Rabu, Mac 31, 2010

Indahnya persahabatan itu jika memaafkan…





Ingin mengajak diri dan sahabat-sahabat bersama-sama renungkan….tentang sebuah kisah Rasulullah SAW di saat peperangan Uhud…


…kejamnya musuh-musuh Allah…wajah Rasululullah SAW yang putih bersih, lembut, halus kulitnya…penuh dengan ketenangan telah dibasahi darah…Baginda mendapat luka dan patah beberapa batang giginya…

…maka, sahabat tidak sanggup melihatnya…berkata kepada Baginda…


”Ya Rasulullah, berdoalah agar mereka (musuh) mendapat celaka.”


…Rasulullah SAW manusia biasa juga…sakit apabila mendapat luka…Baginda tahu….setiap doanya pasti…dan pasti Allah akan mengabulkannya…tetapi…segala puji bagi Allah yang memiliki hati Rasulullah dan memiliki hati kita…apa yang Rasulullah katakan…?


Jawab Rasulullah: “Aku sekali-kali tidak diutus untuk melaknat seseorang, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat.


Lalu baginda pun menadah tangan dan berdoa,

"Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui."



sahabat.....Rasulullah juga memaafkan Wahsyi yang telah membunuh bapa saudara yang sangat dikasihinya, Hamzah...


Ya Rasulullah...mulianya dirimu...memang selayaknya engkau diangkat menjadi Rasul...sesungguhnya diri ini menyayangimu...tapi dosa-dosa silamku telah menggelapkan hatiku...untuk mencontohimu...



Firman Allah...

Balasan perbuatan jahat adalah kejahatan yang seimbang dengannya. Barangsiapa memaafkan dan berlaku damai, pahalanya di tangan Allah.
As-Syura, ayat 40.



Begitu besar anugerah yang dijanjikan untuk mereka yang memaafkan…mengapa? Sebab sukar untuk memaafkan…sebab itulah dijanjikan anugerah yang besar…



Apabila sahabatmu menyakitimu…ubatkanlah hatimu dengan berkata...



”dulu aku juga pernah menyakitinya...tetapi dia sudi melupakan dan memaafkan aku”



“…sepanjang persahabatan ini, aku manusia biasa yang tidak dapat lari dari kejahatan…betapa sahabatku ini masih bersabar dan masih sudi bersahabat denganku…baru kali ini dia menyakiti hatiku…”



“persahabatan ini sudah lama terbina…aku yang akan memutuskan sama ada meneruskan atau memutuskan...jika aku tidak memaafkan...maknanya aku memilih untuk memutuskan....sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memutuskan persahabatan.”



“Ya Allah…selama Engkau memberikan sahabatku ini sebagai temanku…aku hitung…lagi banyak dia membuatku tertawa daripada membuatku menangis…walaupun disaat ini aku terluka kerananya…dia pernah menjadi penawar disaat aku bersedih…”



"Ya Allah...ini sahabat yang Engkau beri padaku kerana Engkau sayang padaku...dulu dia selalu bercerita kepadaku...membuatku terhidur dan senang dengannya...hari ini dia telah menyakitiku...kerana Engkau yang izinkan dia berbuat begitu...Ya Allah, Engkau mahu menguji aku...mahu menguji kesetiaan aku terhadapMu dengan menguji kesetiaan aku dalam persahabatan ini....kerana Engkau telah memberikan dia untukku"



"Ya Allah....sahabatku adalah milikMu...aku akan bersabar dan tetap sayang pada dia walaupun dia menyakiti aku kerana...jika aku tidak bersabar terhadapnya...maknanya aku tidak redha dengan ujianMu...aku tidak redha denganMu"



Sebuah hadis Qudsi berbunyi;

Nabi Musa a.s pernah bertanya kepada Allah: Ya Rabbi! Siapakah di antara hambaMu yang lebih mulia menurut pandanganMu? Allah berfirman; Mereka yang apabila dapat berkuasa menguasi musuhnya dapat segera memaafkan.
(Hadis Qudsi Riwayat Kharaithi dari Abu Hurairah r.a)


Sahabat...kita manusia biasa tak boleh lari dari melakukan kesilapan dan menyakitkan orang disekeliling kita....kadang-kadang kita juga pernah berada di tempat dimana kita terpaksa atau tidak sengaja melakukan sesuatu yang melukakan hati insan disekeliling kita...dan disaat itu kita juga sangat berharap agar diri ini diberi kemaafan...oleh itu cubalah untuk memaafkan...



