Isnin, September 27, 2010

Cahaya Hati

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Reff:


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar(Pengampun) Ya Nurul Qolbi(cahaya hatiku)
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar(Pengampun) Ya Nurul Qolbi(cahaya hatiku)


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Back to Reff:


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Back to Reff:


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


munsyid: Opick






* Ya Allah, lindungi kami...keluarkan kami dari kegelapan...terangilah hati kami dengan cahaya-Mu...kurniakanlah kami lidah yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, jadikan hati kami hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu, berilah keringanan untuk kami melaksanakan ketaatan kepada perintah-Mu, kesempatan bersujud kepada-Mu lagi..dan hati yang sentiasa mendamba-Mu dalam hidup kami...ameen ya Allah...




.

Sabtu, September 25, 2010

Menahan Marah




Wasiat Imam Bukhari,

“Marah adalah salah satu anak panah syaitan. Oleh itu hindarilah marah, kerana ia mendatangkan rahmat dan dicintai Allah”








Suatu hari di kelas Qira’ati,


Saya : Akmal, jangan keluar...duduk dalam kelas, sambung tulis apa yang ustazah suruh tulis tadi, hafal...

Akmal : (...sengih pada saya, keluar juga daripada kelas sekejap dan masuk semula...sengih lagi pada saya..)

Saya : (...membalas senyuman si Akmal yang sangat nakal ini..)...duduk la Akmal, tulis, hafal...

Akmal : Ustazah, ustazah tak pernah marah ke? Tak pernah tengok pun ustazah marah...

Saya : Ooo...kamu nak suruh ustazah marah ke? Hish...kamu ni...duduk la...kamu dah ingat ke apa yang ustazah suruh hafal tadi? (saya cuba pujuk Akmal untuk sambung kerja dia dan senyum lagi)

Akmal : Ustazah tak pernah marah orang ke? Ustazah tak marah pun...(tak puas hati kot)...

Sabrina : Wei, hang nak suruh ustazah marah ka? Awat hang ni,sat gi ustazah mengamuk satu kelas, baghu hang tau...pi la buat kerja hang!(Sabrina pula naik angin....hu..)

Akmal : Biaq la...ustazah tak marah pun...

Saya : Akmal, Rasulullah pernah marah orang tak?

Akmal : Mestilah...(cepat si Akmal ni menjawab)

Sabrina : Wei hang ni! Mana ada Rasulullah pernah marah! Apa la hang ni?(memotong ayat Akmal)

Saya : Rasulullah tak pernah marah...jadi, kenapa ustazah nak marah kamu...marah tu perangai syaitan...pergi duduk buat kerja kamu...hmm...Akmal2(sambil geleng kepala)...

Akmal : (terdiam...pergi duduk dan buka buku tulis dia...matanya masih memandang saya...hairan barangkali, atau sedang fikirkan cara lain untuk buat saya marah)

* saya pula sambung bagi tazkirah sikit pada budak-budak tu...mereka tidak berjaya buat saya marah haritu...







KISAH RASULULLAH BERSAMA ABU BAKAR




Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seorang lelakI memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebalahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.


Namun, lagi sekali lelaki itu memaki hamun Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:


“Ya Rasulullah, pada kali pertama dia memaki saya, engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”


Rasulullah s.a.w lalu menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengambalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam. Tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”


Sahabatku, bersabarlah, tahan amarahmu...berikan kemaafan...







ATASI AMARAHMU




Abu Said al-Khurdi berkata: Rasululllah ada bersabda: “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”



Amarah itu adalah bisikan syaitan, dan syaitan itu adalah diciptakan daripada api...seandainya dirimu terkena bisikan syaitan, didetikkan rasa marah di dalam hati, cepat-cepat istighfar...andainnya belum hilang, gerakkan diri untuk berwudhu’, kerana air wudhu’ itu boleh menyejukkan hati...memadamkan api kemarahan...



Dan yang paling penting, minta dengan Allah untuk hilangkan rasa marah itu...



Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”Sebuah hadis Qudsi berbunyi;





Nabi Musa a.s pernah bertanya kepada Allah: Ya Rabbi! Siapakah di antara hambaMu yang lebih mulia menurut pandanganMu? Allah berfirman;
Mereka yang apabila dapat berkuasa menguasi musuhnya dapat segera memaafkan.


(Hadis Qudsi Riwayat Kharaithi dari Abu Hurairah r.a)





Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Rabu, September 22, 2010

...diam...


Tahukah...
Diam itu seribu erti...
Katakanlah sesuatu...
Katakanlah...
Walau sepatah...
Katakanlah...
Agar aku bisa mengerti...
Agar aku fahami...
Kerana engganku tafsir sendiri...
Kerana aku tidak tahu...

Andai ku tahu...
Mungkin...aku tidak akan bertanya...
Dan tertanya-tanya...


Namun...
Aku bukan jenis yang memaksa...
Mungkin ada yang lebih utama...
Jadi...biarkanlah...lupakanlah...abaikanlah...
Mungkin belum masanya...
Untukku tahu...



p/s: Aku tak merajuk...

Isnin, September 20, 2010

Pesanan dari seorang kekasih...



Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A. telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki(iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:



“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w."




Berkata rawi hadis tersebut(Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:



Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu dihadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.



Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:



“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah(mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”



Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak(Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:



“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain aripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”



Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa alaman itu(melintasi langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:



“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”



Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, smebahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah Berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:



“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”



Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka Berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar(disambut) ke rumah suaminya(maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke lima:



“Berhenti kamu dan pukulkan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebiha di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membirkan amalan orang yang hasad ini melintasi aku.”



Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah Berjaya membawa amalannya sehingga sampai kelangit yang ke ena lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:



“Berhenti kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku.”



Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi(maksidnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah Berjaya membawanya sehingga samapai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:



“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir(zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat tinggi dihati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”



Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam(daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:



“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak mengkehendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya laknatKu.”



Lalu para malaikat tadi berkata:
“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.



Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz(hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera."

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran(golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan englau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan pula engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan)pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman dalam surah al-nazi’at ayat dua yang maksudnya:



“Demi yang mencarik akan carikkan”



Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu?

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?”.

Lalu Nabi s.a.w. menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”



Muaz bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada siksaan itu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.



Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”














...Wahai Tuhan...daku tak layak ke syurgaMu...namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...



...Ya Allah, ajari aku ikhlas, ajari aku untuk berbuat sesuatu hanya keranaMu...lapangkan hatiku untuk menerima teguran, mahupun dalam bentuk kekerasan atau kelembutan, berikan kekuatan untukku perbaiki diri...menjadi lebih baik daripada semalam...tunjukkan daku jalan yang lurus...kerana hanya Engkau yang Maha Pengetahui jalan yang benar...jadikanlah sebarang kesakitan, penderitaan yang Kau berikan padaku sebagai penawar kepada dosa-dosaku...jadikanlah setiap titis air yang mengalir dari mataku ini sebagai air yang akan menyejukkan dan melindungi diriku daripada panas dan azabnya api nerakaMu...jauhkan lah aku daripada menjadi fitnah atau membawa fitnah kepada agamaMu...sematkan dalam jiwaku impian untuk mendapatkan cintaMu, mendapatkan redhaMu...jangan lalaikan aku walau sesaat daripada mengingatiMu...keluarkan aku sikap bodoh dan jahil yang bisa membawa aku semakin menjauh daripadaMu...lindungi diri ini daripada bertindak secara melulu mengikut nafsu, kemudian menyesal di atas tindakan itu...jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersangka baik terhadap apa sahaja yang Engkau berikan kepadaku...