Sabtu, Februari 26, 2011

Make Me Strong




I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day You’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for Your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong




Munsyid: Sami Yusof





p/s: ...tinggal... hingga ku temui kekuatan itu... 

Hadith: Kendalikan Lidahmu...

Mu'az bin Jabal ra. berkata,


"Aku pernah berkata, 'Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku amal yang dapat memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka'."


Beliau menjawab, "Engkau menanyakan sesuatu yang besar, namun hal itu menjadi ringan bagi siapa saja yang diringankan oleh Allah swt. Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah."



Kemudian Beliau bersabda, "Inginkah engkau kuberitahukan mengenai pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, sedekah itu dapat menghapuskan kesalahan sebagaimana air dapat menghapuskan api, dan solatnya seseorang di tengah malam." Kemudian beliau membaca Surah As-Sajdah ayat 16, 'Tatajaafaa junuubuhum 'anil madhaaji'i....hingga...ya'maluun (Lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan harap-harap cemas).'


Kemudian Beliau bersabda, "Inginkah kalian kuberitahukan pokok dari segala urusan dan puncak mahkotanya?" Aku menjawab, "Ingin, wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Pokok dari segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad."


Lalu Beliau bersabda, "Maukah kalian kuberi tahu kunci dari semua itu?" Aku menjawab, "Mau, wahai Rasulullah." Maka Beliau menunjuk lidahnya seraya bersabda, "Kendalikan ini!" Aku bertanya, "Wahai Nabiyullah, apakah kami akan dimintai pertanggungjawaban dengan apa yang kami katakan?" Beliau bersabda,"Celaka engkau hai Mu'az! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat lidah mereka?"


(h.r. Tirmidzi dan dia mengatakan ini adalah hadith hassan shahih)

Selasa, Februari 22, 2011

Antara Kebajikan dan Dosa



Nawwas bin Sam'an ra. berkata, Nabi saw. bersabda,


"Kebajikan adalah akhlak terpuji,sedangkan dosa adalah apa yang meresahkan jiwamu serta engkau tidak suka apabila masalah itu diketahui orang lain."

(h.r. Muslim)




Dalam hadith yang diterangkan oleh Wabishah bin Ma'bad ra., ia berkata, Aku mendatangi Rasulullah saw., beliau bertanya,"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya benar."

Beliau bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri!.Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari dua imam, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan).

Isnin, Februari 21, 2011

Buah Rukam

Saya      : Makcik... buah apa ya yang mak cik bagi pada minggu lepas untuk saya buka puasa? Yang merah-merah, masam-masam tu? Sedap la makcik... suka...

Makcik : Oh... tu buah rukam... susah nak dapat buah tu zaman la ni... masa makcik kecik-kecik dulu banyak juga... ni duk ada ni... Fariza ambik la... (makcik keluarkan sesuatu daripada kotak...buah rukam)...

Saya     : ...(speechless.... Ya Allah... Allah sangat baik, tak sangka...oh... terharunya...)...mak cik...

Makcik : Ya... nah Fariza ambik separuh, tadi Kak Yuri bagi... murah rezeki Fariza na... sebut je dapat terus...

(makcik dengan wajah tersenyum, ambil separuh daripada buah dalam beg plastik masukkan dalam beg plastik yang lain untuk saya... dan membasuh beberapa biji untuk di makan oleh saya pada waktu itu juga...)

Saya    : Terima kasih makcik....(terima kasih Allah sangat-sangat...gembiranya...)

******




Ok habis cerita... ini baru pertama kali saya dengar nama buah rukam...rasanya sangat masam...(sangat sedaaap bagi penggemar asam seperti saya)... pertama kali saya cuba rasa buah ini adalah pada beberapa minggu lalu sewaktu nak mendaki bukit kat Kebun Pak Sharif, Teluk Kumbar, petik terus dari pokok... tapi sejak hari tu tertanya-tanya buah apakah itu....teringin sangat nak kenal dan makan lagi... Alhamdulillah... Allah bagi peluang... jadi, di sini saya nak perkenalkan kepada sesiapa yang belum mengenali buah rukam ini...

ini buah Rukam yang diberi oleh makcik...



ini yang dah di tabur garam untuk dijeruk... oh... sedapnya... masaammm...


ini daripada en.Google... pokok buah rukam...



 
yang ini satu lagi...





p/s : segala peristiwa tu berlaku pada hari Isnin minggu lepas....