Bagaimana mahu mengukur....adakah kita benar-benar sudah memaafkan atau lafaz maaf itu hanya bermain dibibir...bukan lahir dari hati....?



Jawapannya...lihatlah sejauhmana dirimu dapat melupakan kesalahan itu....seandainya masih mengingati....dan masih ada rasa beci di saat melihat kepada insan yang pernah menyakitimu...maka...lafaz itu hanyalah mainan dibibirmu...bukan dari hatimu...engkau belum memaafkan....usah menafikan! Engkau masih belum memaafkan...!



Sahabat...nukilan ini khas kutujukan buat diri...kerana aku yang menulisnya....aku dahulu menyaksikannya....tetapi aku mahu kita sama-sama renungkan....sungguh aku juga sedang diuji dan akan diuji lagi dengan kata-kataku...



Tetapi....demi persahabatan...demi ukhwah....demi cinta kita kepada Dia....marilah kita saling memaafkan...kerana kita insan biasa...bisa terluka dan bisa melukai....



Ingin aku berkongsi sebuah nukilan dari seseorang...Tatkala Persahabatan Itu Di Uji....semoga bermanfaat....



Tatkala persahabatan itu diuji…

Kau…aku…
Kita saling terluka…

Aku tahu juga kau sedang di uji;
Aku juga mahu kau tahu..
Aku juga sedang di uji…
Dan persahabatan ini juga teruji..
Tapi kita harus tahu…
Setiap ujian itu punya hikmahnya…
Tiada ujian melainkan bila ada kekuatan…
Kerana Dia tahu kita sebenarnya punya kesanggupan…

Sahabat…
Aku rinduuu…
Saat kita bersama..
Kita berkongsi segala-galanya…
Kita ketawa dan menangis bersama..
Tapi…sahabat…
Mengapa itu tidak kedengaran lagi?
Mengapa itu tidak terjadi lagi?

Sesungguhnya…
Persahabatan yang dimulai dengan kalimah..
La ilahailallah..
Akan hebat ujiannya..
Ketahuilah sahabatku…kita sedang diuji…
Dia mahu menguji cinta kita padaNya…
Dengan menguji persahabatan ini…

Tatkala persahabatan itu diuji..
Ya Allah…sakitnya…pedihnya..
Andai engkau mampu menyaksikan…
Remuknya perasaan ini…
Hati aku menangis…mungkin tidak dapat aku zahirkan..
Kerana aku manusia keras..
Aku mungkin bersalah…tapi entah..
maaf itu sukar untuk aku ungkapkan
mungkin kerana aku terlalu menyayangimu…

aku mahu kita kembali seperti dulu…

Sahabat…waktu kian senja…
Aku bimbang…waktu yang getir ini…
Aku tak sempat untuk bersamamu lagi…
Kerana kita saling tahu…
panggilanNya kian hampir..
dan datang tanpa tanda..

aku tahu…
aku punya banyak kelemahan..
kau juga begitu…
kerana itu bukti kita hamba..

namun, aku mahu kau tahu…
apapun kekurangan engkau..
engkaulah sahabat terbaik…
mungkin tak akan aku ketemu lagi gantimu selepas ini…
mungkin kau pernah atau engkau akan menemui..
sahabat yang lebih baik dariku..
kerana engkau lebih baik…dan..
aku tahu…aku bodoh dan ego..
aku manusia yang tak layak bersahabat denganmu..

sahabat…mengapa?
Kita perlu terus begini?
Benar…sayang dan cinta itu diuji…
Bukan disaat lautan tenang…
Tetapi tika ia sedang hebat bergelora…

Sahabat…jangan kita kalah!
Ujian itu datang bukan untuk kita kalah…
Ujian itu petanda kita hampir menang…

Mungkin kau perlukan masa…
Aku juga begitu…
Tapi sampai bila…
Ajal itu datang tanpa tanda..
Aku tak tahu mungkin aku..atau
mungkin juga engkau yang akan pergi dulu
aku tak mahu kita tunggu…

di saat ini…aku begitu merindukan…
waktu yang dijanjikanNya…
waktu dimana tiada lagi duka…
waktu hanya tawamu yang kudengar…
tiada lagi tangisanmu yang meluluhkan hati ini…
tiada lagi perselisihan…
yang ada hanya kebahagiaan kekal..
itulah Jannatul Firdaus…

tatkala kau dan aku diuji…
aku tetap mahu kau tahu…
Dia sedang mendengar rintihan kita…
Dia menghitung setiap air matamu yang menitis..
Mungkin selama ini hati kita ketandusan cinta darinya..
Dia mahu kita kembali mencariNya..
Menghidupkan hati yang gersang iman ini…
Kerana Dia mahu kita bertemuNya di Jannatul Firdaus..
Berbahagia di sana..

