Isnin, Julai 11, 2011

Resepi: Koleksi Resepi Demonstrasi Memasak

Assalamu'alaikum...

hari ini saya nak berkongsi beberapa resepi yang saya salin sewaktu demonstrasi memasak di Kediaman Ketua Jajahan Pejabat tanah dan Jajahan Bachok....minta maaf ya gambar tak ada memandangkan saya takbawa kamera pada hari kejadian...semoga bermanfaat...

1)    Ayam Masam Manis

Bahan-bahan:
1.      Ayam dipotong dadu
2.     Garam
3.     Telur
4.     Tepung naik sendiri
5.     Tepung beras
6.     Lada sulah
7.     Bijan 

Bahan-bahan sos:
1.      Sos cili thai Kimball 1 sudu besar
2.     Sos HP 1 sudu besar
3.     Air masak

Kaedah:
1.      Ayam digaul bersama telur dan sedikit garam
2.     Masukkan tepung naik sendiri dan tepung beras dengan amaun yang sama dan lada sulah, gaulkan, perap, asingkan.
3.     Panaskan kuali, goreng ayam tadi, asingkan
4.     Campurkan bahan untuk sos dalam kuali, masak dan masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul hingga rata.
5.     Hidangkan dalam pinggan, taburkan bijan untuk hiasan.


2)    Ayam KFC

Bahan:
1.      Ayam
2.     Telur
3.     Garam
4.     Lada sulah
5.     Tepung kentuky

Kaedah:
1.      Gaulkan ayam dengan telur , garam dan lada sulah, hingga rata.
2.     Golekkan ayam didalam tepung kentuky, bakar dengan suhu 180°c.
3.     Hidangkan



3)    Pop Corn

Bahan-bahan:
1.      Minyak masak
2.     Bertih jagung
3.     Planta
4.     Gula

Kaedah:
1.      Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bertih jagung, kacau hingga jagung mula pecah(bunyi pop), tutup periuk.
2.     Angkat bila masak, asingkan.
3.     Cairkan gula, tambah planta, kacau dan masukkan pop corn, gaulkan rata.


4)     Bihun Tomyam

Bahan-bahan:
1.      Bawang putih
2.     Bawang besar
3.     Cili hijau
4.     Serai(potong kecil-kecil)
5.     Udang kering
6.     Minyak
7.     Kubis dan carrot(parut halus)
8.     Bihun(direndam)
9.     Perencah tomyam Adabi
10.   Rempah A1
11.    Santan kotak ayam Brand
12.   Garam
13.   Air masak

Kaedah:
1.      Tumis bawang putih dan bawang besar, tambah serai dan udang kering.
2.     Masukkan kubis dan carrot yang diparut halus, tambahkan bihun, perencah tomyam, air dan garam.



5)    Ais Krim

Bahan-bahan:
1.      Biskut oreo 1 paket
2.     Gula 3 sudu besar
3.     Susu tepung 3 sudu besar
4.     Coffee mate 3 sudu besar
5.     ais

Kaedah:
1.      Kisar biskut, gula, susu tepung dan coffee mate hingga hancur.
2.     Masukkan ais dan kisar hingga menjadi ais krim.


Selamat Mencuba...Sekian..


P/s: Segala catatan di atas adalah untuk rujukan diri sendiri dahulu... (^^,)

Ahad, Julai 03, 2011

Cinta Kepada Allah

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.


Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah.
"

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"

Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuhannya."
Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan."

Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.


Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com/