Ahad, Oktober 17, 2010

Bacalah, ini dari DIA...





Dari Abu Dhar Al-Ghifari r.a:.Daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah s.w.t bahawa Allah telah berfirman:


Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.


Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah dariKu.


Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.


Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.


Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.


Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.


Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.


Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.


Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.


Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.


Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri



Hadith Riwayat Muslim

Tafsirkan Sindiri...

GAMBAR 1:


GAMBAR 2:


GAMBAR 3:


GAMBAR 4:




*anda bebas membuat tafsiran sendiri berdasarkan keempat-empat gambar

*terpulang pada anda sama ada mengaitkan ke empat-empat gambar atau tidak


*sesiapa yang nak tengok saja...tengoklah...tetapi di alu-alukan untuk berkongsi pendapat anda diruangan komen di bawah.

*terbuka kepada sesiapa sahaja yang terbaca tampalan ini




Sekian....terima kasih!

Sekian!




p/s: tiba-tiba saya rasa nak mengarut...


Sabtu, Oktober 16, 2010

Renungan: Roh Selepas Kematian


Al-Baraa’ bin Azib telah memberitakan, katanya: Sekali peristiwa kami telah membawa jenazah di perkuburan Baqi’ Al-Gharqad, maka Rasulullah s.a.w telah mendatangi kita, lalu baginda duduk, dan kita pun duduk di sisinya denagn penuh ketenangan seolah-olah di atas kepala kita tertenggak burung. Baginda melahadkan (duduk di hadapan kubur) mayat itu seraya mengucapkan; Aku berlindung diri kepada Allah daripada siksa kubur! (diucapkan sebanyak tiga kali).

Kemudian baginda berkata: 

Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu sedang menuju kepada akhirat, dan terputus segala urusannya daripada dunia, akan turun kepadanya para malaikat, yang bercahaya wajah-wajahnya seperti matahari, maka mereka duduk di samping mayat itu di sepanjang-panjang yang dapat dilihat oleh mata. Kemudian barulah dating pula malaikat maut, lalu dia duduk di kepada orang itu,seraya berkata kepadanya: Wahai jiwa yang baik! Keluarlah dengan mendapat pengampunan dan keredhaan dari Allah. Maka roh orang itu akan mengalir keluar laksana pengaliran air dari mulut tempat air, lalu diambil oleh malaikat maut itu. Setelah diambil roh itu, tiadalah dibiarkan di tangannya sekelip mata pun, melainkan terus diletakkan di dalam kafan dan pacainya, maka akan terciumlah daripadanya sebaik-baik bauan yang pernah tercium di atas muka bumi ini.

Kemudian para malaikat membawa roh itu naik ke langit, dan tiada mereka melalui sekumpulan malaikat, melainkan mereka akan berkata: Siapakah tuan punya roh yang baik ini?! Maka para malaikat yang memohon supaya dibukakan pintu untuknya, lalu pintu pun dibukakan untuknya, lalu roh itu ikut dihantarkan oleh setiap malaikat yang ada dilangit itu hingga sampai ke langit yang berikutnya, sehinggalah ia dibawa ke langit di mana Allah azzawajalla sedang bersemayam di situ, maka berkata Allah azzawajalla: Catitkanlah buku hambaKu ini di syurga Illiyin! Kemudian kembalikankah dia ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptanya dari bumi, dan kini Aku kembalikannya ke bumi, dan nanti Aku akan keluarkannya pula dari bumi sekali lagi!
Kemudian roh orang itu akan dikembalikan ke jasadnya, maka akan dating kepadanya dua malaikat dan duduk di sisinya, seraya bertanya kepadanya: Siapa Tuhanmu? Dia akan menjawab: Tuhanku ialah Allah! Malaikat akan bertanya lagi: Apa agamamu? Dia akan menjawab: Agamaku ialah Islam. Malaikat bertanya lagi: Siapa dia orang yang diutus kepada kamu? Dia menjawab: Dia itu Rasul Allah. Malaikat bertanya lagi: Apa yang kau tahu mengenainya? Dia menjawab: Aku telah membaca Kitab Allah(Al-Quran), lalu aku mempercayainya dan aku membenarkannya.

Ketika itu terdengar suatu seruan dari langit: Memang benar kata hambaKu itu! Bentangkanlah untuknya hamparan dari langit, dan bukakanlah untuknya pintu syurga itu! Maka ketika itu akan tercium olehnya segala bauan yang wangi daripada syurga itu, dan kuburnya pun akan dilapangkan sepanjang-panjang pemandangannya.

Kemudian akan menjelma kepadanya rupa orang yang cantik wajahnya, berpakaian serba bagus, dan baunya pun sangat wangi, lalu orang ini berkata kepadanya: Bergembiralah kau dengan apa yang menyenangkan hatimu! Inilah harimu yang dijanjikan kepadamu! Maka dia pun bertanya orang itu: Siapa gerangan engkau ini? Wajahmu kelihatan wajah yang membawa kebaikan?! Maka orang itu menjawab: Akulah amalanmu yang salih itu!