Oleh itu sahabat…rintihkan…
Tangislah…adukan halmu kepada Dia..
Dia akan memeluk hatiMu…
Yang duka itu..

Perjalanan masih jauh…
Andai engkau tidak menemukanku lagi..
Dihadapanmu…
Ketahuilah…aku masih disini…
Di tempat kau tinggalkan aku..
Kerana aku akan sentiasa…
Setia menantimu…



semoga Allah memelihara aku....dan memeliharamu....sahabatku....


Selasa, Mac 30, 2010

Kisah tentang sedekah...dan harta...




(KISAH SATU) Kisah Sedekah Yang Makbul


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan seorang pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang disekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sinis mereka berkata kepadanya, “Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’


Namun orang itu berkata dengan tenang, “Ya Allah, segala puji bagiMu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.”


Keesokan harinya dia keluar dari rumahnya membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sinis, “Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pelacur.”


Namun lelaki itu dengan tenang berkata, Ya Allah, segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.”


Esoknya, dia keluar dari rumahnya membawa sedekahnya dan menyerahkannya ke tangan seorang yang kaya. Orang-orang disekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Mereka berkata, “Malam ini engkau bersedekah kepada seorang yang kaya.”


Lelaki itu berkata dengan tenang, “Ya Allah, segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada orang yang kaya.”


Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang menyatakan:

“Adapun sedekahmu itu kepada pencuri, medah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu itu akan menyebabkan dia mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya kepada orang lain,”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




(KISAH DUA)Kisah Umar bin Abdul Aziz RA


Umar Abdul Aziz RA adalah seorang hafiz, mujtahid dan zuhud. Beliau adalah khalifah Umar Abdul Aziz menyampaikan khutbah terakhirnya. Dalam khutbah itu beliau berkata, “Di tangan kalian terdapat harta rampasan. Kelak harta-harta ini akan ditinggalkan kepada keturunanmu sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu yang telah mewariskannya kepada kita. Tidakkah kalian menyedari bahawa setiap hari bermula daripada terbit matahari hingga matahari terbenam, kalian menghantar jasad yang beku dan kebumikannya ke dalam perut bumi yang gelap tanpa tikar dan bantal. Jasad ini meninggalkan segala kemewahan dan perhiasan dunia seperti harta, takhta, isteri yang jelita, sanak-saudara yang ramai serta pangkat dan darjat. Kini jasad ini terbaring tidak berdaya. Dia ditinggalkan keseorangan tanpa sesiapa yang menemani. Akan datang kepadanya malaikat Allah SWT untuk menghitung amal perbuatannya semasa di dunia. Ketika ini, apa sahaja yang dimiliki semasa di dunia sudah tidak berguna lagi. Dia Cuma boleh bergantung harap pada simpanan amal kebajikan yang pernah dikerjakannya dahulu. Demi Allah SWT! Aku bukan berniat untuk menakut-nakutkan kalian, kerana aku tidak tahu apa yang terkandung dalam hati kalian.”


Kemudian Umar bin Abdul Aziz menarik hujung bajunya dan menyapu kedua-dua matanya, kemudian beliau menangis tersedu-sedu dan terus meninggalkan mimbar masjid. Sejak itu, beliau tidak lagi meninggalkan kediamannya sehingga menjelang wafatnya.



Sumber:

Tundukkan Hati: Rahsia Keikhlasan Hidup di Dunia Fana, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Annual Bakri Haron.

Ahad, Mac 28, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS...

ASSALAMU'ALAIKUM....

PERHATIAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT ATAU TIDAK...ANDA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS YANG SERBA SEDERHANA....ANJURAN KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA USM...MAKLUMAT SEPERTI YANG ADA DALAM POSTER....BACA SENDIRI NA...


Sabtu, Mac 27, 2010

anda keliru?


