
Wasiat Imam Bukhari,
“Marah adalah salah satu anak panah syaitan. Oleh itu hindarilah marah, kerana ia mendatangkan rahmat dan dicintai Allah”
Suatu hari di kelas Qira’ati,
Saya : Akmal, jangan keluar...duduk dalam kelas, sambung tulis apa yang ustazah suruh tulis tadi, hafal...
Akmal : (...sengih pada saya, keluar juga daripada kelas sekejap dan masuk semula...sengih lagi pada saya..)
Saya : (...membalas senyuman si Akmal yang sangat nakal ini..)...duduk la Akmal, tulis, hafal...
Akmal : Ustazah, ustazah tak pernah marah ke? Tak pernah tengok pun ustazah marah...
Saya : Ooo...kamu nak suruh ustazah marah ke? Hish...kamu ni...duduk la...kamu dah ingat ke apa yang ustazah suruh hafal tadi? (saya cuba pujuk Akmal untuk sambung kerja dia dan senyum lagi)
Akmal : Ustazah tak pernah marah orang ke? Ustazah tak marah pun...(tak puas hati kot)...
Sabrina : Wei, hang nak suruh ustazah marah ka? Awat hang ni,sat gi ustazah mengamuk satu kelas, baghu hang tau...pi la buat kerja hang!(Sabrina pula naik angin....hu..)
Akmal : Biaq la...ustazah tak marah pun...
Saya : Akmal, Rasulullah pernah marah orang tak?
Akmal : Mestilah...(cepat si Akmal ni menjawab)
Sabrina : Wei hang ni! Mana ada Rasulullah pernah marah! Apa la hang ni?(memotong ayat Akmal)
Saya : Rasulullah tak pernah marah...jadi, kenapa ustazah nak marah kamu...marah tu perangai syaitan...pergi duduk buat kerja kamu...hmm...Akmal2(sambil geleng kepala)...
Akmal : (terdiam...pergi duduk dan buka buku tulis dia...matanya masih memandang saya...hairan barangkali, atau sedang fikirkan cara lain untuk buat saya marah)
* saya pula sambung bagi tazkirah sikit pada budak-budak tu...mereka tidak berjaya buat saya marah haritu...
KISAH RASULULLAH BERSAMA ABU BAKARAbu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seorang lelakI memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebalahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Namun, lagi sekali lelaki itu memaki hamun Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:
“Ya Rasulullah, pada kali pertama dia memaki saya, engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”Rasulullah s.a.w lalu menjawab:
“Sesungguhnya malaikat mengambalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam. Tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”Rasulullah kemudian bersabda lagi:
“Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”Sahabatku, bersabarlah, tahan amarahmu...berikan kemaafan...
ATASI AMARAHMUAbu Said al-Khurdi berkata: Rasululllah ada bersabda:
“Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”Amarah itu adalah bisikan syaitan, dan syaitan itu adalah diciptakan daripada api...seandainya dirimu terkena bisikan syaitan, didetikkan rasa marah di dalam hati, cepat-cepat istighfar...andainnya belum hilang, gerakkan diri untuk berwudhu’, kerana air wudhu’ itu boleh menyejukkan hati...memadamkan api kemarahan...
Dan yang paling penting, minta dengan Allah untuk hilangkan rasa marah itu...
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”Sebuah hadis Qudsi berbunyi;
Nabi Musa a.s pernah bertanya kepada Allah:
Ya Rabbi! Siapakah di antara hambaMu yang lebih mulia menurut pandanganMu? Allah berfirman;
Mereka yang apabila dapat berkuasa menguasi musuhnya dapat segera memaafkan.
(Hadis Qudsi Riwayat Kharaithi dari Abu Hurairah r.a)
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui