Ahad, Mei 30, 2010

perjalanan ke sana...(2)

Berkata Harun ai Rasyid sewaktu sakitnya tidak lagi boleh diubati oleh doctor yang mengubatinya,

“Doktor dengan kedoktoran dan ubatnya
Tidak mampu untuk menolaknya, bila ia datang
Doctor kadangkala mati dengan penyakit
Yang mana penyakit itu pernah ia sembuhkan dari pesakitnya
Yang diubati, yang mengubati, yang membuat, yang menjual,
Dan yang membeli ubat semuanya akan mati.”


Berkanaan kematian juga, Iman Hasan al-Basri telah berkata:
“Tidaklah setiap hari itu berlalu melainkan malaikat maut datang mengunjungi tiap-tiap rumah sebanyak tiga kali…, maka apabila ia menemukan penghuni rumah itu sudah cukup rezekinya dan sudah sampai ajalnya maka malaikat maut pun akan mencabut nyawanya…, dan apabila nyawa penghuni rumah itu telah diambil, maka ahli keluarganya akan menerima mayatnya dengan tangisan…, dan di sini; sewakti malaikat maut akan meninggalkan rumah itu dan berkata: Demi Allah, tidaklah saya memakan rezekinya, menghabiskan umur yang dimilikinya dan tidaklah saya mempercepatkan ajalnya. Sesungguhnya saya akan datang menjemputmu satu demi satu hingga tidak ada lagi satu orang pun yang tinggal di antara kamu.”

“Demi Allah, kalaulah Allah, kalaulah ahli keluarga itu melihat malaikat maut itu dan mendengarkan suaranya nescaya mereka akan lupa terhadap mayat yang ada di hadapan mereka, kemuadian mereka akan menangisi diri sekuat kati.”
(Ihya’ Ulumiddin 4/581)

Iman Hasan al-Basri telah mengggambarkan bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan menghadapi kematian kerana ia adalah sesuatu kepastian. Namun, yakinlah bahawa tidak akan mati seseorang hamba itu melainkan semua rezeki yang diperuntukkan untuknya telah diperolehinya.

Wallahu’alam.

Rabu, Mei 26, 2010

perjalanan ke sana...



Sesungguhnya maut itu pasti...dan pasti...


Kata penyair,

Berbekallah di dunia untuk hidupmu nanti
Beribadah kepada Allah dengan hati yang suci
Jangan tamak mangumpulkan dunia
Kerana dunia didapat kemudian sirna
Apa yang anda rasakan jika nanti
Semua mambawa bekal sedang anda menggigit jari...




Perjalanan menuju kematian


Manusia yang hidup di dunia ini kebanyakan merasakan bahawa dunia adalah tempat mereka, kebanyakan tidak sedar bahawa dunia hanyalah persinggahan. Ibaratkan seperti kita sedang menaiki kereta api, bergerak di atas gerabak menuju daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dalam perjalanan yang panjang, kita singgah dibeberapa stesen, persinggahan yang sementara di setiap stesen sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Satu stesen telahpun kita singgah, iaitu alam rahim. Masa terus berjalan, kereta api yang kita naiki sekarang telahpun tiba ke stesen yang kedua, iaitu tempat yang kita berada sekarang iaitu dunia. Kadang-kadang, kita ralit dengan perkara-perkara yang menarik perhatian kita di dunia ini, kita terlupa bahawa mungkin beberapa saat lagi kereta api akan bertolak dan mengangkut kita pergi. Kalau beruntung, kita sempat mencari bekalan untuk dibawa kestesen yang seterusnya pula, kalau sebaliknya, kita hanya sempat melihat-lihat sekeliling, rambang mata dan naik semula ke atas kereta api tanpa membawa sedikit bekalanpun. Lebih malang lagi sekiranya tersalah kutip bekalan, iaitu dosa yang akan memudaratkan perjalanan yang bakal ditempuhi nanti.



Ketahuilah, dunia ini bukan tempat kita, percayalah dunia ini bukan tempat kita, yakinlah dunia ini bukan tempat kita.



Duhai sahabat, tahukah kamu betapa perlunya kita mengkaji dan mengetahui tentang hari akhirat? Akhirat merupakan bahagian penting dalam iman iaitu merupakan salah satu rukun iman. Tidak sempurna iman jika hanya percaya pada lafaz tetapi tidak mempedulikan tentang akhirat dan persiapan untuk melaluinya.