....satu persoalan timbul....daripada seorang rakan....dia bertanyakan....cuba teka....yang mana satu betul?


"Is today is, yesterday's tomorrow or tomorrow's yesterday?"


rakan-rakan jadi pening nak menjawabnya...

anda pula?

apa jawapannya?


teringat satu persoalan lagi...
"Is zebra black with white stripes or white with black stripes?"


pening?

ha..mana satu yang betul?




ok....

saya cuba menjawab....berdasarkan logik akal....

dan berbekalkan ilmu yang cetek...

with broken English..


hmmm...

she come asking me personally...


so...my answer...both are correct...



she ask me back...

how?

confuse....explain..?



and I said...


fistly, let us take a look to the meaning of "...yesterday's tomorrow..."

guna bahasa eh...maksudnya...hari ini adalah....semalam punya esok....

contoh....hari ini adalah hari Jumaat....semalam pada hari esok(Sabtu) adalah hari ini(Jumaat)

ok?



the second one....let us take a look to the meaning of "...tomorrow's yesterday..."

hmm...in bahasa...

ok...maksudnya...hari ini adalah esok punya semalam...

contoh...hari ini adalah hari Jumaat...esok pada semalam(Khamis) adalah hari ini(Jumaat)

faham...?



dua-dua adalah benda yang sama sebenarnya....atau anda ada jawapan yang lagi menarik...boleh kongsikan di sini (^_^)v


macam soalan untuk kuda belang(zebra) tadi....mana satu yang betul...

adakah kuda belang berbadan hitam dan berbelang putih atau berbadan putih dan berbelang hitam...

jangan jawab kelabu...tentunya salah...

jawapannya....dua-dua betul...

setuju?



ha....ni ada satu lagi perkongsian...tentang yesterday, today and tomorrow...
ia adalah sebuah lirik lagu...yang kalau sekali baca...dengan yang menulis ni skali jadi confius...

ok....cuba baca perlahan-lahan...supaya tak jadi pening...

**********************************************

Today (is Tomorrow's Yesterday)
words and music by Roy Zimmerman
© 1998 Watunes (BMI)
(From Comic Sutra - Live at Luna Park)

Today is tomorrow's yesterday
And tomorrow is tomorrow's today
Tomorrow's tomorrow is the day after tomorrow
And tomorrow three days before that is today

It's already tomorrow in Addis Ababa
So for them, our today is yesterday
But there's always tomorrow unless there's no tomorrow
In the which case, why recycle anyway?

Ooh . . .
You know, a wise guy once said that those who don't learn from the future are condemned to live it.
And those who live in past have everything to look forward to.
And a smile is a frown turned upside down,
And a wink is a semi-colon hyphen end-paren turned sideways,
So make the most of the time God gives ya,
And with the rest of the time, do whatever you want!
Now, sing with me!

Today is tomorrow's yesterday
And tomorrow is tomorrow's today
Tomorrow's tomorrow is the day after tomorrow
And tomorrow three days before that is today

Richard Nixon said you can't change the future
But you can reinvent your own personal history
Some look at things as they are and ask why
I look at things the way they are and ask, "Why me?"
I look at things the way they are and ask, "Why me?"

****************************************************

ok...apa? dah makin pening? makin confuse?

ok...kalau jadi makin pening...jom jumpa kak fariza...nanti akak cuba cerita mengikut kefahaman akak....(~_~)



sekian....

p/s: untuk menguasai sesuatu bangsa....kuasai bahasanya...atau...kalau tak nak menguasai pun...kita kena kuasai bahasa kerana...bimbang kita pula yang akan di kuasai....renungkan ya...


tutup lampu na....

Jumaat, Mac 26, 2010

LOGO BARU USM

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Masih guna logo lama untuk hantar assignment?...atau kertas kerja?....atau nak guna yang baru...tapi tak dapat cari...

Untuk makluman semua....berikut adalah logo baru USM...logo lama dah semakin dilupuskan...hmm....berhenti guna yang lama na...





kalau anda tanya saya...salahkah guna yang lama? Jawapannya...terpulang kepada anda, tak salah kalau guna sekiranya ingin memelihara nilai tradisionalnya...hehe...

ok2....mungkin boleh buat sendiri penilaian tentang perbezaannya....

yang ni logo lama

*selamat bertukar...(^_^)

Selasa, Mac 23, 2010

perkongsian...

