Sabtu, Januari 15, 2011

Buat jiwa yang resah


"Cukuplah seorang hamba dikatakan sudah memberontak kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya."
~Imam Ghazali~

**********


Di ceritakan dalam sebuah kisah,pada suatu ketika datang seorang lelaki berjumpa dengan sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Ibnu Mas'ud untuk meminta nasihat daripadanya.


Lelaki tersebut berkata;

"Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwa aku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwa aku terlalu gelisah dan fikiranku menjadi kusut, tidak lalu makan dan tidurku pula tidak nyenyak."

Maka Ibnu Mas'ud pun menasihatinya dengan berkata:

"Kala penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran, di sana engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik ayat al-Quran yang dibaca oleh orang lain atau engkau pergi ke kelas pengajian yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. , atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat (mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah s.w.t), umpama ditengah waktu malam buta di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau mengerjakan solat malam meminta dan memohon kepada Allah s.w.t. akan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu masih belum terubat jiwa dengan cara ini engkau mintalah kepada Allah agar diberinya hati yang lain, sebab hati yang ada padamu, bukan lagi hatimu."


Kemudian orang itu kembali ke rumahnya, lalu terus diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi berwudhuk dan kemudian membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali hatinya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang sama sekali.



 **********



"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yag lemah tidaklagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."
~Thabit ibn Qurrah~


"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."
~Abu Abdurrahman Abdullah bin Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi~





Ya Allah... sedarkan aku di saat aku terlena dibuai cinta dunia... teguhkan kaki ini untuk terus berdiri di bumiMU... kuatkan hati ini untuk terus istiqamah di jalanMu... jadikanlah aku diantara hamba-hambaMu yang sabar dan bersyukur... tenangkan jiwaku... redhai kehidupanku.... Ya Allah... 




Ukhtiza li

5 ulasan:

  1. terima kasih ukhti :)

    BalasPadam
  2. terima kasih entry yg ckup baik ni, tambah disertakan kisah...
    menyedarkan dan mengingatkan sy kembali....
    sy nak kongsi satu kata-kata yg boleh kita sama-sama muhasabah...

    "Lebih baik menangis kerana sesuatu dosa daripada ketawa kerana buat dosa"

    BalasPadam
  3. sungguh terkesan..kala ini hati saya dilanda ke gelisahan yg teramat.. trimaksih pada Allah kerana memberi jejari untuk masuk ke ruangan yg agak mengoncang jiwa ini.. buat ukhti salam pkongsian ilmu..mg teruskan lagi berkongsi ilmu denagan smua.. barakallah..

    BalasPadam
  4. to Simpang SIUR,

    sama-sama dan terima kasih kembali...



    to simpul,

    sama-sama,
    jazakallah untuk perkongsian kata-kata muhasabah...semoga bermanfaat untuk semua...insyaAllah...



    to Jejak Serikandi,

    afwan...sesungguhnya iman seseorang manusia biasa itu keadaannya sentiasa naik dan turun, bukan seperti iman malaikat yang sentiasa sama tidak berubah, dan juga tidak sama dengan iman para rasul dan nabi yang sentiasa naik...

    insyaAllah...

    Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran...
    al-'asr 1-3

    BalasPadam
  5. jiwa ku amat trtrkan d tika n saat ni..hanya padamu ya alh ku serahkn segalanya...

    BalasPadam

Jejak anda...