Ketika itu dia akan berkata: Ya Tuhanku! Segerakanlah hari kiamat itu, supaya aku dapat kembali kepada kaum keluargaku dan harta bendaku!

Baginda Rasulullah s.a.w. seterusnya menceritakan lagi, katanya:

 Dan sesungguhnya hamba  yang kafir itu, apabila dia terputus dari urusan dunianya, dan sedang menuju akhirat, akan turun kepadanya dari langit para malaikat yang berwajah hitam legam di tangannya pakaian guni yang kasar, lalu mereka duduk sepanjang-panjang mata dapat melihat, kemudian datanglah pula malaikat  maut, lalu dia duduk di kepalanya, seraya berkata kepadanya: Wahai jiwa yang jahat! Keluarlah dalam kemurkaan dan kemarahan dari Allah, maka roh itu cuba melarikan diri dari jasadnya, lalu diregutnya oleh Malaikat maut seperti meregut cangkuk dari kain guni yang basah, maka diambilnya roh itu, dan tiadalah dibiarkannya di dalam tangannya sekelip mata pun, melainkan diletakkannya ke dalam guni itu, dan akan tercium daripadanya seperti bau bangkai yang paling busuk, yang pernah terdapat di atas muka bumi, maka mereka pun membawanya meningkat ke atas, dan tiadalah mereka melalui kepada sekumpulan malaikat, melainkan meraka akan ditanya: Apa bau yang paling busuk ini? Para malaikat yang membawanya akan mengatakan: Inilah roh si fulan bin si fulan, disebutkannya dengan seburuk-buruk nama yang pernah dipanggil dahulu di atas mukabumi, hinggalah mereka membawanya ke langit dunia. Apabila diminta pintunta dibukakan, maka tiada akan dibukakan untuknya, kemudian Rasulillah s.a.w. membacakan firman Allah ini:

“Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum”.
Al-A’raf ayat 40

Maka ketika itu Allah s.w.t. akan berkata: Catitkanlah bukunya di dalam neraka Sijjin di lantainya yang paling bawah sekali, maka rohnya akan dihumbankan secara kasar sekali, lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman ini:

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh.”
Al-Haj ayat 31


Kemudian rohnya dikembalikan kepada jasadnya, dan datanglah dua orang malaikat yang akan bertanya: Siapa Tuhanmu? Dia pun menjawab: Ah...ah...aku tak tahu. Malaikat bertanya lagi: Siapa orang yang diutus kepada kamu? Dijawabnya: Ah...ah...aku tak tahu!

Ketika itu terdengarlah suatu suara dari atas langit mengatakan: HambaKu ini telah berdusta. Kini hamparkan baginya neraka, dan bukakanlah baginya pintu ke neraka. Maka tibalah kepadanya kepanasan dan bahangnya, dan kuburnya pun mula menghempitnya, maka berkecailah segala tulang-belulangnya. Lalu dating kepadanya seorang yang buruk wajahnya, berpakaian serba buruk, baunya amat busuk sekali, seraya berkata: Terimalah segala yang mencelakakanmu! Inilah harimu yang pernah dahulu kau janjikan! Dia pun bertanya orang itu: Siapa kau? Wajahnya adalah wajah yang membawa kecelakaan. Maka orang itu menjawab: Akulah amalanmu yang jahat itu. Maka dia pun memohon: Ya Tuhanku! Janganlah kau datangkan kiamat itu!



Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dab Abu Daud. Manakala An-Nasa’i dan Ibnu Majah telah meriwayatkan permulaannya saja. Juga ia telah diriwayatkan oleh Abu Awanah Al-Asfara’ini di dalam Sahihnya.

wallahu'a'lam

Jumaat, Oktober 15, 2010

Resepi: Laksa Kelantan

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak kongsikan resepi Laksa Kelantan versi ummi saya...mudah je...sebenarnya nak post resepi ni masa bulan ramadhan lagi(iaitu selepas iftar makan laksa bersama adik2 KPRS), tetapi, atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditangguhkan...

ini gambar hiasan, di ambil dari blog orang lain...masakan sendiri tak sempat ambil gambar...sudah abis dimakan oleh mereka..hehe...


Bismillahirrahmanirrahim....terimalah, resepi Laksa Klate...