Sabtu, Februari 19, 2011

Renungan hadith...


Abu Tsa’labah al-Khusyaniy Jurtsum bin Nasyir ra. Berkata, Rasulullah bersabda,


“Sesungguhnya Allah telah menetapkan sejumlah kewajiban,
maka janganlah meremehkannya. 
Dia telah meletakkan batasan-batasan (hukum),
maka janganlah kalian melanggarnya; 
Dia telah mengharamkan sejumlah perkara, 
maka janganlah kalian jatuh ke dalamnya; 
Dia juga telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kalian dan bukan kerana lupa, maka janganlah mempersoalkan(apa yang telah didiamkan oleh Allah ini).”


(Hadith hasan diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni dan lain-lain)




.

Ahad, Februari 13, 2011

Anak-anak itu...




Situasi 1

Budak 1 : Kakak…hehehe(senyum-senyum, sengih-sengih…peluk-peluk saya…)

Budak 2 : Eh, kenapa kau panggil cikgu ni kakak…ni cikgu laaa…

Budak 3 : Eh… apa pula… ni ustazah la… ustazah kan? (pandang saya…)

Saya      : Mana-mana pun takpe…


Situasi 2

Budak 1 : Cikgu… cikgu pakai cincin macam mak saya…

Budak 2 : Cikgu dah kahwin ke?

Saya      : Belum, cikgu belajar lagi la…(gulp… budak-budak ni…hu…muka saya panas)

Budak 2 : Mesti nanti cikgu habis belajar cikgu kahwin kan? Kan cikgu? (senyum-senyum….oh)

Saya      : … Jangan kejar-kejar, nanti jatuh! (saya tukar topik… beralih kepada budak-budak lain yang sedang berlari… mereka pun lupa pada soalan yang di tanya tadi…aisy…budak-budakni… ke depan sangat depa ni…panas di wajah belum hilang )


Situasi 3

Budak 1  : Cikgu… cikgu dah kahwin ae…(sengih-sengih)

Tak sempat saya jawab…

Budak 2  : Cikgu… kat rumah saya ada baju pelantin…

Saya       : Baju apa…? (ingin membetulkan pendengaran..kot-kot salah dengar…)

Budak 2  : Baju pelantin…. Baju pelantin la cikgu… yang cantik... yang bersinar-sinar tu…

Budak 3  : Ye…. Kat rumah saya pun ada baju pelantin cikgu… cikgu ada?

(oh… tak silap dengar rupanya… pelantin ye? oh... saya menahan ketawa… Ya Allah… budak-budak ni… macam-macam)

tengok dia kenyek budak kecik tu...

Situasi 4

Budak 1  : Cikgu, saya nak naik atas, nak baji…

Cikgu      : Nak apa…?

Budak 1  : Nak baji….

Cikgu      : (keliru…) Nak apa…?

Budak 1  : Nak baji!

Budak 2  : Cikgu, dia nak mengaji la…

Cikgu      : ooooohhhh…

*ini cerita junior saya


Situasi 5

Cikgu     : Nak kuah banjir tak? (maksudnya kuah banyak, tenggelam nasi)

Budak 1 : Ha..? Kuah manjir la cikgu… manjir… bukan banjir…

Cikgu     : (speechless… oh)


budak-budak ni tak boleh keluarkan kamera lama-lama...nanti belum sempat kita tangkap gambar depa, depa tangkap kamera kita...

Situasi 6

Saya baru sampai… helmet masih di kepala…

Budak 1   : Eh… makcik…

Budak 2   : Eh… bukan… itu cikgu laa…

Budak 1   : Oh cikgu… kalau makcik kena salam…

Saya        : Kalau cikgu..? tak payah salam ke?(Sambil menanggalkan helmet…)

Budak 2  : Kalau cikgu pun kena salam…(berlari kea rah saya, menghulurkan tangan, salam dan cium tangan)…(kerut kening… tengok kawannya yang tidak bergerak untuk bersalam dengan saya)…eh…hang mai la salam cikgu… berdosa tau tak salam cikgu…!