Assalamu’alaikum…

Buat pembaca sekalian…termasuk yang menulis ni…satu persoalan sebelum memulakan perkongsian…

PERSOALAN

Apakah yang anda lakukan...

sekiranya..(pembaca tak perlu membaca dengan berdebar-debar)...

sekiranya...pada waktu itu...

anda....

berada dalam hutan...huhu....(dalam rumah juga boleh jadi)...

...dan....ketika itu anda hanya ada...

Ada apa ya?

Oh..ada beras...satu tin sardin....dan beberapa biji telur...sedikit garam...dan..sedikit minyak masak...

Hanya ada itu untuk dimakan....


Dan....persoalannya anda nak masak apa?
(laaa...hehe...berapa banyak suspen daa)...


PERKONGSIAN

Perkara ini berlaku semasa Kem Jati Diri KPRS USM...beberapa minggu lepas....kali dibekalkan dengan bahan-bahan berkenaan(nasi telah dimasak oleh penulis)...dan kali dikehendaki mempelbagaikan masakan menggunakan bahan yang telah diberikan...

Jadi.....ada tiga kumpulan semuanya...masing-masing pun fikirlah...apa yang nak dimasak...termasuklah akak and the geng...nama kumpulan akak....”BOOM”...
(kalau nak tahu macam mana lagu sorak kumpulan...boleh menghubungi akak secara peribadi...hehe)

Selepas sesi memasak selesai...tibalah waktu makan...kami sama-sama menghidangkan masakan yang telah dibuat...yang peliknya...ada tiga kumpulan yang dibekalkan dengan bahan yang sama.....tapi...yang terhidang ada 4 hidangan...huhuu...

Antara hidangan yang tersaji adalah....(a) ikan sardin campur telur hancur...(b) ikan sardin dengan telur rebus...dan ada dua hidangan yang unik.....iaitu...(c) telur goreng special masak merah dan; (d) ini yang paling istimewa..iaitu pegedil...

*gambar tiada...kerana kamera akak kehabisan bateri...tulah...syok sangat ambil gambar dalam hutan...tak sedar...bateri exousted...di saat-saat penting ni...hmm..

Ok2....berbalik kepada tadi...sebenarnya...dua masakan terakhir tu...dari kumpulan akak..hmm..takpelah...sebab adik-adik duk ambil hati akak...puji masakan kumpulan akak sedap(akak pun jadik perasan...senyum sorang-sorang).....ramai yang hairan dan tanya...macam mana boleh jadi dia masakan tadi...?.....jadi akak nak kongsilah...ilmu itu dari Allah juga...manusia memang tak de kemahiran...kalau Dia tak izinkan...

Ok.....macam mana kami buat...?

bila diberi tugasan...mulalah kami berfikir...nak buat suatu kelainan....ada telur dan sardin....mula-mula nak buat...goreng ikan sardin salut telur...goreng ikan sardin...pastu rebus telur...dan macam-macam lagi...(akak ni tak reti masak..tapi kalau bab-bab masak....exited terlebih...dan perasan sedap...huhu)...last...terfikir lah untuk buat masakan yang disebutkan di atas tadi...

ok.....resepi untuk anda kalau-kalau satu masa nanti kat rumah tu ada sardin dan telur je...anak-anak boring asyik makan sardin je...(eh...anak-anak pula(”,)...adik-adik ke)...boleh la membuat kelainan dengan mencuba resepi ni..

1) RESEPI PEGEDIL SARDIN yang simple...

Bahan-bahan:
a. ikan sardin yang di asingkan dari kuahnya(tinggal seketul untuk resepi kedua)
b. dua biji telur
c. sedikit garam

Kaedah:
a. hancurkan ikan sardin tanpa kuah tadi dengan sudu atau garfu,
b. pecahkan sebiji telur....gaulkan bersama...tambah garam
c. bentukkan bulat-bulat (macam pegedil)...lagi comel buat kecil-kecil
d. pecahkan sebiji lagi telur dala bekas berasingan…pukul telur…
e. panaskan kuali…celupkan pegedil yang dibentuk tadi dalam telur yang telah dipukul tadi…
f. kemudian goreng….balik-balikkan hingga jadi keperangan…angkat..toskan minyak…
g. hidang...(^_^)

*catatan: kalau ada ubi kentang, cili, lada hitam, bawang atau apa sahaja ikut selera anda...boleh titambah untuk menjadikan pegedil lagi best rasanya...

2) RESEPI TELUR GORENG SPECIAL MASAK MERAH

Bahan-bahan:
a. telur 2 biji….campur dengan telur lebih yang digunakan untuk celup pegedil di atas
b. ikan sardin lebih yang disimpan dari masakan di atas
c. sedikit garam
d. kuah sardin yang disimpan tadi
e. sedikit air mineral
f. buah limau kasturi/nipis dan cili kalau ada

Kaedah:
a. pukul telur..tambah ikan sardin(yang dihancurkan)..tambah garam secukup rasa...
b. goreng telur campuran tadi...asingkan.
c. panaskan kuali sekali lagi…masukkan kuah sardine…tambah sedikit garam…tambah air mineral(nak bagi banyak kuah…jangan banyak sangat)…tambah perahan limau kasturi/nipis(sedikit sahaja…tak sedap kalau masam sangat)…tambah juga cili kalau ada
d. bila kuah dah menggelegak…masukkan telur goreng tadi(telah dipotong kecil-kecil)…
e. agak-agak dah masak…angkat…hidangkan…

*tertakluk kepada selera anda…boleh di ubah suai…hmm (^_^)…

(^_^)….alhamdulillah…seeedaaappp….(akak perasan sendiri…senyum simpul sorang-sorang….bila adik-adik puji sedap…dan minta resepi…nasib baik tutup muka…kalau tak….malu kat adik-adik..)….

Ok…selamat mencuba….(~_~)v



*Tiba-tiba teringat…masa balik cuti semester semasa belajar kat matrikulasi Changlun,Kedah dulu(kalau x silap…masatu tahun 2006)…



…duk bersembang bersama-sama ummi…pastu..terkeluar satu cerita dari mulut ummi…membuatkan ana begitu terharu…oh…ummi masih ingat rupa-rupanya…
Ummi bercerita sambil tersenyum…

Nak tahu cerita apa…ceritanya…

Benda ni berlaku semasa ana darjah satu atau dua…lebih kurangla…masa tu ummi sangat sibuk dengan adik-adik ana yang masih kecil…sudah menjadi kebiasaan…semenjak kecil lagi ummi kata kat ana…”Kak Ja dah besar..kena tolong ummi kat dapur…masak nasi…masak lauk…”…jadi seperti biasa…ana ditugaskan untuk masak hari tu…masak yang simple je pun…ikan goreng…sayur ummi masak sendiri…jadi…ana ni sangat suka mencuba resepi baru…dan tak nak tanya ummi dulu…kononnya nak buat suprise…biar ummi teka ana letak apa dalam masakan…

Hehe….nak dijadikan cerita…maka dengan penuh yakinnya…(selalunya ummi ajar buat yang mudah je…siang ikan lepastu tumbuk garam dengan kunyit hidup dengan lesung)…ana pun ambil beberapa ulas bawang merah dan putih…sedikit serbuk lada hitam…ditumbuk bersama kunyit hidup dan garam…lepas tu…goreng…fuh…masa letak ikan dalam kualu yang minyaknya dah panas(masa tu terpaksa naik atas kerusi untuk menggoreng sebab…kecik sangat…tak nampak apa yang nak digoreng)….bau sedaaaapp sangat-sangat..(selalunya bau ikan goreng dengan garam kunyit)…kali ni bertambah harumnya…wahhh…tepuk tangan…yea yea…jadi-jadi…akulah chef Ja! Anak ummi…(masa tu rasanya tak ucap alhamdulillah)..hmmm…budak kecik….

Lepas masak ikan…ummi ajar…nak hidang kat abah…kena bagi cantik-cantik…macam kat restoran…ok…siap…

….maka…masa makan…tersengih-sengihla ana…sambil tengok ummi dan abah makan…tunggu apa-apa kata dari ummi dan abah..hmm?...tak de perubahan…puas menunggu…terkeluarlah pertanyaan dari budak kecik yang comel ni “Ummi, sedap tak ja masak…sedap tak…? Rasa macam biasa ke lain sikit?”…persoalan yang penuh pengharapan…pujian dari ummi….”Sedap..” jawab ummi ringkas...jawapan ummi tidak memuaskan hati anak kecil ini....ana merajuk...selaku anak yang perasan paling manja...

