keputusan untuk berniqab adalah benda yang sangat besar dalam hidup..kalau boleh..sekali berniqab..selamanya berniqab..selamanya wajah, dan juga auratku yang lain juga terpelihara dengan baik..istimewa hanya untuk yang berhak sahaja..semoga Allah terus bagi kekuatan...

Teringat kata2 daripada seorang sahabat sewaktu saya mula2 membuat keputusan untuk berniqab dulu..

Saya:"kenapa kena istiqamah?"
Sahabat:"supaya kita tidak bermain2 dengan keyakinan kita.."

Allah...

Berniqab bukan maksudnya saya adalah orang yang baik..atau terbaik..tapi ini adalah cara saya untuk memperbaiki diri..saya serba jahil..masih berusaha untuk memperbaiki diri..

Ya Allah..berilah kekuatan kepada hamba yang lemah ini untuk terus memperbaiki diri..