*Masakan untuk 10 orang

Resepi Kuah

Bahan-bahan:
  1. 10 ekor ikan kembung/selayang/lolong(korang panggil apa aku tak tau)
  2. 6 biji bawang merah
  3. 1 biji bawang putih(kecil sahaja)
  4. 1 cm halia
  5. 1 kiub ikan bilis(nak guna belacan pun tak mengapa)
  6. 2 keping asam gelugor
  7. 2 cmt lada hitam(ditumbuk halus)
  8. 1 kotak besar santan(kalau tak dapat santan kampung)
  9. garam secukup rasa
  10. 2 cmb gula
Kaedah:
  1. rebus ikan(rebus dengan asam dan garam)
  2. kisar bawang merah, putih, halia, ikan rebus(yang sudah di asingkan tulangnya) dan santan
  3. masukkan bahan kisar tadi + air rebusan ikan tadi + kiub bilis + lada hitam + asam gelugor + garam + gula kedalam periuk(guna rice cooker pun boleh..hehe)
  4. apabila masak, hidangkan...

*untuk laksa, anda boleh gunakan laksa kering yang dijual di kedai runcit(untuk resepi ni guna 2 paket laksa kering) atau beli siap-siap laksa basah atau buat sendiri

*hidang bersama kacang panjang, daun kesum, mentimun, sambal belacan dan apa sahaja yang anda sukai

* selamat mencuba....

Rabu, Oktober 13, 2010

Sakitnya Maut


Umar r.a berkata kepada Ka’ab al-Ahbar, “Wahai Ka’ab, ceritakan kepada kami tentang kematian.” Ka’ab menjawab, “Baik, wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya kematian itu seperti sebatang ranting yang banyak durinya, lalu ranting tersebut dimasukkan ke dalam tubuh seseorang dan setiap duri diambil pada setiap urat, kemudian ditarik oleh seorang lelaki dengan kasar. Dia ambil apa yang ingin diambilnya dan dia tinggalkan apa yang ingin ditinggalkannya.”

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hamba mengalami kesukaran dan sekarat di saat kematian dan sendi-sendinya saling member salam. Ia berkata, “Alaikas salam, kamu tinggalkan aku dan aku tinggalkan kamu sehingga Hari Kiamat.”

Sumber:
Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur: Persiapan Menuju Alam Barzakh, Jamal Ma’mur Asmani.  

simfoni musim luruh





simfoni musim luruh,
saat dedaunan kering,
gugur,
dan,
bertebaran.


simfoni itu,
serasi dengan hati,
sunyi,
sayu,
syahdu.



dedaunan itu,
berterbangan lagi,
bebas,
di bawa angin.


lalu aku...
pejamkan mata,
depakan tangan,
menarik perlahan nafasku,
menghayati,
bisikan dan sapaan angin,
 yang memeluk tubuh.


di saat ini juga,
hanya Dia yang mendengar,
jeritan hatiku,
yang kujerit sekuatnya,
sekuat-kuatnya,
semahu-mahunya,
di dalam hati yang kecil ini,
biar seisi alam tidak mendengarnya,
kerana jeritan ini,
jeritan yang menggegar jiwa,
menggugurkan air mata...


"Ya Allah peluk hatiku!"

"Peluk hatiku Ya Allah!"

"Berikan sedikit kekuatan!"

"Bawa aku pulang kepadaMU!"

"Kerana aku mahu dekat denganMu!"

"Kerana dunia ini menyakitiku!"

"Aku mahu menjadi seorang yang redha!"

"Dan di redhaiMu...kekasihku!"



simfoni itu,
indah...
terlalu indah...


mataku masih kupejam rapat,
mutiara hangat itu masih setia mengalir dipipiku,
di saat ini,
aku tersenyum,
dan,
kurelakan,
ku katakan pada diri,
biarlah,
biarlah semuanya,
berlalu dengan masa,
kerana aku yakin,
ini hadiah terbaik,
dariMu untukku...



coreten 18 Ogos 2010,
Saujana, Bumi Minden.


I LOVE ALLAH!



Tersentuh dengan bait puisi Rabi'ah:

Alangkah manisnya Engkau, sedang hidup ini pahit,
Alangkah senangnya kalau Engkau reda, meski semua manusia membenci,
Alangkah semaraknya hubunganku denganMu,
Sedangkan hubunganku dengan alam semesta runtuh,
Jika benar Engkau cinta, maka segala sesuatu adalah hina,
Dan segala yang ada di atas debu adalah debu...






p/s: musim luruh itu hanya wujud di dalam imiginasi saya...

Rabu, Oktober 06, 2010

Kita Hamba


Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba

Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba


Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat


Kita adalah insan
Yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan
Yang hakikatnya adalah hamba

Tapi mengapa sering 
kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya

Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba


Sedang tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya

Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat



Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya

Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat




Munsyid: Raihan



I Love Allah!

Selasa, Oktober 05, 2010

Wonders of the Underwater World

Bismillahirrahmanirrahim....

"When one man, for whatever reason, has the opportuniry to lead an extraordinary life, he has no right to keep it to himself."

-Jacques Yves Cousteau-


take a look at this video, a short film by Mark Santa-Maria...such a wonderful scene...subhanallah...All praises to Allah the creator of this universe...


click full screen for better view...




*sorry for my broken English...hee(^^)



p/s: I Love Allah..