Beberapa tahun berlalu...dah besar dah anak ummi....sungguh...anak didik ummi ini amat terharu..rupa-rupanya ummi masih ingat...puji masakan ja masa kecik tu...rupa-rupanya ummi sangat menghargai...dan ummi kata dia sangat bangga...bila dah besar Allah izinkan ana untuk mengetahui perkara ni...hikmahnya...pujian..dan kata penghargaan dari ummi sangat menyentuh hati anakmu...yang makin dewasa ni....sangat terkesan...berbanding jika ana menerimanya dulu....Ya Allah...Ja sayaaaang Ummi...terima kasih ummi..terima kasih bagi Ummi pada Ja...

Isnin, Mac 22, 2010

Renungkan...




"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(al-imran 3:190-191)




Diberitakan ketika surah Ali ‘Imran 191 itu diturunkan, Rasulullah saw telah menangis. Ketika Sayidina Bilal bertanya, “mengapa kau menangis ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya. “celakalah wahai Bilal mereka yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan makna dan tuntutannya.”






Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."

Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri.

Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.

Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan-nya bagi mereka surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.

Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan-nya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

(al-imran 2:192-200)


selingan:

"SELAMAT HARI LAHIR BUAT KANDAKU.....KAK AH.....LOVE AND MISS YOU A LOT...HEHE...TAK DE HADIAH...HANYA DOA KUPANJATKAN BUATMU KANDA...(^_^)"


Pada suatu masa dahulu…kisah daku dan kanda...huhu..

….pada waktu rehat, kelihatan seorang murid perempuan darjah empat beruniform biru baru lepas beratur beli nasi…berjalan menuju ke meja kantin bersama dengan kawan-kawannya. Matanya di fokuskan betul-betul pada nasi ayam yang baru dibeli tadi…lapar sangat-sangat…masa tu harga nasi RM0.50…duit ummi bagi bawa RM0.80 je…kalau bawa banyak pun…nanti habis duit beli gula-gula atau makanan ringan yang lain… Sambil berjalan sambil tenung nasi...kedua-dua tangannya memegang pinggan nasi.

…tiba-tiba…

GEDEBUK!!!

Tersungkur…pinggan nasi tadi terlepas dari kedua tangannya….nasi dan ayam berterabur….Ya Allah…dia terduduk…nasi dan ayam yang berterabur ditenung lagi…berguguran air matanya…”…bukan rezeki aku…”bisik hati kecilnya. Kawan-kawan lain turut terkejut…ada yang terus sambung makan…huhu...lapar...

Tiba-tiba...bahunya dipegang, dia menoleh ke wajah insan berkenaan...oh...insan yang sangat dikenali, kak ah...sambil merenung mata adiknya, dia berkata...

”ja...ambik duit ni...gi beli hak lain....tak pe...dah jatuh...nak wak guano”...

Tersentuh hatinya...rasa bersalah pun ada...mereka adik-beradik diberi jumlah wang poket yang sama...oh....pengorbanan seorang kakak....terharunya...

*********

Ok2...cukup...nak menangis(sebab terharu...dan lagi penting....huhu sayang kat nasi) nak tergelak pun ada...(masa kecil...saya sangat sukakan perhatian...suka kalau ada orang kasihan pada saya)...budak-budak...

Itu adalah kisah benar....terjadi pada insan yang menulis ini..hehe...kisah benar antara saya dan kak ah..

Jumaat, Mac 19, 2010

BENGKEL KO-KAUSELOR PEMIMPIN MUDA

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

PERHATIAN! ANDA DI JEMPUT UNTUK MENYERTAI(SESIAPA SAHAJA)

TEMPAT : PANGKOR BAY VIEW BEACH RESORT
TARIKH : 27-28 MAC 2010
PENGANGKUTAN: BAS(berkumpul di Kompleks Belia Batu Uban pada pagi 27/3)
YURAN : PERCUMA

*INGIN MENDAFTAR?

HANTARKAN:
1. NAMA
2. NOMBOR KAD PENGENALAN
3. ALAMAT
4. NOMBOR TELEFON
5. EMAIL

KEPADA : fatros_88@yahoo.com.my /
dinilhayah@yahoo.com /
kak fariza – 013-5073128

*tempat adalah terhad....sape cepat-dia dapat...