Teguhkah iman?


Ingin membawa sahabat renungkan, beberapa tahun dahulu negara yang kononnya paling kuat di dunia, iaitu Amerika Syarikat telah menyedari kesan buruk tabiat minum arak dalam kalangan masyarakat mereka. Bagi mengatasi masalah ini, pihak atasan telah menggubal undang-undang mengharamkan penggunaan alkohol dalam negara mereka. Beberapa juta dolar telah dibelanjakan oleh kerajaan US, hampir separuh juta rakyat di penjarakan dan beribu rakyat terbunuh semata-mata bagi menguatkuasakan undang-undang mengharamkan alkohol. Segala polis dan jentera juga digerakkan untuk mengenakan penalti kepada mereka yang melakukan kesalahan. Undang-undang ini juga diwajibkan untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah sehingga ke peringkat tinggi. Namun, penggunaan alkohol masih berleluasa. Kerana, walaupun kilang arak ditutup, mereka mudah untuk menghasilkan sendiri arak. Menyedari usaha ini sia-sia, pihak kerajaan Amerika akhirnya putus asa dan membubar undang-undang berkenaan, pesalah laku yang dipenjarakan dibebaskan. Bayangkan...undang-undang yang begitu keras, tidak berkesan, tidak menggentarkan penduduknya...sia-sia..sehingga pihak berkuasa mengaku kalah dan membiarkan mereka untuk melakukan sahaja apa yang mereka mahu.



Kita kembara pula pada peristiwa yang berlaku 1400 tahun dahulu, apabila turun sahaja ayat Allah...tentang larangan meminum arak, bayangkan...digambarkan mereka apabila tersebar tentang turunnya ayat itu, sebaik sahaja berita sampai kepada telinga mereka, yang sedang memegang gelas arak membuang gelas arak tersebut, yang sedang minum mengeluarkan semula daripada mulut mereka dan yang sudah menelannya berusaha untuk memuntahkan apa yang telah mereka minum tanpa perlu kepada penguatkuasaan undang-undang, hukuman atau denda dan sebaliknya. Mereka taat. Dengan begitu mudah. Tanpa berlaku pertumpahan darah. Bandingkan hari ini, jangan melihat kepada orang bukan Islam, tetapi lihatlah kepada orang Islam itu sendiri. Betapa ramai anak muda kita yang masih bersekolah, sudah berani mengambil minuman keras ini. Walaupun berada di sebuah negara yang bergelar ’negara Islam’ dan penduduknya majoriti Islam, mereka bebas minum arak dan tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Tidak sedikitpun menunjukkan rasa gerun pada Allah dan janji-janjiNya. Kerana mereka memiliki keteguhan iman yang tidak boleh diragukan lagi...kita?



Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis". Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil menangis terisak-isak.


[HR Bukhari dan Muslim]



Bersambung…

Jumaat, Mei 21, 2010

dia yang bakal mendampingiku dan juga kamu...




Dalam sesetangah athar nenyebutkan bahawa apabila seorang hamba mukmin berdiri daripada kuburnya, dia akan ditemani oleh dua malaikat yang sentiasa bersamanya semasa di dunia beserta dengan amalannya.

Thabit al-Bannani r.a berkata:

“Telah sampai berita kepada kami bahawa seorang hamba yang mukmin apabila dibangkitkan dari kuburnya, maka dia didapatkan oleh dua malaikat yang sentiasa bersamanya semasa di dunia. Kedua-duanya berkata kepadanya: “Janganlah engkau takut dan gentar, dan bergembiralah dengan syurga yang djanjikan untukmu.” Kemudian beliau (Thabit al-Bannani) membaca firman Allah Taala:

“Sesungguhnya mereka yang mengatakan, Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah, maka turunlah kepada mereka malaikat yang berkata, janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan untuk kamu.”