Budak 1  : Hehe….(malu… peluk tiang…)


Situasi 7

Saya       : Amirul jadi imam… cepat ambik air sembahyang…
(arahan ditujukan kepada Amirul 9 tahun, dia garu kepala… tiba-tiba, Amirul 6 tahun datang menghampiri saya… )

Amirul 6: Ye cikgu… saya rela jadi imam…

Saya      : Oh… bukan… cikgu suruh Amirul besar tu… kamu kan kecik lagi…

Amirul 6: Cikgu, saya dah besar dah nak masuk darjah satu…

Saya      : (Amirul 9 dah pergi ambil wudhu’)…Erm… kamu nak jadi imam ke? Kamu boleh jadi imam?

Amirul 6: Boleh cikgu, saya tahu…(terus bergerak ke arah kawan-kawannya yang sedang berlari-lari, mengoyak tikar, melompat-lompat, menari-nari….dengan ekspresi muka garang, serius)… Eh… semua…!Betulkan saff! Diam! Cepat masuk saff!...

kawan-kawannya terdiam seketika(freeze)….pandang Amirul, kemudian sambung main…

Saya       : Oh… ok… hmm….bagusnya budak ni (tunggu Amirul 9 datang bersama kawannya)

 
tengah sembahyang, sempat lagi posing si kecik ni... 


Situasi 8

Nak bagi diam….. spontan saya bercerita… kisah Si Tanggang…

Saya       : …..lepas tu, Si Tanggang derhaka pun bertukar menjadi batu…. (saya berhenti untuk menarik nafas seketika… belum sempat sambung cerita…)

Budak   : Cikgu, mana cikgu tahu cerita ni?

Saya       : Erm… nenek cikgu yang cerita… nenek kamu pun tahu cerita ni…

Budak   : Cikgu… cerita ni orang berlakon je kan… orang yang jadi Si Tanggang tu masih hidup lagi ke?

Saya       : (speechless…. Oh…pulak dah… lain kali kena cerita nabi dan sahabat baru selamat…)


Situasi 9

Budak 1 : Cikgu...kawan saya cakap cikgu comel...

Saya      : Oh... ye..? Terima kasih....

Budak 2 : Cikgu, cikgu tutup mulut sebab tak nak bagi habuk masuk dalam hidung dan mulut kan?

Saya      : Erm.... ya... betul tu... (oh...)


Situasi 10

Budak 1 : Cikgu... ceritalah cerita Two Thousand Twelve(2012)....(sebutan nya betul... sambil hulurkan satu buku pada saya... bertajuk hujan asid... dia masih tak boleh membaca)

Saya      : Ni kilang... asap yang keluar tu, bahaya... naik ke atas... awan kan kita tengok warna putih...(mereka mengangguk)... nanti bila asap tu naik awan jadi kotor, air hujan yang turun tu sangat bahaya... kalau kena kulit, kulit jadi luka... kena pokok, pokok mati...(saya menunjukkan gambar pokok kering, mati dalam buku tu...) tiba-tiba, seorang daripada mereka mencelah...

Budak 2 : Oh... jangan risau, nanti Allah akan bagi tumbuh balik... Cikgu... nanti Allah akan bagi tumbuh balik kan pokok tu?

Saya       : (speechless...kagum dengan budak kecik ni)... ya... Allah akan bagi tumbuh balik.....




Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak di angkat(tidak diterima) dan daripada doa yang tidak di dengar(tidak dimakbulkan).




p/s: 

tertunggu-tunggu Jumaat seterusnya... rindu sangat pada karenah mereka... walaupun hari Jumaat lah hari yang paling penat sepanjang semester ni...




Ukhtiza li

Sabtu, Februari 12, 2011

Bila Diri Disayangi...

Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentera,
Bermulanya siang berakhir malam ku,
Tak akan ku jemu menyebut nama-MU.


Tiada batasan waktu,
Tiada tempat-MU tertentu,
Di gunung di lembah, di darat, di air,
Siapa pun hamba… keikhlasan doa,
keagungan kasih… merubah takdir .


Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap nama-MU,
Terasa diriku… kembali dipandu.


Engkau yang pertama, tiada akhirnya,
Aku dalam kegelapan ENGKAU-lah cahaya,
Izinkahlah aku menumpang di sini,
Di bawah naungan kasih dan sayang-MU,
Ku berserah diri.


~Ukays~




Allah SWT... Dia tidak pernah meninggalkanmu, tetapi engkau yang selalu menjauhi-Nya...

Rabu, Februari 09, 2011

Pada-Mu Selamanya...



Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui, dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari, air mata membasahi

Terasakan ... terbuka... kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan...di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan... membaralah cinta...
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya ..
Selamanya...



Munsyid: Saujana

Isnin, Februari 07, 2011

Muhasabah




Abu Dzar Al-Ghifari ra. Menerangkan bahawa Nabi saw.bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya ‘Azza wa Jalla, sesungguhnya Dia berfirman,

“’Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman kepada diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu saling menzalimi.’

‘Wahai hamba-Ku, kamu semua tersesat, kecuali yang Ku-beri petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk kepada-Ku, niscaya Aku memberikannya kepadamu.’

‘Wahai hamba-Ku, kamu semua lapar, kecuali yang Ku-beri makan. Oleh itu, mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku memberikannya kepadamu.’

‘Wahai hamba-Ku, kamu semua telanjang, kecuali yang Ku-beri pakaian. Oleh itu, mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku memberikannya kepadamu.’

‘Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu semua berbuat salah di malam dan siang hari. Sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Oleh kerana itu, mohonlah ampun kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu.’

‘Wahai hamba-Ku, kamu tidak akan mampu memberi mudharat untuk-Ku sehingga bisa menimpakan mudharat kepada-Ku. Dan kamu tidak akan mampu member manfaat untuk-Ku sehingga bias member manfaat kepada-Ku.’

‘Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia di antara kamu berada pada hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka hal itu tidak akan menambah apapun terhadap kekuasaan-Ku.’

‘Wahai hamba-Ku, meskipunyang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia berada pada hati orang yang paling jahat di antara kamu, maka hal itu tidak akan mengurangi apapun dari kekuasaan-Ku.’

‘Wahai hamba-Ku, meskipun yang pertama dan terakhir, baik jin mahupun manusia, berkumpul di sebuah bukit dan mohon kepada-Ku. Lalu Aku mengabulkan permohonan mereka masing-masing, maka hal itu tidak mengurangi sedikitpun apa-apa yang ada pada-Ku, kecuali seperti jarum yang dicelupkan ke laut dan diangkat lagi.’

‘Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mencatat amalmu dan membalasnya. Oleh kerana itu, barangsiapa mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji Allah. Dan barangsiapa mendapatkan selain itu, maka janganlah mencela, selain dirinya sendiri.’”

Sabtu, Februari 05, 2011

Layakkah…




Layakkah diri mengharapkan keindahan,
Andai selalu menghadirkan kejelikan…

Layakkah diri mahukan kebaikan,
Andai selalu memberikan kemudharatan…

Layakkah diri memohon keampunan,
Andai selalu melakukan kemaksiatan…

Layakkah diri menagih kejujuran,
Andai selalu melakukan pengkhianatan…

Layakkah diri mengharapkan pujian,
Andai selalu memberi kejian…

Layakkah diri meminta pilihan,
Andai perintah dan larangan tidak di agungkan…

Layakkah diri mengharapkan kesempurnaan,
Andai diri penuh kekurangan…

Layakkah diri membicarakan keyakinan,
Andai selalu diselubungi kegelisahan…

Layakkah diri mahu dokongan,
Andai selalu menjatuhkan…

Layakkah diri disayangi,
Andai selalu memusuhi...

Layakkah diri dicintai,
Andai selalu membenci…


Di saat ini…
Tanyalah hatimu…
Layakkah… 


Anas r.a. berkata, Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, Allah swt., berfirman,

"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku, pasti engkau Ku-ampuni. Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun, pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula."

(h.r. Tirmidzi dan ia berkata bahawa hadith ini hasan shahih)


Wallahua'lam...
Ukhtiza li


Khamis, Februari 03, 2011

Are you the eraser or the pencil?


Pencil: I'm sorry.... 


Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 


Pencil: I'm sorry cos you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. 



sumber: email dari sahabat...










ada kalanya...
kita lupa kita siapa...

ada kalanya kita lupa...
untuk melihat dan menghargai sesuatu yang dekat...
dalam mengejar yang sesuatu jauh dan belum pasti...


ada kalanya...
sesuatu itu dirasakan lebih berharga...
di saat ia pergi...
dan di saat itu..
kau tak mampu mendapatkannya kembali...
dan tiada yang dapat mengganti...

andai ia masih ada...
syukurilah...
hargailah...
kerana engkau belum merasakan... 
peritnya sebuah kehilangan...


 


Ukhtiza li