Khamis, Mac 18, 2010

Cintanya kerana Allah...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....



tersentuh bila baca cerita ni....semoga kita sama2 mendapat manfaat darinya,





Kisah Fatimah dan Saidina Ali:


Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang,
namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut
agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita
Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta




Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut
disekitar kita saat ini
Walaupun bukan tidak ada..
barangkali, kita saja yang tidak mengetahui saking rapatnya dikendalikan

Tapi,
kebanyakan justru yang tampak ke permukaan adalah yang justru seharusnya tidak kita contoh
Kekurangan teladan?
Mungkin..

Dan inilah fragmen dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullahtentang membingkai perasaan dan
Bertanggung jawab akan perasaan tersebut
“Bukan janj-janji”



Kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A.Fillah
chapter aslinya berjudul “Mencintai sejantan ‘Ali”




selamat mengembara dalam kisah ini,







Ada rahasia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah.
Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya.

Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta.
Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta.
Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.
Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercayatak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya!
Maka gadis cilik itu bangkit.
Gagah ia berjalan menuju Ka’bah.
Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.
Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.
Mengagumkan!
‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta.

Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar kabar yang mengejutkan.
Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi.
Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah.
Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr.
Kedudukan di sisi Nabi?
Abu Bakr lebih utama,
mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali,
namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya...
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab..
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud..
Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”




Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.





Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.
Lamaran Abu Bakr ditolak.
Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.
Setelah Abu Bakr mundur,
datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa,seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka,
seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut.
’Umar ibn Al Khaththab.
Ya, Al Faruq,
sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah.
’Umar memang masuk Islam belakangan,
sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr.
Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya?
Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman?
Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin?
Dan lebih dari itu,
’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,
”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah.Lalu coba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya.
’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.
Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam.
Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir.
Menanti dan bersembunyi.
’Umar telah berangkat sebelumnya.
Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.
”Wahai Quraisy”, katanya.
”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah.
Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!”
’Umar adalah lelaki pemberani.
’Ali, sekali lagi sadar.
Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah.
Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak.
’Umar jauh lebih layak.
Dan ’Ali ridha..




Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan..
Itulah keberanian.
Atau mempersilakan.Yang ini pengorbanan.





Maka ’Ali bingung ketika kabar itu meruyak.
Lamaran ’Umar juga ditolak.
Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi?
Yang seperti ’Utsman sang miliarder kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah?
Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’ kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah?
Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.
Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka.
Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka?
Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu?
Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

”Mengapa bukan engkau yang mencoba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan.
”Mengapa engkau tak mencoba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..”
”Aku?”, tanyanya tak yakin.
”Ya. Engkau wahai saudaraku!”
”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”
”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”



’Ali pun menghadap Sang Nabi.Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah.
Ya, menikahi.
Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya.
Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya.
Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap?
Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap?
Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.
”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.
Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya.
Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihan-pilihannya.
Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya
.




Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!”
Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.
Dan ia pun bingung.
Apa maksudnya?
Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan.
Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab.
Mungkin tidak sekarang.
Tapi ia siap ditolak.
Itu resiko.
Dan kejelasan jauh lebih riDan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab.
Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.
Ah, itu menyakitkan.

”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”
”Entahlah..”
”Apa maksudmu?”
”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”
”Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,
”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua!
Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya!”

Dan ’Ali pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya.
Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya.
Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah..
Dengan keberanian untuk menikah.
Sekarang.
Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah gentleman sejati.
Tidak heran kalau pemuda Arab memiliki yel,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”




Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakanAtau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.





Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,

dalam suatu riwayat dikisahkan

bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)

Fathimah berkata kepada ‘Ali,

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata,


“Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”



Kisah ini disampaikan disini,bukan untuk membuat kita menjadi mendayu-dayu atau romantis-romantis-an

Kisah ini disampaikan

agar kita bisa belajar lebih jauh dari ‘Ali dan Fathimah

bahwa ternyata keduanya telah memiliki perasaan yang sama semenjak mereka belum menikah tetapi

dengan rapat keduanya menjaga perasaan itu

Perasaan yang insyaAllah akan indah ketika waktunya tiba..



*monolog sendiri:

...insan biasa seperti aku...

...bukan sehebat Fatimah...

...apalagi bondanya...Khadijah...

...tapi ingin sekali...aku bertahta...

...umpama Fatimah dihati Ali...

...bagaikan khadijah dihati Rasulullah....

...tapi siapalah aku...