(Surah Fussilat: 30)

Diriwayatkan daripada Amru bin Qais katanya: Telah sampai berita kepada kami bahawa orang mukmin apabila keluar dari kuburnya, maka amalan solehnya akan berhadap kepaanya dalam rupa yang amat elok dan amat harum baunya. Berkatalah amalan itu: “Adakah engkau kenalkan kami?” Lalu dia menjawab: “Tidak, namun Allah Taala telah menjadikan kamu amat harum dan amat elok rupa.” Berkatalah amalannya” “Semasa di dunia akulah amalanmu yang soleh, kalau semasa di dunia aku yang menunggangi kamu, maka pada hari ini silalah kamu menunggangi aku.” Kemudian beliau (Amru) membacakan firman Allah Taala:

“Hari yang Kami jalankan orang yang bertaqwa kepada Tuhan yang bersifat Rahman dalam keadaan menunggangi (kenderaan).”
(Surah Maryam: 85)

Manakala orang kafir pula, maka amalannya akan menghadapnya dalam keadaan yang amat buruk rupa dan amat busuk baunya. Maka berkatalah amalannya: “Adakah engkau kenalkan aku?”. Maka dia berkata: “Tidak, namun rupamu sungguh buruk dan baumu amat busuk (siapakah kamu)?”. Berkatalah amalan itu: “Demikianlah halnya kamu semasa di dunia. Akulah yang selalu mengunggangimu, maka pada hari ini engkaulah yang akan menunggangi aku.” Kemudian beliau membacakan firman Allah:

”Mereka menganggung akan dosa mereka, ingatlah itulah seburuk-buruk dosa yang mereka lakukan.”

(Surah al-An’am:1)



Sumber: Misteri Disebalik Tiupan Sangkakala, Imam Al-Qurtubi Syeikh Daud al-Fatani






”Ya Allah, izinkanlah kami untuk mengingati dan merindui pertemuan denganMu dalam setiap saat hidup kami...kami yakin mati itu benar, sakaratulmaut itu benar...segala janjiMu adalah benar....siapa lagi Ya Allah, yang amat benar dan tiada dusta dalam janjinya melainkan Kamu Ya Allah...bantulah kami Ya Allah...kerana tiada siapa yang dapat membantu kami melaikan Engkau Ya Allah...izinkan kami bersujud lagi padaMu, mengharap keampunan dan redhaMu Ya Allah...lindungi kami Ya Allah...”

Khamis, Mei 20, 2010

Selamat Hari Lahir Abe...

Namanya Faris…

Imbau kembali belasan tahun lepas, kelihatan seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak perempuan, semua tak sekolah lagi sedang mengetuai satu operasi memburu cicak disekitar rumahnya bersama ketiga-tiga orang anak perempuannya. Bagi menjalankan operasi membedil cicak, ayah tersebut telah membelikan 4 laras senapang(mainan). Setiap anak perempuannya memiliki satu laras senapang termasuk si ayah. Operasi membedil cicak tidak begitu berjaya kerana hanya sia ayah yang berjaya membedil beberapa ekor cicak. Anak-anak perempuannya begitu excited tetapi tidak begitu dapat menghayati operasi berkenaan. Kerana mereka....perempuan...beberapa hari selepas operasi, si anak perempuan yang kecik-kecik ni tidurkan senapang bersama anak patung dan teddy mereka...hu...kesian si ayah yang sebenarnya sangat mahukan anak lelaki.

Beberapa tahun kemudian, tepat 21 Mei 1991, lahirlah seorang putera sulung yang berjaya menceriakan kehidupan keluarga pasangan Ros(Roslli dan Rosiah) ini. Kelahiran putera berkenaan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, terutamanya buat si ayahanda. Lalu diberi nama....Tuan Muhammad Faris...

Disebabkan dia merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga...dia telah mendapat gelaran kehormat Abe...



Inilah dia Abe...



Ini gambar masa dia darjah enam...




sekarang Abe telah menjelma sebagai lelaki yang hampir dewasa...dah tak comel dah....tapi bertukar jadi hensem..



Ucapan khas kutujukan buat adikku Abe...Selamat Hari Lahir...kelahiranmu amat bermakna buat kandamu ini...doaku...(rahsia)...hehe...semoga berjaya di dunia dan di akhirat...

Selasa, Mei 18, 2010

Resepi Kuih Belimbing

Assalamu’alaikum…apa khabar kalian?...apa khabar iman?



Kali ni nak berkongsi satu resepi kuih. Alkisahnya, beberapa hari lepas, saya ajak ummi tengok-tengok koleksi laman resepi melalui internet ni. Masa buka satu blog resepi tu, ummi terpandang link gambar kuih belimbing. Terus ummi suruh buka yang tu, dan ummi kata dia nak makan kuih belimbing haritu. Humm, jadi tengok-tengok resepi tu, kebetulan bahan ada kat rumah, saya pun cuba. Alhamdulillah sedap juga, cuma ada disuntingkan sedikit resepi tu. Masa buat, acuan nak buat kuih belimbing takde, jadi cari punya cari nak guna apa, lalu guna acuan biskut. Acuan picit juga. Bentuk tak sama, tapi ummi kata rasanya sedap, sama macam yang ummi makan masa dia kecik-kecik dulu. Tapi, yang ni saya tak tabur gula, ummi suruh cuba sira(salut dengan gula cair).

Ok…ini resepinya…bismillahirrahmanirrahim…



Resepi Kuih Belimbing





Bahan-bahan:
1. 1 cawan gandum
2. 1 cawan air masak
3. 1 camca besar majerin/mentega
4. 2 camca besar gula
5. ¼ camca teh garam
6. ½ camca teh esen vanila (kalau takde tak bubuh takpe)
7. 1 biji telur

Kaedah:
1. Baca bismillah, betulkan niat.
2. Pukul telur dalam satu mangkuk. Asingkan.
3. Ambil periuk, masukkan air masak, panaskan gula + majerin/mentega + gula + garam + esen vanila. Kacau sampai majerin/mentega cair. Tutup api.
4. Masukkan gandum dan kacau cepat-cepat. Adunan panas, jadi gunalah sudu atau senduk atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
5. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan, picit dan potong mengikut saiz yang anda sukai.
7. Teruskan menggoreng, sambil mengacau supaya masak secara sekata sehingga kuning keemasan/keperangan, angkat dan toskan minyaknya.



Bahan untuk sira:
1. 5 camca besar gula
2. 1/5 camca teh garam
3. air secukupnya (sedikit sahaja, untuk melarutkan)

Kaedah:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali/periuk.
2. Panaskan sambil kacau sehingga menggelegak. Biarkan ia menggelegak dalam lebih kurang 2 atau 3 minit...jangan lama sangat, jangan bagi gula bertukar warna jadi perang. Biarkan ia menggelegak dalam warna jernih. Tutup api.
3. Masukkan kuih yang telah ditoskan minyaknya tadi ke dalam satu bekas besar, dan masukkan gula cair tadi dan kacau sehingga semua kuih disaluti oleh gula.
4. Masukkan kuih yang telah disaluti gula ke dalam bekas untuk menghidang. Biarkan sekejap, nanti gula tadi akan mengeras dan kuih akan kelihatan menarik.



*anda boleh buat guna acuan sebenar kuih belimbing, dan boleh buat pilihan sama ada nak salut kuih dengan cara sira atau taburkan gula atau apa-apa cara mengikut kreativiti masing-masing. Kalau malas nak buat, tapi nak cuba kuih di atas, boleh hubungi saya, dan jemput datang kat umah ye..hehe...

*saya bukan tukang masak/chef yang pro dalam masakan, tapi bolehla sikit-sikit main masak-masak, jadi sapa yang dah tau masak tidak digalakkan baca...hehe.

Selamat mencuba...sekian...




Selingan,

Hari tu, tengah buka blog-blog untuk dibaca, adik bongsu saya macam biasa, suka kacau kakak dia yang sorang ni... Saya tunjukkan dia beberapa blog, termasuk salah satu blog kegemaran saya, blog Faisal Tehrani...dan juga blog saya...adik pun kata ”Nak blog juga, nak juga, Kak Ja wak so ko adik, Kak Ja cepatla...”. Setelah dipujuk rayu(kononnya kakaknya ni jual mahal..hehe) ”Ok dik...”.

Sebenarnya sememangnya saya sedang memancing dia untuk wat blog...nak latih dia untuk menulis...insyaAllah ini dai’e kecil dalam rumah saya...hehe...alhamdulillah berjaya...”Syabas dik!”. Lalu terciptalah satu blog untuk adik...ini blognya http://faisalroslli.blogspot.com/ . Kalian dijemput untuk berkunjung ke blog tu, bagilah komen atau teguran apa-apa kat blog adik...ya...dalam proses belajar, macam kakak dia juga tu.





”Ya Allah, izinkan aku menghadapkan wajahku, melepaskan rinduku padaMu dalam sujud, disepertiga malamku...”

Sabtu, Mei 01, 2010

Nasihat Ibnu Qayyim





Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.



Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.



Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.



Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.



Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarnya serta kesenantiasaan sabar hingga menemuiNya.



Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.



Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya...andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.




...Ya Allah...izinkan aku menyintaiMu...merinduiMu...dalam setiap saat...setiap nafas...dan segenap jiwaku...




Wallahu’alam.